31 January, 2011

tulisan di atas Pasir dan Batu



"Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Ditengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorangnya menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati,tapi tanpa berkata- kata, dia menulis di atas pasir :
 "HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU."

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang,dia menulis di sebuah batu :
 "HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU."

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?”
Temannya sambil tersenyum menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin.”

“lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita,tetapi ingatlah  kebaikan org  pd kita,,lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kpd orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dn keburukan yg kita lakukan kpd orang lain”….


sifat pemaaf itu kan disukai oleh ALLAH dan juga Rasulullah SAW. 

Maher Zain - Insya'Allah (Malay Version)




Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang gelap
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Korus

Insha Allah Insha Allah
Insha Allah ada jalannya
Insha Allah Insha Allah
Insha Allah ada jalannya

Andainya kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Korus

Kembalilah kepada yang Esa
Yakin padaNya panjatkanlah doa
Oh Ya Allah pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Korus

BANJIR

Salam?

Memandangkan hujan tak henti-henti selam 3 hari nie, banyk tempat dah naik air (banjir)……Banyak mangsa  banjir telah dipindahkan ke Sekolah…..Macam biasa aku pi sekolah pukul 6.30am, sampai je area Alor Gajah, hujan tetiba lebat…..tapi  air blum naik lagi (maybe aku kuar  awal)…..bila sampai je sekolah, tetiba office tak bukak lagi……aku pun macam peliklah….bila aku pikir balik….ohhhhhhhhh…..ramai cikgu and murid terkandas sebab banjir rupanya….maklumlah kebanyakkkan cikgu2 nie duk area alor gajah, Cuma aku jer yg duduk paling jauh sekali……

Bila dengar jer air dah naik , aku terpikir balik sekolah lepas or tidak....kadang2 kesian tengok mangsa2 banjir nie….rumahlah le kecik, pastu rumah papan plak tu…majority yang rumah terkena banjir adalah orang susah…aku sempat tengok keadaan banjir tu  waktu aku nk balik sekolah…..Syukur krete aku still boleh redah banjir yang tak kritikal tu…..
Btullah, siapalah kita nak melawan kehendak ALLAH,  Cuma kita kene redha jelah and bersangka baik dengan ALLAH…..

Janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)

Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji. Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(alankabut:2&3)

30 January, 2011

ANAK...........













SUMBER DARI : MAJALAH SOLUSI - 28

29 January, 2011

Kisah Pembakar Roti..



Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa (A.S.). Suatu hari sedang wanita tersebut membakar roti maka berkumandaglah panggilan untuk menyembah ALLAH SWT. Wanita tersebut dengan bingkas bangun dan meninggalkan roti yang sedang dibakar semata2 untuk mengadap ALLAH SWT yang Maha Besar. Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung. Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu "Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat pembakaran." Jawab wanita itu "Tuhan lebih baik dari roti itu." Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. 

Lalu syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api. Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya anaknya sedang bermain main dengan bara api. Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita itu terus pergi berjumpa Nabi Isa (AS) dan menceritakan segala yang terjadi. Nabi Isa (AS) berkata "Bawa daku kepada anakmu". Setelah Nabi Isa (AS) melihat kanak kanak tersebut sedang bermain main dengan bara api maka beliau berasa amat takjub. Lebih lebih lagi di celah celah bara api itu tumbuh sebatang pohon delima dengan buahnya dan kanak kanak itu menghisap buahnya.

Bara api itu pun bertukar menjadi batu batu permata iaitu aked dan lukluk. Kanak kanak itu bermain main dengan gembira dengan batu batu permata itu. Lalu Nabi Isa (AS) menyuruh membawa isteri lelaki itu untuk mendapat kepastian. "Apakah pekerjaan yang kamu telah lakukan sehingga ALLAH SWT memuliakan kamu dengan kemulian ini?" "Jawab wanita itu "Aku selalu mengamalkan tiga perkara di dalam hidupku. Pertama, wuduk tidak pernah hilang daripada diriku melainkan aku memperbaharuinya kembali apabila batal. Kedua, aku selalu memikirkan orang mati diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga akan menemui nasib seperti mereka suatu hari nanti. Ketiga, hajat manusia akan aku cuba capaikan sedaya upayaku semata mata untuk mencapai keredhaan di sisi ALLAH SWT." 

