28 February, 2011

Datang ke rumah Reza





Salam?

Kalo nak tahu, gambar kat atas tu, gambar Reza....anak murid aku yang dah lama tak datang sekolah...Reza nie Autism, umur baru 16 tahun. Memandangkan Reza jarang datang sekolah disebabkan beberapa sebab yang tak boleh dipaksa, maka aku sebagai guru memainkan peranan dan datang ke rumah Reza...

Yang ganbar no.2 tu adalah mesin yang dibeli oleh bapa Reza dengan harga RM 5,000....biasanya Reza akan buat terapi dengan menggunakan mesin tersebut...sbb Reza kerap sakit kepala dan kadang2 sehingga sanggup mencederakan diri sendiri....kesian tengok Reza, aku pun paham dengan keadaan dia...yelah Reza berada didunia nyer sendiri, tak tahu apa2 dan tak boleh bertindak balas apabila kita berkomunikasi ngan dia....itulah kanak2 Autisme.....

27 February, 2011

KISAH KEBAIKAN SEORANG MAJUSI


Semasa menunaikan ibadah haji, Abdullah bin Al Mubarak tertidur di Hijir Ismail. Dalam tidurnya dia bermimpi Rasulullah berpesan kepadanya: “Wahai Abdullah, apabila engkau kembali ke Baghdad, pergilah berjumpa Bahramal Majusi (pemimpin agama Majusi). Sampaikan salamku dan katakan Allah telah redha kepadanya.”
Abdullah tersedar dan menyangka mimpi itu daripada syaitan. Namun mimpi itu datang tiga kali berulang-ulang. Maka setelah selesai mengerjakan haji, Abdullah lantas pulang ke Baghdad dan mencari Bahramal Majusi.
“Wahai Bahramal Majusi, boleh aku tahu apa kebaikan yang pernah engkau lakukan?” tanya Abdullah setelah bertemu dengan orang yang dimaksudkan.
“Baru sebentar tadi aku pinjamkan wang kepada orang dengan faedah yang sedikit.”
“Itu haram hukumnya, ada yang lain?”
“Ya, aku ada empat anak lelaki dan empat anak perempuan. Maka aku telah mengahwinkan sesama mereka dengan mengadakan jamuan yang besar.”
“Itu juga haram, ada yang lain?”
“Ya, aku ada seorang anak perempuan yang cantik dan tiada tandingannya. Itu sebabnya aku bernikah dengannya dengan belanja perkahwinan yang besar. Lebih seribu orang Majusi menghadirnya.”
“Itu juga haram…”
“Oh, baru aku teringat.Seminggu lepas, sewaktu aku sedang tidur bersama anakku pada waktu malam, datang seorang wanita yang sama agamanya dengan kamu. Dia datang dan pergi beberapa kali. Aku syak dia seorang pencuri. Maka aku cuba mengekorinya dari belakang. Sampai di rumah wanita tersebut, kelihatan empat anak perempuannya sedang kelaparan.”
“Mereka bertanya, ” Ibu adakah makanan untuk kami malam ini?”
Ibunya lalu menjawab, ” Aku malu untuk meminta kepada selain Allah. Tambahan pula kepada musuh Allah, orang Majusi itu.”
“Wanita tersebut sedih hingga mengalirkan air mata. Aku tidak tergamak melihat keadaan mereka. Lantas aku pulang dan membawa makanan yang banyak. Semua makanan itu aku serahkan kepada wanita malang itu. Mereka sangat gembira dan aku rasa puas hati.”
“Inilah kebaikan yang telah kau lakukan hingga aku bermimpi bertemu Rasulullah. Dan Rasulullah sudah berpesan kepadaku agar menyampaikan salam kepadamu. Dia juga memberitahu bahawa Allah telah redha kepadamu,” kata Abdullah.
Bahramal tersentak dengan berita tersebut. Dia lantas mengucap kalimah syahadah di hadapan Abdullah Mubarak. Selesai mengucap, Bahramal tersungkur lalu tidak bangun lagi.


25 February, 2011

Allah s.w.t. menolak satu doa Rasullullah s.a.w.



                       'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu Rasulullah s.a.w. telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah s.a.w. sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t.Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s.a.w. pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada 
Allah s.w.t. supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t.
2. Aku telah bermohon kepada 
Allah s.w.t. supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s.). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t.
3. Aku telah bermohon kepada 
Allah s.w.t. supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain.....hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang......






