28 July, 2011

Adakah melalui suntikan boleh membatalkan puasa?

Antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan terbuka seperti mulut, hidung , telinga , faraj dan dubur. Memasukkan sesuatu ke dalam  badan  dengan suntikan melalui saluran darah, menyuntik di bawah kulit atau ke dalam badan, tidak membatalkan puasa, contohnya suntikan itu untuk tujuan perubatan seperti membius. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam 4 mazhab. Pandangan ini juga turut dikemukakan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi. Menurut beliau, benda yang masuk melalui suntikan itu tidak masuk ke dalam badan melalui saluran terbuka dan perbuatan itu tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menahan diri.

Namun, ada sesetengah ulama hari ini mengecualikannya daripada suntikan makanan, iaitu jika yang disuntik itu ialah bahan makanan seperti glukosa dan sebagainya, maka batal puasa kerana telah mengambil kedudukan seperti makan dan minum.

Selamat menjalani Ibadah puasa semua, moga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik dari sebelumnya.

20 July, 2011

Ramadhan Kareem

:"Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan maka Allah mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadah satu tahun dan dia akan bersamaku di bawah panji-panji Arasy; barangsiapa mengekalkan solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diberi satu kota yang penuh nikmat Allah; barangsiapa berbuat baik kepada kedua orang tuanya di bulan Ramadhan maka akan memperoleh perhatian Allah dengan kasih sayang, sedang aku menjaminnya di dalam Syurga; dan seorang perempuan yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala sebagaimana pahala Maryam dan Asiah; dan barangsiapa yang menolong keperluan saudara muslimnya di bulan Ramadhan, maka Allah akan menolong seribu keperluannya di Hari Qiamat." - dari Anas bin Malik r.a.


16 July, 2011

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

Salam semua?

 

Tadi baru jer balik dari kelas bahasa Arab, hari nie adalah hari terakhir kelas…Insha Allah akan disambung after raya dengan musim baru dan murabbi baru….Ustaz Hanif ajar memang best, byk pengalaman dia ceritakan semasa belajar di Mesir…

 

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kelas Arab, tapi nak hebahkan Tema hari kebangsaan yang ke-54, Tahun 2011 ialah “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”…..So, aku sebagai guru kelas kenalah hiaskan kelas dengan penuh bendera dan artikel tetang kemerdekaan…..masih mencari2 idea  yg tak muncul2…..erghhhhhhhhhhh


 

12 July, 2011

Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari Hebahan

Amal yg dilakukan secara diam-diam hendaklah lebih disukai daripada amal yang disertai hebahan dan didedahkan. Dia lebih suka memilih menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban, namun tidak diketahui dan tidak dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi bahagian dari suatu jamaah, ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah; atau seperti asas bangunan. Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan dapat dijadikan berteduh dan bangunan tidak dapat ditegakkan. Tetapi ia tidak terlihat, seperti dinding yang terlihat jelas. Syauqy berkata di dalam syairnya:
“Landasan yang tersembunyi
Tidak terlihat mata kerana merendah
Bangunan yang menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah“

Di bahagian sebelum ini telah dikemukakan hadith Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidak hadir mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap.”

09 July, 2011

Tingkatkan ilmu

Tanggungjawab mempelajari ilmu agama bukan terletak di bahu orang agama sahaja. Setiap muslim perlu mempelajari agamanya agar keimanan benar-benar berada atas landasan kefahaman yang tepat . sekurang- kurangnya, semua ilmu agama yang berkaitan dengan aktiviti seharian dapat dipelajari dengan sebaik-baiknya . kemudian, pembelajaran bolehlah dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang agama yang luas ini.

Pokoknya, setiap muslim perlu berilmu dan terus segar mencari ilmu. Inilah tradisi para sahabat Nabi s.a.w, tabiin dan juga para ulama yang soleh. Dengan ilmu yang dimiliki, kita dituntut untuk mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.

Adakah  kita lebih selesa melakukan ibadah seperti solat dengan berbekalkan ilmu yang diperoleh sewaktu sekolah rendah, sedangkan persoalan dan cabaran berkaitan solat kita mestilah berkembang seiring dengan usia kita....

(kenapa kita boleh menghadiri  pelbagai kursus soft skill untuk meningkatkan kualiti kerja dan keupayaan diri, tetapi berkira-kira untuk menghadiri majlis ilmu yang dapat meningkatkan kefahaman terhadap agama dan juga mengukuhkan iman kita)





08 July, 2011

Tazkirah jumaat

Secara umum, pada awalnya kebaikan itu berat untuk dilakukan, tetapi akhirnya penuh dengan kenikmatan. Orang yang berbuat baik ibarat seorang pendaki gunung terjal. ia tidak akan merasa tenang sebelum sampai ke puncaknya.

Sedangkan keburukan awalnya manis dan akhirnya berat. Orang yang melakukan perbuatan buruk adalah ibarat seorang yang jatuh dari puncak gunung atau atap sebuah rumah. Ia baru akan merasa kesakitan setelah mendarat di tanah.

07 July, 2011

Cinta

 "Tanda cintakan ALLAH adalah cintakan Al Quran. Tanda
cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi SAW . Tanda cintakan Nabi SAW adalah cintakan sunnah Baginda . Tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat . Tanda cintakan Akhirat adalah tidak mencintai diri sendiri. Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia. Dan tanda membenci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup."

04 July, 2011

pilihan Allah

"Sesungguhnya adalah pilihan Allah untuk kita berada dalam sesuatu majlis ilmu itu atau tak. Itu adalah pilihan Allah untuk biar kita faham agamaNya atau tak. Dan yang pasti itu adalah pilihan Allah atas apa-apa saja yang terjadi pada kita."


Kerana ada orang yang Allah tak campakkan rasa manisnya beribadah dalam hatinya. Ada juga  orang  yang Allah tak lahirkan rasa bersyukur dalam dirinya. Ada juga yang Allah biarkan tak faham islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...