Setelah Nabi Isa (A.S.) mendengar kata kata wanita tersebut, maka beliau berkata "Inilah warisan para anbiya dan jikalau kamu lelaki nescaya aku akan naik saksi bahawasanya kamu adalah seorang Nabi. Tapi tidak ada nabi untuk perempuan. Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar... meskipun ribuan mata tidak melihatnya ... 






26 January, 2011

Waterfall


Iguazú Falls Brazil


Gullfoss Waterfall, Iceland

Dettifoss Waterfalls, Iceland

Multnomah Falls, United States

Nachi Falls of Japan


Niagara Falls, USA



 The Krimmler waterfall, Austria
The Victoria Falls, Zimbabwe

Upper Yellowstone Falls, United States



The waterfalls of Plitvice Lakes, Croatia

Tangan Kanan

Apabila salah seorang kamu makan maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya, hendaklah ia minum dengan (tangan) kanannya, hendaklah ia menerima dengan (tangan) kanannya dan hendaklah ia memberi dengan (tangan) kanannya;

kerana sesungguhnya syaitan makan dengan (tangan) kirinya, minum dengan (tangan) kirinya, menerima dengan (tangan) kirinya dan memberi dengan (tangan) kirinya. (Sahih, Riwayat Hasan bin Sufyan dalam Musnadnya dari Abu Hurairah) [0482]

23 January, 2011

Keajaiban Medan Magnet di Madinah


Salam ?

Pagi tadi aku ada berborak dengan seorang sahabat…kami berborak pasal Medan Magnet di Madinah, aku memang tak pernah dengar sebelum nie, yelah sampai sana pun blum lagi…..bila pertama kali aku dengar, terasa ingin tahu  semakin membuak  (rasanya orang lain dah tahukan, aku je yg ketinggalan zaman…hua..hua..hua).

Kawasan ini mempunyai kuasa tarikan magnet yang luar biasa, dimana  kenderaan  akan bergerak laju sehingga mencecah 120km/j …… Ketika itu sahabat aku menaiki bas yang pemandunya  dengan sengaja meletakkan gear free. Allah Maha Besar !!....... Menurut sahabat aku, Medan Magnet nie  baru je dikomersilkan iaitu dibuka sebagai tempat pelancongan 
( Patutlah aku tak pernah dengar)…..selain tu, kompas juga tidak berfungsi iaitu jarumnya akan berpusing-pusing tak tentu hala.

Selain di Madinah terdapat juga tempat lain yg  memiliki   medan magnetic seperti  di Korea Selatan, Yunani, Australia, timur Amerika, dan juga di sekitar Gunung Kelud, Jawa Timur. …Tapi  kekuatan magnet di daerah-daerah tersebut tidaklah sekuat yang ada di Madinah. (Fuuhh)….

Begitulah hebatnya kuasa  Allah S.W.T. yang ditunjukkan kepada hambanya…..Aku harap suatu hari aku akan kesana sekiranya aku berpeluang unt menunaikan umrah @ Haji….AMIN

22 January, 2011

Permohonan Online Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

PERMOHONAN ONLINE 
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN 
CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)


Sabtu, 22 Januari 2011

    

Top of Form

BORANG PERMOHONAN ONLINE 


LOGIN PENGGUNA
Sila masukkan No. KP Baru Anda

NO KP :   
 cth: 750105016583


Bottom of Form



Hakcipta Terpelihara 2011, Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Sila klik sini

Tertolak Solat yang Tidak Dibacakan Al-Fatihah

Dari Abu Hurairah r.a : 


Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang mengerjakan satu solat tanpa Ummul Quran (Al-Fatihah) maka beliau seorang penipu (diulang tiga kali), (iaitu) tidak sempurna.” 

