29 October, 2011

PEMUDA YANG DERHAKA KEPADA AYAHNYA

Seorang  lelaki tua menemui Nabi Muhammad SAW untuk mengadu hal kehidupannya. Dia berkata, “Ya Rasulullah, anakku seorang yang kaya.Dia mempunyai gudang gandum dan kurma. Dia sering berbuat baik kepada semua orang. Akan tetapi, dia tidak mahu membantuku malah, dia mahu menghalauku dari rumahnya.”
            Baginda meminta para sahabat untuk menasihati pemuda itu.Tetapi, pemuda itu memberi alasan, “Aku tidak mempunyai banyak harta untuk menjaga ayahku. Aku ini miskin!”
            Lalu, baginda memerintahkan para sahabat supaya menyediakan tempat tinggal dan sedikit keperluan untuk lelaki tua itu.
            Pemuda yang menyangka terlepas daripada tanggungjawab sebagai anak pun pergilah ke gudangnya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati kurmanya telah dimamah ulat. Hanya biji-biji kurma yang tinggal. Bergegaslah dia           ke gudang gandumnya pula. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat gandumnya juga dimakan ulat. Tidak lama selepas itu, pemuda itu jatuh sakit. Ketika hendak pergi berubat, dia melihat duit-duitnya telah bertukar menjadi tembikar yang tidak bernilai.
            Hari berganti hari. Bukan sahaja, penyakitnya menjadi semakin parah tetapi hartanya habis semuanya.Semua orang tahu kemiskinan dan penyakitnya terjadi kerana sikapnya yang derhaka. Salah seorang daripada sahabatnya berkata, “Inilah akibatnya apabila kita menderhaka kepada ibu bapa. Dia merasakan bahawa dia boleh membeli syurga dengan kekayaan yang dimilikinya. Padahal, tempat orang yang berdosa besar adalah neraka Jahanam!”.

23 October, 2011

kursus Adobe Photoshop

Salam semua?

huh, lama tak update dalam blog, sebenarnya memang sibuk di sekolah dan kursus persendirian di kolej Komuniti. Syukur sangat hari nie,  sebab dapat mengikuti kursus Adobe Photoshop selama 2 hari dengan bayaran RM 20.00...Allah s.w.t maha mendengar dan dia tahu aku memang memerlukan kursus tersebut....aku harap dengan adanya ilmu nie, aku dapat ajarkan kepada orang lain yang betul2 berminat.....Esok pulak aku ada kelas bahasa Arab di kolej komuniti, (kalau boleh semua kursus pendek aku nak join).....tapi tak boleh semua aku nak join, sebab masa kadang2 ada yang tidak sesuai....Alhamdudilla, jarak dari rumah pun dekat, jika nak dibandingkan dengan rakan2 yang lain ada yang dari Muar dan Tampin sanggup mencari ilmu ke Bukit Beruang, Melaka.


22 October, 2011

NABI SULAIMAN A.S. DAN SEEKOR SEMUT

Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan satu mukjizat oleh Allah SWT. Baginda boleh bercakap-cakap dengan haiwan dan juga boleh mendengar haiwan yang sedang bercakap. Pada suatu masa bumi Palestin dilanda musim kering yang sangat panjang. Hujan sudah lama tidak turun.Tanah pula menjadi kering-kontang.
Lalu, ramailah penduduk datang berjumpa dengan baginda.Mereka meminta baginda berdoa kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan.Kebun-kebun mereka yang kekeringan memerlukan air. Jadi, baginda memerintahkan umatnya yang terdiri daripada bangsa jin dan manusia berkumpul di tanah lapang.Mereka mahu berdoa agar Allah SWT supaya menurunkan hujan dengan segera.
Apabila tiba di kawasan lapang itu, Nabi Sulaiman A.S terlihat seekor semut kecil di atas sebuah batu. Semut itu terbaring dalam suasana yang panas itu. Baginda dapat mendengar doa semut yang dalam kehausan itu. Ia berkata, “Ya Allah, tanpa air-Mu aku akan kehausan dan bumi-Mu akan kekeringan. Turunkanlah hujan Ya Allah. Kabulkan permohonan aku ini.”
Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan umatnya pulang. Baginda berkata, “Kita harus pulang. Sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan. InsyaAllah doa seekor semut ini akan dikabul oleh Allah.”
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhna orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” Maksud surah Ghafir:80.

15 October, 2011

ISTERI SECANTIK BULAN PURNAMA


Pada suatu ketika dahulu ada seorang lelaki ingin berkahwin akan tetapi citarasanya cukup tinggi iaitu menginginkan wajah isterinya secantik bulan purnama. Oleh sebab itu dia telah bertaklik jika wajah isterinya tidak secantik bulan purnama maka secara automatiknya talak akan jatuh.
Keluarganya telah memilih seorang gadis untuk dijadikan isteri peneman hidupnya, Orang zaman dahulu tidak melihat bakal pasangan mereka kecuali pada hari perkahwinannya. 
Tibalah hari perkahwinan tersebut. Lelaki itu terkejut apabila melihat wajah isterinya, kerana yang diidamkannya tidak menjadi kenyataan.
Bertemulah lelaki tersebut dengan ulama-ulama di dalam negerinya bagi menanyakan sama ada talak yang ditakliknya jatuh atau tidak setelah diceritakan perkara yang sebenar.
Bersidanglah para ulama tersebut bagi mencari jawapan mengenai kekeliruan yang timbul. Setelah bermusywarah beberapa ketika, maka kesemua ulama mengatakan talak yang ditaklikkan jatuh. Namun hanya seorang ulama sahaja yang mengatakan sebaliknya.
Para ulama yang lain kehairanan dan bertanya mengapa berpendapat sedemikian, maka ulama tersebut menyebut firman Allah yang berbunyi ''Sesungguhnya Aku jadikan manusia adalah dari sebaik-baik kejadian" .
Ingatlah ! Manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik dan lebih baik jika dibandingkan dengan bulan purnama .”

14 October, 2011

Sejarah korban

Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27.
Maksud Ayat: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: Aku pasti membunuhmu? Habil berkata: “Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa”.

Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.

Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.

Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.

Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno. Wallahu
aklam

09 October, 2011

Sunnah Nabi untuk pengantin baru

Asma binti Yazid menceritakan tentang malam pertama Aisyah r.h.a   katanya , '' Aku pernah menghias Aisyah r.ha. untuk Rasulullah s.a.w.  Setelah itu aku menghantarnya dan aku pun memanggil Rasulullah untuk  bertemu serta melihatnya. kemudian Baginda menghampiri Aisyah r.ha dan duduk di sebelahnya  dengan membawa segelas susu. Baginda meminumnya dan yang separuhnya diberikan kepada Aisyah, tetapi aku melihat  Aisyah menundukkan kepalanya kerana malu. Aku memberinya isyarat dan aku katakan. 'Terimalah itu daripada Rasulullah .'  Aisyah pun meminum sebahagian susu tersebut. '' Aisyah berkata, '' kemudian aku mengambil dan meminumnya sedikit.'' 





08 October, 2011

teks budget 2012

Salam?

Teks ucapan penuh budget 2012, sila klik Disini

atau boleh google laman web nie...http://www.treasury.gov.my/

semakin hari semakin malas nak update blog.......kenapa tah..

01 October, 2011

Kasih Seorang Ibu



Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mencapai sedaya upayanya di celah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi di sini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan di sekeliling mayat wanita tersebut. Apa yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doktor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...