30 September, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA 2010 - SMKSP (PK)


Alhamdudilla, segala yang dirancang pada hari ini berjalan dengan lancar…Entry aku hari nie, nk crite pasal sambutan hari raya untuk kanak-kanak khas di Hotel MITC, Ancasa.  Suatu pengalaman yg begitu bermakna kerana aku diberi kepercayaan oleh GPK –PK untuk menjayakan majlis tersebut.  Setakat nie, aku puas hatilah ngan perkhidmatan n makanan yg disediakan oleh Hotel MITC, Melaka. …Apa yang penting anak didikku makan dengan kenyang n semua makanan mampu dihabiskna oleh mereka (kiranya taklah membazir makanan tu kan)….semasa makan di Hotel, macam2 gelagat budak2 Pendidikan Khas nie…yang lucunya Syahid, lepas je habis makan, dia terus keluar dari pintu dewan untuk meletakkan pinggan kotor, alhamdudilla beberapa org guru perasan ngan tindakan syahid tu….kalo tak, tak taw mane dia dah pergi ….kesian bebudak nie, melalui pemerhatian saya, inilah pengalaman pertama mereka  makan di Hotel…

SAMBUTAN HARI RAYA 2010 DI HOTEL MITC ANCASA















29 September, 2010

TENTANG SELAWAT

1. Sabda Rasullah saw: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi saw: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabi saw: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

28 September, 2010

Aku HaPY Semacam HaRi Ini


Aku hapy sangat hari nie…yelah barang yang aku  poskan ke Syria telah pun diterima oleh sahabatku disana….penghantaran tersebut hanya mengambil  masa selama 2 minggu….taklah lama nk menunggu kan..Tapi yg peliknya bila dia nak poskan ke Malaysia  mengambil masa hampir sebulan (lamanya aku menunggu)……Alhamdudilla doa aku terkabul, akhirnya dia menerima hadiah tu dalam keadaan baik…Syukran Ya ALLAH…

26 September, 2010

MENGERTILAH TIAP2 PEMILIK CINTA

                                             Tolong sampaikan pada si dia..                                      
                                   Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
                                Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintanya..
                         Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.

         Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
     Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.
            Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana budi pekerti..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannaya..
SIMPANLAH PESANAN KU INI SEHINGGA ENGKAU BERTEMU DIRIKU SUATU HARI NANTI........... :::::

22 September, 2010

Reza datang sekolah


Nie lah anak murid kesayangan aku..Nama dia Mohd Reza b. Mohd Sani, berumur 15 tahun...hari nie aku terpanggil untuk mencoret kan sedikit tentang Reza nie...agak2 kalo tengok rupa Reza, boleh teka tak apa yang dialami olehnya?....KLAH aku bgtaw, Reza nie masalah pembelajaran dlm kategori Autisme, walaupun dia autisme dia ade kelebihan berbanding murid yang lain...Dia nie aku boleh katanya celik IT lah, pasal komputer semua dia tahu,  mungkin itulah anugerah yg ALLAH berikan ada dia....Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri @ tdk berkeupayaan  menyesuaikan diri secara normal dengan persekitaran. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak  dapat berhubung  dgn secara langsung.


 sebab tu lah, bila aku berkomunikasi ngan reza, dia tak ada tindakbalas, dan seolah-olah dia berada didunianya sendiri...reza juga tdk suke disentuh, bila kita sentuh dia, dia akan berkata ''aduh sakit''.....aku hapy sbb Reza dtg sekolah hari nie, dah berapa bulan Reza tdk dtg ke sekolah atas faktor2 tertentu....Reza lebih gemar menghabiskn masanya dirumah dengan komputer kesayangannya....Reza nie susah nk ingat nama cikgu2 yg mengajar dia, tapi yg aku suke sgt, nama aku dia boleh ingat sampai sekarang....

13 September, 2010

kalau perempuan....& lelaki akan cakap

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...


kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia.boring


p/s : jangan menilai seseorang dari luaran...

12 September, 2010

Mengejutkan




salam semua?

Aku terkejut baca kosmo online hari nie....akhirnya terungkailah kehilangan Datuk Sosilawati jutawan kosmetik ...rupa-rupanya mereka mati dibunuh dengan kejam  sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.....Tapi motif pembunuhan itu masih dalam siasatan....Al Fatihah untuk mereka semua....pilukan, bagaimana lah perasaan keluarga mereka ek, yelah meraikan syawal tanpa mereka yg tersayang......

