27 April, 2011

Dia lebih baik dariku

Hati kecilku berbisik, gadis ni macam sombong. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, mungkin sahaja kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan mulia dariku..

Hati kecilku berbisik, nakal sungguh anak kecik ni. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, anak kecil ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan aku telah banyak berbuat maksiat kepada Allah. Sudah semestinya anak ini jauh lebih baik dari diriku.

Hati kecilku berbisik, banyak cakap sungguh orang tua ni. Menyakitkan hati betul. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu sahaja dia lebih baik dari diriku

Hati kecilku berbisik, berlagak sungguh. Macamlah pandai sangat. Astagfirullah. Wahai hati sedarlah engkau, Orang ini memperoleh anugerah ilmu yang tidak akan aku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah akuu capai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.

Hati kecilku berbisik, ahh takkan lah tak tahu couple tu haram? Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, Kerana dia jahil lah dia telah bermaksiat kepada Allah, sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.

Hati kecilku berbisik, dasar kafir, nerakalah tempatnya. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.


26 April, 2011

Sabar dalam mentaati Allah

Menurut imam al-Ghazali, sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada tiga; yakni sabar ketika hendak memulakannya, sabar mengejakannya dan selepas mengerjakannya .

Sabar sebelum memulakan ketaatan ialah kita mampu menahan daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapat keredhaan Allah. Jangan sekali-kali mengharap pujian, pengikhtirafan dan penghargaan daripada manusia. Dengan kesabaran, kita mampu menangkis sifat riyak atau syirik kecil sebelum melakukan suatu ibadah .

Sabar semasa melakukan ketaatan adalah dengan menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya. Umpamanya, apabila menutup aurat, tentulah ada sedikit rasa panas, tidak selesa (buat pertama kalinya), disindir orang dan sebagainya. Namun kita terus istiqamah untuk melakukannya walau betapa sukar sekalipun fizikal, emosi dan hati kita menanggungnya.

Manakala sabar selepas melakukan ibadah pula adalah dengan menahan diri daripada sifat riyak(menunjuk-nunjuk), sum’ah( suka mendengar pujian ) dan ujub. Menurut imam al-Ghazali, sabar diperingkat inilah yang paling sukar. Ini adalah godaan yang menimpa hati. Jika tauhid tidak dihayati, maka dengan mudah sahaja syaitan manipu lalu terhapuslah segala kebaikan yang dibina.

Dalam sebuah hadis yang panjang , Rasulullah s.a.w  telah menjelaskan bagaimana orang kaya yang dermawan, orang yang membaca al-Quran dan orang yang mati syahid telah ditolak amalannya kerana tidak ikhlas.



Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.

EARTH IN A BUBBLE





22 April, 2011

Tsauban

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya. 

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya 
"Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi." 

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud 

"Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. 

21 April, 2011

http://www.pdftoword.com/

Ada satu maklumat yang aku nak share kat sini...jika sesiapa nk convert pdf to word...just click DISINI
lepastu, follow jer instruction......okey selamat mencuba, aku bagitaw pada yang belum tahu lagi....hua..hua...hua

20 April, 2011

AMAZING SHADOW ART

That’s right, these artists have managed to create these incredible photographs by toying with an object’s shadow. Pretty incredible. I never thought a shadow could be considered ‘art‘ until now

















18 April, 2011

Amazing Paper Cut And Fold Sculptures












Wah cantiknya, Insha Allah nak cuba buat ....Hasilnya saya akan tunjukkan nanti....

15 April, 2011

When someone tells you that you can't do something...

Look around...

Consider all options... 

Then GO for it!   …….

Use all your skills and positive attitude! 

Be creative! 

In the end, you will succeed and prove them wrong!

Always remember
"Nothing is impossible, if your heart is willing and your attitude is positive!!" 

11 April, 2011

DOA yang dimakbulkan..

Furqan dan Nuqman adalah dua orang sahabat baik dan tinggal berjiran.Kedua-dua mereka mengalami kesempitan hidup.Setiap hari,setelah seharian bekerja masing-masing akan berdoa.Mereka akan berhenti di sebuah masjid dan berdoa bersungguh-sungguh.

Selesai berdoa,Furqan bertanya kepada Nuqman.

"Kau doa apa hari ini?"

"Aku doa semoga esok aku dimurahkan rezeki.Sebab aku perlukan belanja yang banyak bulan ini."Jawab Nuqman.Tambahnya lagi,

"Kau?"

Furqan hanya melebarkan bibirnya ke pipi.Mengukir senyum.
Keesoakan hari,Nuqman memberitahu Furqan berita gembira,

"Furqan,doa aku semalam dimakbulkan.Aku dapat bonus dari boss hari ini.ALHAMDULILLAH."
Furqan dengan senang hati menjawab,

"Alhamdulillah.Hari ini kau doa apa pula?"

"Aku doa moga isteri aku selamat bersalin."

Mereka berdua duduk di dalam masjid dan masing-masing teruskan berdoa.Selesai berdoa Nuqman membuka mulut mengajukan soalan.

"Kau pula berdoa apa tadi?"

Hanya senyum berbahasa.Furqan tidak mengutarakan apa-apa jawapan.
Beberapa hari kemudian Nuqman memberitahu Furqan bahawa isterinya selamat bersalin.