Lalu ditanya (oleh orang) kepada Abu Hurairah : “Sesungguhnya (jika) kami bersolat di belakang imam?”

Kata Abu Hurairah r.a : “Bacalah untuk diri mu kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda” : “Allah Ta’ala berfirman : Aku membahagikan solat itu antara-Ku dengan hamba-Ku kepada dua bahagian dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya (permintaannya dikabulkan).

Apabila si hamba membaca : Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, 
Allah Ta’ala berfirman : Hamba-Ku memuji-Ku.

Apabila si hamba membaca : Yang Maha Pemurah dan Pengasih, 
Allah Ta’ala berfirman : Hamba-Ku memuja-Ku.

Apabila si hamba membaca : Penguasa hari pembalasan,
Allah berfirman : Hamba-Ku mengagungkan Daku, hamba-Ku menyerahkan (urusannya kepada-Ku).

Apabila si hamba membaca : Kepada-Mu kami menyembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan,
Allah Ta’ala berfirman : Ini adalah antara-Ku dan hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya.

Apabila si hamba membaca : Tunjukilah kami ke jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat dan bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai dan orang-orang yang sesat,

 
Allah berfirman : Ini adalah untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya.”
[074] (Sahih. Dikeluarkan oleh Muslim, Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Baihaqi dll)


 

20 January, 2011

Kucing Bisa Bicara Seperti Manusia



JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.
Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.
"Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbardetikSurabaya.com semalam.
Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.
"Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.
Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.
Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.
Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. - Agensi
'’Masya Allah, laa quwwata illaa billaah”



17 January, 2011

Permohonan Online Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana akan dibuka mulai 19 Januari 2011 hingga 18 Februari 2011.

Sekian, harap maklum.
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia



SUMBER : LAMAN KPM 18/01/2010 


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran akan menawarkan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab 'C' Perkara 36. Pegawai perlu membiayai sendiri segala perbelanjaan semasa pengajian termasuk Yuran Pengajian. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
Tawaran ini tidak termasuk PPPS yang berkhidmat dengan Jabatan / Bahagian di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(KPTM), Politeknik dan Kolej Komuniti.

PANDUAN PERMOHONAN ONLINE

ARAHAN :
Semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.

Tatacara Permohonan Program CBBPTB secara Online

 1
Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat boleh membuat permohonan secara online melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet. Permohonan ini akan dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pemdidikan Siswazah(PPPS) dan ianya boleh dibuat melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my .
 2
Calon-calon adalah diingatkan agar membaca peraturan dan tatacara dengan teliti serta memasukkan kod-kod yang betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan ditolak.
 3
Setelah mengisi permohonan secara online, tuan/puan dikehendaki mencetak permohonan tersebut (Borang KPM (LDP)1/2010/3A) dan memuat turun KPM(LDP)1/2010/3B.
 4
Borang KPM (LDP)1/2010/3A yang telah dicetak hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan bersama dengan dokumen berikut:

  1.  
(semua sijil atau dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan semula)
  1. KPM(LDP)1/2010/3B
  2. Satu (1) salinan kad pengenalan pegawai

  1. Satu (1) salinan Kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini
yang telah disahkan. Sila pastikan kenyataan perkhidmatan mengandungi
maklumat-maklumat berikut:
  - tarikh lantikan ke jawatan DG41/DG3
  - tarikh pengesahan jawatan DG41/DG3
  - maklumat cuti belajar (jika pernah diluluskan cuti belajar)
  - tarikh kelulusan perisytiharan harta yang terkini
  1. Satu(1) salinan sijil SPM/MCE (atau yang setaraf dengannya)
  2. Satu(1) salinan Ijazah Pertama
  3. Satu(1) salinan Ijazah Lanjutan bagi peringkat Sarjana (bagi permohonan peringkat Kedoktoran)
  4. Satu(1) salinan transkrip Ijazah Pertama
  5. Satu(1) salinan transkrip Ijazah Lanjutan (bagi permohonan peringkat PhD)
  6. Satu(1) salinan surat lantikan ke Jawatan DG41 / DG3
  7. Satu(1) salinan surat pengesahan jawatan DG41 / DG3
  8. Satu(1) salinan surat kelulusan pengisytiharan harta yang terkini
  9. Senarai semak
 5
Bahagian A dan B Borang KPM(LDP)1/2010/3B hendaklah diisi oleh Ketua Jabatan tempat berkhidmat manakala Akuan Pengesahan di Bahagian C hendaklah diperolehi di peringkatKementerian atau JPN. Contohnya :- 

