28 May, 2011

Melarang Ummatnya Minum Sambil Berdiri


 Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahwa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahwa hal itu lebih buruk."

Pada saat duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, menabraknya dengan keras, jika hal ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan melar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertekuk lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhar).




22 May, 2011

Renungan

^_^

'...Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau merasa sedih pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...'


21 May, 2011

Cara nak open byk YM pada 1 masa

Salam semua..


1. Pastikan anda telah install  YM atau  Yahoo Messenger  ke dalam komputer anda.

2. Klik "Start Seach" dan taip "Regedit" di "Start Seach" dan klik "Enter" (kalau tak paham, tengok pic kat bawah nie)



3. Klik "Approve" atau "Continue" apabila sistem "Permission" ditunjukkan.

4. Sila ke folder "Registry Editor" yang keluar secara automatik.

5. Selepas itu :

    i) Klik "HKEY_CURRENT_USER"
   ii) Klik "Software"
  iii) Klik "Yahoo"
  iv) Klik "Pager"
   v) Klik "Test"

6. Di ruangan "Test" :

 i) Klik Tetikus di sebelah kanan untuk "New"
 ii) Klik "DWORD (32-bit) Value" (Untuk wujudkan sistem "DWORD" dalam folder "Test")

7. Ubah sistem DWORD yang baru ditambah tadi :



 i) Klik di "DWORD" yang baru diwujudkan tadi dan ubah nama kepada "Plural"
 ii) Klik di "DWORD" yang baru diwujudkan tadi dan ubah "Value Data" kepada "1"
 iii) Klik di "DWORD" yang baru diwujudkan tadi dan ubah "Base"  kepada "Hexademical"
 iv) Klik "OK"

8. Klik "X" atau "Close" atau "Exit" di folder "Registri Editor".

9. "Restart" komputer anda , Selesai.

Selamat mencuba...





Jangan risau

Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.

-Imam Al-Ghazali-

p/s : Sekarang agak busy sesangat....byk benda nak dikongsikan dalam blog, tapi tak  sempat nak menaip, Insha Allah jika ada kesempatan saya akan kongsikan...

17 May, 2011

Doa....

Didalam sebuah Hadis Qudsi, pernah diceritakan bahawa apabila seorang hamba berdoa disertai dengan tangisan, maka ALLAh akan memberitahu dan menyuruh malaikat untuk menangguhkan permintaannya. Kerana apa? Kerana kata ALLAh, ALLAh rindu pada pengaduan yang bersungguh-sungguh seperti itu.....


Allahuakbar.



14 May, 2011

HaRi GuRu

Salam?

Memandangkan 16 Mei 2011 merupakan hari guru, aku tak sabar nak ucapkan kepada semua guru yang pernah mendidik aku dari kecil hinggalah dewasa. Kadang- kadang teringat zaman nakal-nakal dulu….yang paling tak leh lupa, siap dapat gelaran ‘’easy gold’’ dari cikgu Add Maths ….Masa form 4& form 5 memang suka subjek add maths, kalo sehari tak jumpa cikgu add maths mesti tak happy duk dalam kelas. ..sampai sekarang member form 5 still ingat gelaran aku (itulah kenangan masa sek men).

After sekolah menengah aku masuk plak UiTM….seronok masuk UiTM masa tu…yelah, aku dikelilingi oleh  sahabat2  yang suka mencari ilmu dan sentiasa memberikan nasihat yang bermanfaat (sungguh bertuah aku)….tenaga pengajar disana semuanya  memberikan kerjasama walaupun mereka nie selalu jer busy memanjang…..jasa mereka aku tak pernah lupa, hampir setiap tahun aku akan menghantarkan  SMS (ucapan selamat hari guru) buat mereka.....penghujungnya, kini aku pula bergelar seorang ‘’GURU ‘’…..Alhamdudilla, terasa nikmat Allah , sebab kerja cikgu nie banyak  kumpul pahala (Insha Allah, jika diiringi niat yang betul) …..SELAMAT HARI GURU…..