08 September, 2010

Iklan raya 2010

Eid Mubarak to all Muslim




Sedar tak sedar esok last day kite berpose....Anyway aku tak rase macam nak raya jer tahun nie, tak tahulah kenapa, tahun nie jer aku tak excited macam dulo2 kala...kadang2 aku terpikir layak ker aku sambut aidilfitri (sekadar renungan )...sbb aku ade terbaca blog seseorg ustaz yg menyatakan ''Aidilfitri wujud untuk meraikan mereka yang bermati-matian mengisi Ramadhan dengan amal ibadah dengan tujuan untuk kembali kepada fitrah''...sedangkan amalan aku tak banyak mana pun ....aku kecewa ngan diri sendiri.

Ramai plak rakan2  facebook aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, padahal bulan Ramdhan belum berlalu pergi lagi...ucapan terlebih awal 1 minggu sebelum nak raya, sedeynya rasa kan....kalau lah ALLAH tunjukkan ganjaran yg mereka perolehi dalam bulan Ramadhan, pasti mereka melakukan byk amal kebaikan...Coretan aku nie sekadar mengingatkan diri sendiri dan muhasabah diri....aku berharap Ya ALLAH, moga dipertemukan Ramadhan yang akan datang..Insya Allah..Amin....

07 September, 2010

Esok Nk BeLi BaraNg

Esok aku nk cari barang buatan Malaysia untuk hadiah member aku yg jauh sangat2...masih tercari-cari kraftanagn aper yg sesuai ek...esok aku redah jelah Bandar Hilir Melaka tu...hopefully jumpa benda yg sgt menarik....ade ape2 cadangan..????

06 September, 2010

Mimpi sekadar bermimpi

Aku ingat lagi tarikh keramat yg tak akan luput dalam tafsiran akalku (29.8.2010)....masa tu aku tertunggu-tunngu surat dari sahabatku yg jauh dari Malaysia....sahabatku ade memberitahu  dalam ''skype'' yg dia poskan hadiah sempena Besday aku......suatu hari aku bermimpi...dalam mimpi tu aku terima surat n hadiah ...gift tu sangat canik (rantai yang berwarna Hijau), maklumlah aku suke warna Hijau...Aku hapy giler dalam mimpi tu dapat hadiah rantai....tetiba bila bukak jer mata..lorrrrrrrrrr  aku mimpi rupanya...aku pun seday lah, n tertanyer napelah bukan betul2..huhhuhu......bila dah bukak jer mata, teruslah bangun nk pi sekolah...bile habis jer sekolah n sampai umah, tengok2 ade surat sampai...dalam sampul tu ade barang..bile aku bukak jer..Ya ALLAH terkejut sbb aku memang dapat hadiah rantai...cuma beza skit dalam mimpi tu...huhuhu...aku pun senyumlah sampai ke telinga..bukan main sakan lagi.....itulah mimpi sebalik mimpi, yg mungkin secara kebetulan .....

























SEKADAR GAMBAR HIASAN

02 September, 2010

RAHSIA WANITA YANG ANDA PERLU TAHU..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.










2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.











3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan)











4.Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.











5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!












6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan












9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut








11. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam

 










12. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda













13. Sayangi wanita. Jangan sakiti hati mereka. Gembirakan hati mereka. Hadiahkan mereka sesuatu dengan ikhlas walaupun harganya tidak seberapa. Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.. :)

Yahooo EsOK LaSt SeKoLaH

Betapa gembiranya hati beta esok last sekolah...hahahhah....pasni plan aku nak pi beli barang buatan Malaysia then, nk poskan ke Syria...huhu...hadiah untuk besday kawan....plan ke.2 nak beli komputer & nak cari ABM (subjek Moral) untuk anak2 khas, ...plan no.3 nk cari tudung raya yg sesuai ngan baju...plan no.4 kemas umah n buang mane barang yang tak diperlukan....So, rakan2 yg lain jgn jeles lah aku dah cuti dulu, maklumlah cikgu (murid cuti cikgu pun cuti) dan yg paling best sekali bulan Ramadhan nie, rezeki aku mencurah-curah...Alhamdudilla...Mane tak nyer dapat tunggakan gaji, elaun SUKMA pun dapat...tak sia-sia aku jadi AJK tetap SMKSP ..hua..huaa..huaa..BERKHIDMAT UNTUK NEGERA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...