a) Sekiranya pemohon berkhidmat di
 IPG, Bahagian A dan B Borang KPM(LDP)1/2010/3B akan diperakukan oleh Pengarah IPG manakala Bahagian C hendaklah disahkan oleh Bahagian Pendidikan Guru di Kementerian . 

b) Sekiranya pemohon berkhidmat di
 sekolah, Bahagian A dan B diperakukan oleh Pengetua sekolah manakala Bahagian C disahkan oleh JPN. Perakuan oleh Ketua Jabatan hendaklah dibuat dengan teliti dengan mengambil perhatian terutama kepada syarat-syarat permohonan seperti yang dinyatakan. 

c)
 Sekiranya PPPS berkhidmat di Pusat Matrikulasi, Bahagian A dan B hendaklah diperakukan oleh Pengarah Matrikulasi manakala Bahagian C hendaklah disahkan oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM.
 6
Untuk markah LNPT di dalam Borang KPM(LDP)1/2010/3B Ketua Jabatan hanya perlu mengisi markah. Salinan laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tidak perlu dikemukakan.
 7
Permohonan yang tidak mematuhi syarat atau borang dan dokuman yang tidak lengkap atau tidak mengisi borang secara online akan ditolak.
 8
Semua dokumen-dokumen permohonan seperti yang disebutkan di atas yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui ketua jabatan kepada: 
Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 12-13, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(up : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan)
Nota : 
Permohonan Online dibuka sehingga 17 FEBRUARI 2010.

Borang permohonan hendaklah dihantar kepada Bahagian Tajaan Pendidikan selewat-lewatnya pada 26 FEBRUARI 2010.

Sila tandakan Sarjana atau Kedoktoran (mengikut peringkat pengajian permohonan) di sebelah ATAS KANAN sampul surat.



Panduan Mengisi Borang Program CBBPTB secara Online

 1
Tiada sebarang pendaftaran diperlukan untuk mengisi borang permohonan online. Pemohon hanya perlu memasukkan No. Kad Pengenalan untuk mengisi borang online.
 2
Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.
 3
Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.
 4
Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
 5
Semasa mengisi borang permohonan Online, beberapa panduan berikut disarankan supaya urusan pengisian maklumat permohonan tuan/puan mudah dan jelas.

5.1 Maklumat Permohonan

 
 Nama Pemohon
  Sila isi nama penuh anda(HURUF BESAR) seperti di dalam kad pengenalan baru anda tidak  melebihi 50 huruf, sila gunakan huruf-huruf ringkas yang sesuai.

 
 Contoh : MOHAMED ASYRAF ARFAN B KAMARUL FIRDAUS
 
 Nota  : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda

 
 Nombor Kad Pengenalan
  No. Kad Pengenalan akan dipaparkan berdasarkan
 Sistem Maklumat Staf
  ATAU
  nombor Kad Pengenalan Baru yang anda taip masuk semasa pendaftaran .

 
 Nota  : Maklumat ini tidak boleh dipinda.

 
 Alamat Tempat Bertugas
  Sila masukkan alamat tempat bertugas anda dengan lengkap. Jika ruang tidak
  mencukupi, gunakan huruf-huruf yang ringkas.