’’GURU PEMBINA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA ‘’


08 May, 2011

Nasihat

Rassulullah SAW pernah bersabda :

"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau yang telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :


"Tidak akan terputus rezeki seseorang  ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya 

dalam sehari





07 May, 2011

Imam Empat Mazhab: Tinggalkan Pendapat Kami bila Bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah


Di dalam kitab beliau Shifat Shalatin Nabi, Asy-Syaikh Al-Albani pernah menukilkan kisah sekumpulan pemuda Jepang yang ingin masuk Islam. Mendengar keinginan para pemuda ini, berbagai perkumpulan Islam pun menyodorkan mazhab-mazhab yang mereka anut. Sekelompok muslim yang pertama mengatakan kepadanya, “Bermazhablah dengan mazhab Imam Abu Hanifah, karena dia adalah pelita umat ini.” Sebaliknya sekelompok muslimin yang lainnya mengatakan, “Wajib baginya untuk menjadi seorang Syafi’i.”

Ketika orang-orang Jepang itu mendengar perselisihan ini, mereka pun menjadi bingung dan tidak paham apa yang mereka maksud. Maka lihatlah betapa permasalahan mazhab ini bisa menjadi penghalang seseorang untuk masuk kedalam Islam.

Berseberangan dengan dua kelompok fanatik dalam kisah di atas, para imam mazhab tidaklah menganjurkan murid-muridnya dan segenap kaum muslimin untuk taqlid buta kepada mereka. Bahkan mereka berpesan agar umat ini kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya yang shahih.

Masih di dalam muqaddimah Kitab Shifat Shalat Nabi, Asy-Syaikh Al-Albani pun menukilkan ucapan-ucapan para Imam Mazhab yang empat yang seolah-olah berkata dengan satu suara, “Jangan fanatik kepada kami, ikutilah sunnah, tinggalkan ucapan kami bila bertentangan dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam …”

Imam Abu Hanifah (Imam Mazhab Hanafi)

Beliau adalah Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit yang dilahirkan pada tahun 80 Hijriyah. Beliau berkata,
1. “Apabila hadits itu shahih, maka hadits itu adalah madzhabku.” (Ibnu Abidin di dalam Al- Hasyiyah 1/63)
2. “Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145) Dalam riwayat yang lain dikatakan, “Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku.” Di dalam sebuah riwayat ditambahkan, “Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataanpada hari ini dan meralatnya di esok hari.”
3. “Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah ta’ala dan kabar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tinggalkanlah perkataanku.” (Al-Fulani di dalam Al- lqazh, hal. 50)


Imam Malik (Imam Mazhab Maliki)

Beliau adalah Malik bin Anas, dilahirkan di Kota Madinah pada tahun 93 Hijriyah. Beliau berkata,
1. “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai denganAl Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)
2. “Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Shallallahu alaihi wa sallam.” (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)
3.Ibnu Wahab berkata, “Aku mendengar bahwa Malik ditanya tentang hukum menyela-nyelan jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, ‘Tidak ada hal itu pada manusia’. Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurang, kemudian aku berkata kepadanya, ‘Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu’. Maka Imam Malik berkata, ‘Apakah itu?’ Aku berkata, ‘Al Laits bin Saad dan Ibnu Lahi’ah dan Amr bin Al-Harits dari Yazid bin Amr Al ¬Ma’afiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadist kepada kami, ia berkata, ”Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menggosok antara jari-jemari beliau dengan kelingkingnya.” Maka Imam Malik berkata, ‘Sesungguhnya hadist ini adalah hasan, aku mendengarnya baru kali ini.’ Kemudian aku mendengar beliau ditanya lagi tentang hal ini, lalu beliau (Imam Malik) pun memerintahkan untuk menyela-nyela jari-jari.” (Mukaddimah Al-Jarhu wat Ta’dil, karya Ibnu Abi Hatim, hal. 32-33)


Imam Asy-Syafi’i (Imam Mazhab Syafi’i)