24 February, 2011

Juara Sukan Pendidikan Khas peringkat Zon Alor Gajah -22 & 23 Feb 2011


Tahniah buat semua guru dan murid Pendidikan Khas  SMK Seri Pengkalan yang telah menjuarai Sukan Peringkat Zon Alor Gajah, Melaka di SMK Sultan Monsor Shah selaku tuan rumah .... 








23 February, 2011

Origami Part 2



 Hasil  kerja muridku


Hasil kerja aku ......



Origami : Lotus Flower


Origami  Fish

21 February, 2011

Rasulullah s.a.w dan Seorang Arab Badui



Di waktu Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: 'Ya Karim! Ya Karim!' Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam menirunya membaca 'Ya Karim! Ya Karim!' Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: 'Ya Karim! Ya Karim!' Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam yang berada dibelakangnya mengikuti zikirnya 'Ya Karim! Ya Karim!'

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh kebelakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: 'Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkan ku, karena aku ini adalah orang Arab Badui? Kalaulah bukan karena ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.'

Mendengar bicara orang Badui itu, Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam tersenyum, lalu bertanya: 'Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?''Belum,' jawab orang itu. 'Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?' 'Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan saya membenarkan putusannya sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,' kata orang arab Badui itu pula.

Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam pun berkata kepadanya: 'Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!' Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.'Tuan ini Nabi Muhammad?!''Ya,' jawab Nabi sollallahu `alaihi wassalam. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam.

Melihat hal itu, Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: 'Wahai orang Arab! Janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, ALLAH mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita ancaman bagi yang mengingkarinya.'

Ketika itulah, Malaikat Jibril `alaihi salam turun membawa berita dari langit dia berkata: 'Ya Muhammad! Rabb As-Salam (puncak keselamatan) menyampaikan salam kepadamu dan bersabda: Katakanlah kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih ALLAH. Ketahuilah bahwa ALLAH akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar!'. Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Orang Arab itu pula berkata: 'Demi keagungan serta kemulian ALLAH, jika ALLAH akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNYA!' kata orang Arab badui itu. 'Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan ALLAH?' Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika ALLAH akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa besar maghfirahNYA,' jawab orang itu. 'Jika DIA memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunanNYA. Jika DIA memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawananNYA!'.

Mendengar ucapan orang Arab Badui itu, maka Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badui itu, air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril `alaihi salam turun lagi seraya berkata: 'Ya Muhammad! Rabb As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sungguh karena tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Nah katakan kepada temanmu itu, bahwa ALLAH tak akan menghisab dirinya, juga tak akan memperhitungkan kemaksiatannya. ALLAH sudah mengampuni semua kesalahannya dan ia akan menjadi temanmu di surga nanti!' Betapa sukanya orang Arab badui itu, apabila mendengar berita tersebut. Ia lalu menangis karena tidak berdaya menahan keharuan dirinya.

20 February, 2011

Pakaian taqwa

AKU BUKANLAH ORANG YANG HEBAT, TAPI AKU INGIN BELAJAR DARI ORANG2 YANG HEBAT, AKU ADALAH ORANG BIASA TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA, DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA, TETAPI AKU INGIN MEMBUAT SESEORANG MENJADI ISTIMEWA..............

17 February, 2011

Dijodohkan disyurga

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”


Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

16 February, 2011

~ Suami Yang Hodoh Dan Isteri Yang Cantik ~


Suatu ketika Imran Ibn Hiththan masuk menemui isterinya. (dan Allah mentakdirkan Imran ini menjadi seorang secara paras rupa tidak menarik. Wajahnya biasa-biasa saja, untuk tidak mengatakan hodoh- sementara tubuhnya pendek. Sedangkan isterinya adalah seorang wanita yang cantik rupawan dan tinggi lampai). Ketika ia masuk menjumpai isterinya, sang isteri sedang berhias. Imran tak dapat menguasai dirinya.....ia terpegun memandang sang isteri. Sang isteri bertanya , "Ada apa dengan mu....??" "Demi Allah engkau semakin cantik saja setelah berhias," jawab Imran Maka sang isteri berkata, " Janganlah khuatir....sebab engkau dan aku akan masuk syurga." Tak terkira betapa gembiranya Imran Ibn Hiththan mendengar ucapan sang isteri. Tetapi.... "Dari mana engkau mengetahui hal itu.?" tanya Imran "Kerana engkau telah dikurniakan isteri seperti diriku lalu engkau bersyukur, dan aku dicuba dengan suami sepertimu, lalu aku bersabar. Dan orang yang bersyukur dan yang bersabar akan masuk syurga" (ibnaty Al-Habibah, hal 22) 











