09 July, 2011

Tingkatkan ilmu

Tanggungjawab mempelajari ilmu agama bukan terletak di bahu orang agama sahaja. Setiap muslim perlu mempelajari agamanya agar keimanan benar-benar berada atas landasan kefahaman yang tepat . sekurang- kurangnya, semua ilmu agama yang berkaitan dengan aktiviti seharian dapat dipelajari dengan sebaik-baiknya . kemudian, pembelajaran bolehlah dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang agama yang luas ini.

Pokoknya, setiap muslim perlu berilmu dan terus segar mencari ilmu. Inilah tradisi para sahabat Nabi s.a.w, tabiin dan juga para ulama yang soleh. Dengan ilmu yang dimiliki, kita dituntut untuk mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.

Adakah  kita lebih selesa melakukan ibadah seperti solat dengan berbekalkan ilmu yang diperoleh sewaktu sekolah rendah, sedangkan persoalan dan cabaran berkaitan solat kita mestilah berkembang seiring dengan usia kita....

(kenapa kita boleh menghadiri  pelbagai kursus soft skill untuk meningkatkan kualiti kerja dan keupayaan diri, tetapi berkira-kira untuk menghadiri majlis ilmu yang dapat meningkatkan kefahaman terhadap agama dan juga mengukuhkan iman kita)





1 comment:

  1. salam mas,
    benar sekali, untuk ke majlis agama , kita selalu berkira-kira, tapi untuk majlis2 keduniaan, kita jarang beri alasan, malunya..........

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...