Beliau adalah Muhammad bin idris Asy-Syafi’i, dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 H. Beliau rahimahullah berkata,
1. “Tidak ada seorang pun, kecuali akan luput darinya satu Sunnah Rasulullah. Seringkali aku ucapkan satu ucapan dan merumuskan sebuah kaidah namun mungkin bertentangan dengan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka ucapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itulah pendapatku” (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir,15/1/3)
2. “Kaum muslimin telah sepakat bahwa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya, hanya karena mengikuti perkataan seseorang.”
(Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal.68)
3. ”Jika kalian mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)
4. ”Apabila telah shahih sebuah hadist, maka dia adalah madzhabku. ” (An-Nawawi di dalam AI-Majmu’, Asy-Sya’rani,10/57)
5. “Kamu (Imam Ahmad) lebih tahu daripadaku tentang hadist dan para periwayatnya. Apabila hadist itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku apapun ia adanya, baik ia dari Kufah, Bashrah maupun dari Syam, sehingga apabila ia shahih, aku akan bermadzhab dengannya.” (Al-Khathib di dalam Al-Ihtijaj bisy-Syafi’I, 8/1)
6. “Setiap masalah yang jika di dalamnya terdapat hadits shahih dari Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam menurut para pakar hadits, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Hilyah 9/107, Al-Harawi, 47/1)
7. ”Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadist Nabi yang bertentangan dengannya adalah hadits yang shahih, maka ketahuilah, bahwa pendapatku tidaklah berguna.” (Al-Mutaqa, 234/1 karya Abu Hafash Al-Mu’addab)
8. “Setiap apa yang aku katakan, sedangkan dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam terdapat hadist shahih yang bertentangan dengan perkataanku, maka hadits nabi adalah lebih utama. Olah karena itu, janganlah kamu taklid mengikutiku.” (Ibnu Asakir, 15/9/2)
9. “Setiap hadits yang shahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam maka hal itu adalah pendapatku walaupun kalian belum mendengarnya dariku” (Ibnu Abi Hatim, 93-94)


Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Mazhab Hambali)

Beliau Adalah Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal yang dilahirkan pada tahun 164 Hijriyah di Baghdad, Irak. Beliau berkata,
1. “Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)
2. “Pendapat Auza’i, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan hujjah itu hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar (hadits-hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam-wr1)” (Ibnul Abdil Barr di dalam Al-Jami`, 2/149)
3. “Barang siapa yang menolak hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sesungguhnya ia telah berada di tepi jurang kehancuran. ” (Ibnul Jauzi, 182).

Demikianlah ucapan para Imam Mazhab. 

06 May, 2011

BESARNYA makna - doa duduk antara dua sujud

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)Janganlah buka aib yang Allah dah tutupkan. Minta petunjuk dan hidayah Allah.

Warfa’nii (angkatlah darjatku)Mohonlah supaya darjat kita diangkat menjadi hamba Allah yang saleh dan solehah.

Warzuqnii (berilah aku rezeki)Ingatlah, Allah lah yang memberi REZEKI. Rezeki seseorang itu telah di tetapkan.

Wahdinii (berilah aku petunjuk)Mohonlah petunjuk dan hidayah Allah supaya di tunjuki jalan yang di redhai Allah.

Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Mohonlah kesihatan supaya kita dapat beribadah.

Wa’fuannii (maafkan aku)Mohon keampunan dari Allah setiap masa.

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita kepada Allah. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini. 


M.C 2 hari

Salam?

Alhamdudilla syukur pada Allah, sempat  gak aku nak menaip dalam blog nie…….Hari nie aku tak kerja sebab kesihatan tidak mengizinkan.  Syukur Allah masih memberikan perhatian kepada aku yang lemah nie, Dia beri aku sakit bagi menghapuskan dosa-dosa kecilku….Ya Allah, beruntungnya aku, kerna kau masih ingat padaku.....Esok plak ada sekolah ganti, tak dapat nak jumpa anak murid sebab  doktor bagi m.c 2 hari…..Semoga aku tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ALLAH nie….Amin

03 May, 2011

So sad


Salam?
terkilan rasanya minggu nie dan minggu depan tak dapat nk join kelas Bahasa Arab pada hari sabtu, sbb aku ade sekolah ganti dan LADAP....ape bleh buat, aku terpaksalah akur dengan apa yang telah ditetapkan....tak sabar nak berjumpa dengan sahabat baru di sana.....Sekolah Oh Sekolah......

01 May, 2011

Nak belajar

Salam?

Alhamdudilla  minggu lepas aku dipanggil oleh Kolej Komuniti untuk mengikuti kursus pendek di Bukit Beruang, Melaka…..wow, minggu depan aku start kelas bahasa hari Selasa jam 8mlm- 10mlm….yang paling aku tak sabar nak belajar  bahasa Arab, dulu kat UiTM aku ade gak belajar, tapi sekarang nie banyak dah lupa…ingat nak continue balik, sayang kalau tak diteruskan…Insha Allah kelas bahasa Arab aku pagi sabtu ….wow semakin padat jadual belajar aku, hari Ahad pagi plak aku ade kursus  setiap minggu….bestnyer sambil kerja sambil  berkursus …



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...