15 February, 2011

Origami

Salam? Entah tetiba je tahun nie aku kene mengajar Subjek Pend. Seni.....Aku nie plak taklah kreatif, melukis lagilah hancur....Pengalaman  baru buat aku tahun nie...manalah taw tetiba nk pindah sekolah, kene plak mengajar Subjek Pend. Seni ...sekurang-kurangnya pengalaman dah ade kan...he3

Nielah hasil kerja murid yang aku nak tunjukkan.....Walaupun aku nie tak kreatif, tapi aku kene gak jadi kreatif.....











13 February, 2011

"Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w"



CERAMAH MAULIDUR RASUL


Prophet Muhammad was born in Mecca, Saudi Arabia, on the twelfth day of the month of Rabiulawal, the third month of the Islamic calendar, in the Year of the Elephant, or in the year 570 CE.


Betul kata Ustaz Kazim tu,  kita sambut maulud Nabi  kerana kita mahu  mengikuti segala sunnah Nabi sama ada  kelakuan Nabi,  cara hidup Nabi, cara ibadat Nabi dll.....Masha Allah banyak lagi sunnah Nabi yang aku tak amalkan lagi….dan blum campur lagi yang aku tak tahu apa yang Nabi suka.....Ya Rasulullah kau adalah manusia yang luar biasa, menjadi idola kepada setiap umat islam..Aku rindu padaMu ya Rasullullah.....






Betapa ramai para Nabi terdahulu yang jeles dengan ummat Muhammad SAW. Jika diberi pilihan, ada yang sanggup tidak menjadi Nabi, asalkan menjadi pengikut dan ummat Muhammad. Begitulah mulianya sesiapa yang mengikut dan dipimpin oleh Muhammad. Di akhirat kelak, ummat yang mula2 sekali masuk syurga ialah ummat Muhammad SAW.

11 February, 2011

There is Always the Other Side


A Mother was reading a magazine and her cute little daughter every now and then distracted her. To keep her busy, she tore one page on which was printed the map of the world. She tore it into pieces and asked her to go to her room and put them together to make the map again.

She was sure her daughter would take a lot more time and probably whole of day to get it done. But the little one came back within minutes with perfect map.

When he asked how she could do it so quickly, she said, "Oh Mom, there is a man's face on the other side of the paper. I made the face perfect to get the map right." she ran outside to play leaving the mother surprised.


Perhaps there is always the other side to whatever you experience in this world. This story indirectly teaches a lesson. That is, whenever we come across a challenge or a puzzling situation, look at the other side...and will be surprised to see an easy way to tackle the problem or an acute difficulty.




05 February, 2011

Be Patient

Daripada Abu Said R.A., katanya, "Beberapa orang kaum Ansar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah. Lalu diberi oleh baginda. Kemudian, mereka meminta lagi. Terus diberi olehnya... diminta lagi, diberi lagi sehingga habislah segala apa yang ada pada Rasulullah. Nabi SAW bersabda, "Tidak ada apa lagi padaku dan tidak ada apa pula yang kusimpan. (Ingatlah!). Sesiapa yang ingin terpelihara daripada sikap meminta-minta, ALLAH akan memeliharanya. Sesiapa yang merasa cukup, ALLAH akan mencukupkannya. Dan, barangsiapa yang berhati sabar, ALLAH akan memberikannya kesabaran. Tidak ada satu pun pemberian ALLAH yang diberikan-NYA kepada seseorang yang lebih baik dan lapang daripada sabar,"
(Hadith sahih Bukhari).



Dapatkan mesej bergambar ILuvislam.com





Salam?


Nie sekadar nk bagitahu jer....sesiapa yg berminat dengan mesej bergambar dari Iluvislam bolehlah klik  DISINI. Alah macam gambar kat atas tu.....

03 February, 2011

Jangan pernah kamu menghina seorang pendosa



PADA suatu hari, selepas menunaikan sembahyang, Rasulullah didatangi seorang wanita yang bernama Ghamidiyah. Rasulullah pun bertanya tujuan wanita itu datang menemuinya.