 
 Contoh : Contoh : SEK MEN TAMAN TUN DR. ISMAIL
 
 Nota  : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda

 
 Nombor Telefon Tempat Bertugas
  Sila masukkan nombor telefon pejabat tempat anda bertugas dalam ruang yang
  berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.

 
 Contoh : 03-42984585 menjadi 0342984585
 
 Nota  : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda

 
Nombor Faks Tempat Bertugas
  Sila masukkan nombor faks tempat anda bertugas dalam ruang yang
  berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.

 
 Contoh : 03-42984555 menjadi 0342984555
 
 Nota  : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda


5.2Maklumat Akademik

 
 Kod Bidang Dipohon
  Sila buat pilihan bidang pengajian Program CBBPTB yang anda ingin ikuti. Kod dan bidang
 
 pengajian yang ditawarkan adalah seperti di dalam pilihan yang diberikan.
Nota : Pastikan anda telah memuat-turun borang pada perkara 3 - Tatacara Permohonan Program CBBPTB secara online.

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA 
(CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2010 



1.0
SYARAT UMUM

i.
Warganegara Malaysia;
ii.
Telah berkhidmat tidak kurang daripada (3 tahun) dalam skim perkhidmatan siswazah (DG41/DG3) pada tarikh tutup permohonan. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 dan DG48 yang memenuhi syarat juga boleh memohon;
iii.
Telah disahkan dalam perkhidmatan siswazah (DG41/DG3) pada atau sebelum tarikh tutup permohonan;
iv.
Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85 peratusbagi tempoh 3 tahun kelendar berturut-turut;
v.
Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
vi.
Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Kedoktoran pada tarikh tutup permohonan;
vii.
Tawaran ini hanya terbuka untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi kemasukan Julai 2010 sahaja;
viii.
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
ix.
Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
x.
Telah mengisytiharkan harta; dan
xi.
Pegawai bukan merupakan peminjam tegar pinjaman/peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain.

2.0
SYARAT KHUSUS

i.
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
ii.
Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;
iii.
Pegawai mengisi Jawatan Latihan semasa mengikuti kursus. Penempatan pegawai selepas tamat Cuti Belajar akan ditentukan oleh BPSM;
iv.
Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja;
v.
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
vi.
Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan(maksimum) bagi peringkat Sarjana. Pelanjutan tempoh Cuti Belajar adalah tidak dibenarkan sama sekali;
vii.
Tempoh ikatan kontrak adalah seperti yang telah dikeluarkan oleh JPA .

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 12 - 13, Blok E12, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 W.P Putrajaya

KEDOKTORAN:
Pn. Syahzuriana bt. Ab. Rahim ( syahzuriana.ab@moe.gov.my )
Pn. Nor Rashimah bt. Mohamad Rodzi ( rashimah.rodzi@moe.gov.my )
Cik Salmah bt. Daud Shah ( salmah.daud@moe.gov.my )

SARJANA:
Pn. Nik Munerahanim bt. Nik Muhammad ( nik.munera@moe.gov.my )
Cik Sahida bt. Abu Seman ( sahida@moe.gov.my )
Cik Zainab bt. Hj. Abd Wahab ( zainababdwahab@moe.gov.my ) 

MAKLUMAT KURSUS SARJANA YANG DITAWARKAN 

http://apps.emoe.gov.my/ehlp/cbbptb/cbbptb_masters.pdf 

MAKLUMAT KURSUS KEDOKTORAN YANG DITAWARKAN  
 

PERMOHONAN SECARA ONLINE


 Wah ada peluanglah cikgu2 kat skul aku or kat mana2  aje untuk sambung study,  sama ada master or kedoktoran...Alhamdudilla, ini penambahbaikkan ....insha allah, tak de aral melintang, aku nk sambung study......So, siapa2 yg rasa telah memenuhi syarat tersebut bolehlah online hari Rabu (19 Jan 2011) nie.....

Thx KPM....kalo nk tggu biasiswa, mesti berjanggutkan...hua...hua...hua.....klik sini  dan ini  untuk rujukan...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...