"Nampakya doa aku sekali lagi dimakbulkan Qon."

"TAhniah NUQman!" Furqan dengan turut bersyukur menghadiahkan ucapan.Dan menyambung perkataannya,

"Aku berdoa juga supaya anakku selamat,"katanya dengan berwajah muram.

"Anak kau?Kenapa dengan dia Qon?"

"Anakku yang bongsu sedang sakit.Keadaannya makin membimbangkan,"

"InsyaAllah,kau doalah kuat-kuat sikit.Minta dengan Allah supaya anak kau selamat."Pujuk Nuqman seraya memberi jalan.

Setelah beberapa hari kemudian,seperti biasa,seusai solat dan berdoa mereka berbual seketika.

"Bagaimana dengan anak kau Qon?"tanya Nuqman mengambil berat.

"Cuma berubah sedikit sahaja.Masih macam tu juga."Furqan menundukkan sedikit kepalanya.

"Doa banyak lagi Qon.Aku tak sangka doaku sangat makbul.Hampir setiap yang aku doa semuanya dimakbulkan Allah.Tapi kau....."Kata-kata Nuqman terhenti di situ.
Furqan tersenyum.Seikhlasnya.

"Aku hairan,doa kau tak makbul tapi kau masih boleh tersenyum?" Soalan diajukan oleh 
Nuqman mengiringi kehairanannya itu.

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan oleh Allah,"kata Furqan.

"Yang mana?Aku tengok tak ada apa-apa perubahan pun pada kau?"Nuqman masih lagi hairan.

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau sahabatku.Setiap hari aku berdoa supaya Allah memakbulkan apa yang kau doa kepada-NYA."

Pengajaran:
"Doa kita tanpa pengetahuan mereka,
itulah keikhlasan!


Di dalam hati manusia....

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung

kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya





09 April, 2011

Pengisian

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya wlaupun hatinya.Kerna Allah terlalu mencintainya,tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,dimanakah Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya.Mengapa masih ragu-ragu?Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.Hargailah diatas kesempatan yang Allah berikan.Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"-Imam Ghazali-

08 April, 2011

kursus pendek di kolej komuniti

Salam?

Semalam tak sempat nak update blog sendiri, maklumlah balik lambat dan banyak program kat sekolah….hari nie sempat gak aku curi masa nak update blog. Semalam aku dan semua pelajar telah mengadakan lawatan  ke Kolej Komuniti di Bukit  Beruang, Melaka…. ini adalah program sekolah PK  untuk memberi  pendedahan dan suntikan semangan kepada mereka agar teus menuntu ilmu walaupun sampai ke liang lahat……Alhamdudilla banyak manfaat yang aku dapat sepanjang lawatan tersebut, antaranya kami didedahkan dengan pelbagai program yang ditawarkan disana (itu semestinya)…..Tapi yang paling menarik ialah program latihan 1Malaysia telah dijalankan bermula  jan  2011 dengan harga yuran yang sangat murah dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat…

RM 10.00/ kursus (pakej)- program kemahiran bahasa
RM 1.00 sejam – program kemahiran lain

Kalau nak tahu program nie masih baru dilaksanakan (patutlah aku x tahu selama nie) dan pelajar akan dipilih berdasarkan 15 orang yang terawal mendaftar secara online (kiranya siapa cepat dia dapat ar)….Jangan terperanjat dah  4 kursus aku mendaftar…tapi x sure ade rezeki ke tak….. klik sini jika berminat  (sila klik pada pendaftaran online kursus pendek)


05 April, 2011

lupakan

Jangan sekali-kali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikan-Nya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Jadi , apabila kita membuat kebaikkan kepada orang lain, cuba rasakan seolah –olah kita tidak pernah berbuat baik kepadanya. Perbuatan mengingati ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalarkan keikhlasan. Moga kita terselamat dari rasa ujub, sum’ah , riyak @ bangga diri



Allah....

Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Allah  akan berfirman ‘’ Wahai Jibrail, Aku mencintai seseorang hamba, maka cintailah dia. Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata: ‘ Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia. ‘’( Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah)


03 April, 2011

Qisya Shaliha

Salam?

Bersyukur kepada Allah s.w.t  masih diberi peluang untuk meneruskan hidup seperti biasa…..Alhamdudilla

Alhamdudilla kakak aku selamat melahirkan baby yg ke-3 di Hospital Pantai pada 2 April 2011….semalam adalah pengalaman pertama aku tido di hospital  untuk temankan kakak  aku yang  baru lepas bersalin. Wow, tahun nie bertambah sorang lagi anak buah …kali nie dapat anak buah perempuan iaitu Qisya Shaliha , sebelum nie semuanya hero belaka…..berat Qisya Shaliha 3.34kg  dan mempunyai rambut yang sangat lebat dan berbibir merah……Tapi aku kesian tengok bila org pompuan lepas bersalin, sbb  tak bermaya, makan tak leh sembarangan, nak jaga anak yg lain plak dan macam2 lagilah……

Nampaknya semua anak buah aku ade kat rumah sekarang, jenuh nak jaga diaorg sbb makin nakal, nampaknya masa untuk aku berblog  terpaksa slow dulu…..cau cin cau

01 April, 2011

Kisah Sebuah Penghormatan

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."

Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. "Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"

Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...