26 December, 2011

Sifat syurga part 3

Tidak beranak

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: '' Apabila seorang mukmin menginginkan anak di dalam syurga, maka jadilah anak itu pada saat ia ingin itu, tetapi tiada yang ingin beranak di dalam syurga. '' (Riwayat al-Tirmizi)

Lihatlah betapa terperincinya gambaran syurga  yang dipaparkan oleh Allah buat manusia menghayatinya. Agar dengan ini timbul semangat dan kesungguhan serta kegigihan yang meluap-luap untuk mencapainya. Sesungguhnya syurga itu benar, diyakini oleh orang yang benar dan diraih melalui amalan2 yang benar.
Berita tentang syurga disampaikan oleh Allah yang Maha benar (Al- Haq) kepada Rasul-Nya yang benar lagi dibenarkan!

Malang sekali, ramai manusia yang kononnya bijak, hidup pada zaman yang serba canggih ini tetapi tidak terpikat dengan janji syurga yang benar ini. Mereka lebih terpikat pada pelbagai jenis skim cepat kaya, tawaran saham berunsur riba, penipuan menerusi perniagaan dalam internet sehingga ramai yang telah terpedaya.

Mengapa tawaran syurga yang hakiki dan pasti ini diabaikan? kerana tidak nampak ? kerna tidak yakin ? Inilah krisis iman manusia akhir zaman. Namun akhirnya ketika mayat sudah dimasukkan ke liang lahat dan tanah kuburan telah dikambus orang, terdengarlah sayup2 suara talkin yang dibacakan.''......ketahuilah bahawa syurga itu benar''

17 December, 2011

Qiamullail

Memulakan Qiamullail dengan membaca al-Quran dan berdoa.

Bagaimanakah caranya Rasulullah s.a.w  mengerjakan Qiamullail? Dalam hadis yang dilaporkan daripada Ibnu Abbas, beliau berkata:
            ‘’Rasulullah s.a.w  tidur hingga pertengahan malam ataupun beberapa ketika sebelum ataupun selepas pertengahan malam. Baginda bangun, menghilangkan rasa mengantuk dengan mengusap wajahnya dengan tangan. Kemudian nabi membaca 10 ayat terakhir daripada surah al-Imran.

Ibnu Abbas pula melaporkan :
            ‘’Beliau menginap bersama nabi pada suatu malam. Rasulullah s.a.w  bangun pada akhir malam, berdiri dan melihat ke langit, lalu membaca ayat dalam Surah al-Imran, ‘Inna fi Khalqis samaawaati wal ardi wakhtilafil laili wannahaari…’ hingga ayat’……..faqina ‘azaabannar.’ Sesudah itu baginda pulang ke rumah lalu memberus gigi, berwuduk dan kemudian bersolat. Baginda kemudian keluar, lalu melihat ke arah langit dan membaca ayat yang sama. Beliau kemudiannya keluar memberus gigi, berwuduk, lalu berdiri dan bersolat.’’

Direkodkan oleh Ahmad dan Bukhari, juga daripada Abu Hurairah , Rasulullah s.a.w berkata:

‘’Ketika tengah malam berlalu, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Wujudkah orang yang memohon ampun? Maka aku mengampuninya. Wujudkan orang yang bertaubat? Maka aku menerima taubatnya. Wujudkan orang yang berdoa? Maka aku kabulkannya. Hal itu berterusan sehingga terbit subuh.’’




12 December, 2011

Sifat-sifat syurga part 2

Pakaian dan perhiasan syurga

Firman Allah s.w .t yang bermaksud: ‘’Sesungguhnya orang bertakwa di tempat yg aman. Dikebun-kebun dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera yang nipis dan tebal dan duduk berhadap-hadapan (surah Al-Dukhan 44:51-53)

            Firma Allah bermaksud ‘’ Bagi mereka disediakan syurga2 yang kekal mengalir dibawahnya sungai-sungai, dihiaskan mereka di dalamnya dengan gelang-gelang emas, memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera sulaman emas, sambil bersandar di tempat2 duduk yang tinggi, baik sekali ganjaran Allah s.w.t itu dan bagus sekali (syurga) sebagai tempat duduk.( surah Al-Kahf 18:31)

            Firma Allah bermaksud ‘’mereka duduk di atas tilam2 yang isinya daripada sutera (dan sedang duduk2 itu) mereka dapat memetik buah-buahan syurga kerana dekat (surah Al-Rahman 55:54)

            Rasulullah s.a.w bersabda ‘’ Sekiranya seseorang penghuni syurga datang ke dunia ini dengan memakai perhiasan gelang, maka sinar dari gelangnya itu akan mengaburkan sinar matahari, sebagaimana sinar matahari itu mengaburkn sinar-sinar bintang( Riwayat al-Tarmizi) 

                                                           sekadar gambar hiasan....

08 December, 2011

04 December, 2011

Tanyalah Ustaz di Majid Al-Hidayah Batu Berendam Melaka

Ceramah tanyalah ustaz di Masjid Al-Hidayah, Batu Berendam, Melaka.........
Penceramah : Ustaz Rujhan mohamed razali
Tajuk : Hijrah
Tarikh : 4 Dis 2011
Masa: selepas Maghrib



Allah s.w.t mendidik kita dengan 3 cara:-
1. Melalui ayat Al-Quran  - kita kenalah menkaji
2. Alam semesta - melaui ciptaan Allah s.w.t
3. Kisah Sejarah - sejarah merupakan bicara Allah s.w.t kepada hambanya
(sebenarnya byk lagi cara, tapi aku taip mana yg penting sajalah)

kata-kata hikmah dari Ustaz Rujhan mohamed razali......

Orang hebat boleh bezakan antara baik dan buruk, tetapi orang paling hebat dapat mencari kebaikkan dalam keburukkan .....

Orang yang cerdik tapi tak baik akan menipu.....

Orang yang tak cerdik tapi baik mudah kene tipu......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...