"Apakah tujuan kamu menemuiku?" soal Rasulullah.
 "Wahai Rasulullah, aku telah berzina. Oleh itu rejamlah aku," jawab Ghamidiyah.

Mendengarkan jawapan itu, Rasulullah memalingkan mukanya dari pandangan Ghamidiyah.Ghamidiyah pun mendepani Rasulullah dan berkata: "Aku telah melakukan zina, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada penzina sepertiku ini," kata Ghamidiyah.

Selepas Rasulullah berpaling sebanyak tiga kali, akhirnya baginda pun bertanya, "Sudah sampai ke tahap mana engkau berzina?"

"Sudah berzina, ya Rasulullah," jawab Ghamidiyah.

"Adakah kamu bercium dan berpelukan?" soal Rasulullah.

"Sudah berzina, ya Rasulullah. Hubungan kami sudah seperti hubungan suami isteri, dan sekarang aku sedang mengandung anak hasil daripada perbuatan zinaku. Hukumlah aku, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum Allah, agar aku terlepas daripada hukuman Allah di akhirat kelak. Aku pohon agar dikenakan hukuman rejam ke atasku," kata Ghamidiyah lagi.

"Kau pulanglah dulu. Tunggu sehingga anak di dalam kandunganmu itu dilahirkan. Apabila engkau telah bersalin, barulah engkau datang menemuiku," nasihat Rasulullah.

Apabila telah cukup sembilan bulan 10 hari, maka lahirlah anak yang dikandung oleh Ghamidiyah. Sebaik sahaja sihat dan mampu berdiri, Ghamidiyah pun pergi menemui Rasulullah. Dia mengendong bayinya di dalam sehelai kain dan dibawa bersama.

"Wahai Rasulullah, aku sudah melahirkan anak ini. Sekarang, aku sudah bersedia untuk dihukum. Jalankan hukumanmu ke atas ku," kata Ghamidiyah.

Rasulullah memandang ke arah Ghamidiyah dan bayi di dalam dukungannya silih berganti. Kemudian baginda menjawab, "Kau pulanglah dahulu. Apabila bayi ini sudah mampu makan dengan menggunakan tangannya sendiri, barulah engkau datang menemuiku semula".

Ghamidiyah pun akur. Dia pulang kembali ke rumah. Bayi yang dilahirkan itu dipelihara dengan penuh kasih sayang sehingga bayi itu besar. Akhirnya dia sudah mampu makan dengan tangannya sendiri. Ghamidiyah pun pergi menemui Rasulullah buat kali yang ketiga, membawa bersama anaknya. Di tangan anak itu terdapat sekeping roti yang sesekali digigit dan dimamahnya.

"Wahai Rasulullah, lihatlah! Anakku ini sudah boleh makan dengan tangannya sendiri. Sekarang aku pohon kepadamu, hukumlah aku agar aku kembali suci untuk mengadap Allah yang maha Esa nanti," kata Ghamidiyah.

"Kau carikan sebuah keluarga yang rela menjaga anakmu ini apabila engkau sudah tiada kelak," kata Rasulullah.

Ghamidiyah pun mencarikan keluarga angkat untuk anaknya itu. Apabila telah ada orang yang sudi memeliharanya, maka Ghamidiyah pun menyerahkan anaknya itu. Kemudian dia kembali menghadap Rasulullah.

"Aku sudah selesaikan hal yang engkau perintahkan kepadaku. Sekarang, bolehlah aku dihukum," kata Ghamidiyah.

"Baiklah," kata Rasulullah.

Ghamidiyah pun dibawa ke tempat hukuman. Dia diikat di sebatang kayu. Orang ramai dikumpulkan di sekelilingnya. Akhirnya Rasulullah pun mengarahkan agar Ghamidiyah direjam. 

Semua orang mencapai anak batu lalu dilontarkan ke arah wanita itu. Seorang sahabat Rasulullah mengambil sebiji batu yang besar lalu melontar ke arah Ghamidiyah sambil mencelanya.

"Janganlah engkau menghina dan mencerca Ghamidiyah. Sesungguhnya taubatnya itu diterima Allah. Sekiranya hendak dibandingkan taubatnya dengan taubat yang lain, taubat ini adalah lebih besar dari Gunung Uhud," kata Rasulullah.

Maka Ghamidiyah pun meninggal dunia akibat direjam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...