22 September, 2011

kisah teladan 2

Suatu ketika,  Khalifah Harun Ar-Rasyid bertitah agar setiap orang yang pernah melihat Rasulullah SAW dalam hidupnya dibawa menghadapnya.
Selang beberapa waktu,  tibalah masanya seorang nenek tua dibawa menghadap khalifah. Beliau pun bertanya kepada wanita tua itu, “Apakah kamu melihat Nabi Muhammad dengan mata kepala sendiri?”
“Oh, ya tuanku, saya melihat langsung” jawab nenek tua itu.
Khalifah kemudian bertanya lagi, apakah nenek tua itu ingat apa yang dikatakan Rasulullah.
“Ya. Rasulullah berkata,  Ketika usia tua datang, ada dua hal yang menjadi muda. Pertama, angan-angan dan kedua ketamakan terhadap wang”.
Khalifah mengucapkan terima kasih  dan memberikan sejumlah wang kepada nenek tua tersebut. Nenek itu berterima kasih. Selepas itu, dia dihantar pulang oleh pengawal..
Ketika dalam perjalanan, nenek tua itu tiba-tiba meminta dibawa kembali ke hadapan Khalifah.
“Mengapa kau kembali?”, tanya Khalifah kehairanan.
“Saya hanya datang untuk bertanya, adakah wang pemberian tuan untuk saya ini hanya sekali ini saja atau saya akan menerimanya sepanjang tahun?”
Khalifah berfikir sejenak,
 “Betullah apa yang dikatakan Rasulullah, nenek tua ini memiliki angan-angan untuk hidup lama dan masih tamak dengan wang.”
Khalifah pun berkata, “Jangan khuwatir, kamu akan dibayar setiap tahun.”
Nenek itupun pulang. Namun dia tiba-tiba jatuh dan meninggal dunia.

20 September, 2011

Kisah Teladan


Pada suatu hari, seorang wanita telah menjumpai sebiji permata yang sangat berharga di dalam sungai. Keesokan harinya, dia bertemu dengan seorang musafir yang sedang kelaparan. Lalu wanita itu pun membuka begnya untuk berkongsi makanan. Musafir itu terlihat batu permata tadi dan lantas berkata,”Alangkah beruntungnya saya jika memiliki permata seperti itu.” Wanita itu terdiam sejenak dan dengan perlahan menghulurkan permata itu sambil berkata,”Ambillah permata ini, semoga Allah mencukupkan keperluan tuan!” Dengan kehairanan musafir itu melihat permata itu di atas telapak tangannya. Wanita itupun berlalu pergi meninggalkan musafir yang masih terpinga-pinga..

Tidak lama kemudian si musafir bertemu kembali dengan wanita itu. Dia memulangkan batu permata tersebut sambil berkata,” Batu permata ini dapat menampung keperluan saya seumur hidup. Namun saya berharap sesuatu yang lebih berharga dari batu ini. Khabarkanlah kepada saya ilmu dan amalan yang memudahkan kamu memberikan batu permata kepada saya ini tanpa keraguan”.

19 September, 2011

tuntut Ilmu

Salam semua?

Alhamdudilla sempat juga nak menaip dalam blog sebelum nak lelapkan mata.....Aku bersyukur sangat kerna kelas  bahasa Arab di Kolej Komuniti start  hari ini ....bilangan pelajar pun tak ramai (senang ustaz nak fokus pada kitaorang) , kelas selesa, buku disediakan dan yuran hanya RM 10.00 untuk tempoh belajar 2 bulan.....Insya Allah lepas habis  belajar di kolej Komuniti aku nak sambung  belajar kat tempat lain plak.....bahasa Arab memang best, maklumlah bahasa Al-Quran & bahasa syurga....dulu masa sekolah aku tak ade peluang nak belajar bahasa Arab, after dah kejelah baru  ada peluang nak cari ilmu bahasa Arab nie....Alhamdudilla, Allah permudahkan urusan aku.........

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda..belajarlah bahasa Arab kerana 3 perkara:-

1. Rasulullah s.a.w berbangsa Arab
2. bahasa Arab bahasa syurga
3. Al-Quran dalam bahasa Arab 

17 September, 2011

kisah Maryam - Dasyatnya doa Ibu

Kisah Hanah binti Faqud, ibu Maryam terkandung di dalam al-Quran. Sewaktu beliau mengandungkan Maryam, beliau sentiasa berdoa supaya anak yang sedang dikandungnya kelak menjadi anak yang berguna, terhormat dan mulia. Bapa Maryam  pula bernama Imran. Nama keluarga Imran menjadi salah satu nama surah Quran iaitu surah Ali Imran. Begitu juga dengan nama Maryam yang diabadikan di dalam Quran sebagai surah Maryam.

Allah memberikan kemuliaan kepada keluarga Imran kerana mereka mempunyai keistimewaan di dalam Quran Allah menyatakan, dia meninggikan darjat sebahagian hambanya di muka bumi ini. Antaranya adalah Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran. Allah mengurniakan.

Selepas sekian lama Hanah berkahwin dengan Imran, mereka masih belum memperoleh anak. Hanah ingin benar mengandung dan melahirkan anak. Pada suatu hari, Hanah melihat seekor burung member makan kepada anaknya menggunakan paruhnya. Ibu burung itu dengan penuh kasih sayang menyuapkan makanan ke mulut anaknya. Menyaksikan hal itu, Hanah menjadi semakin rindu hendak mempunyai anak. Beliau berdoa kepada Allah, ‘’ Ya Allah, kurniakanlah seorang anak kepadaku.’’

Tidak lama selepas itu, Hanah merasakan adanya tanda-tanda beliau hamil. Hanah berasa bahagia dan bersyukur kerana Allah mengabulkan doanya. Selepas itu, Hanah semakin tekun beribadah. Begitu juga dengan suaminya, Imran. Hanah sering duduk bersimpuh di hadapan Allah, memanjatkan puji-pujian begi menunjukkan rasa syukur dan bermunajat kepada Allah. Dengan air mata bercucuran, Hanah berdoa , ‘’Ya Allah, semoga engkai jadikan bayi yang aku kandung ini anak yang soleh’’. Hanah juga bernazar , apabila anaknya besar nanti, beliau mahu menghantarnya berkhidmat di Baitulmuqaddis.

Sembilan bulan kemudian, Hanah melahirkan anaknya dengan selamat. Hanah dan suaminya gembira dengan kelahiran anak mereka. Namun mereka menjadi gusar apabila mendapati anak mereka itu perempuan.

Imran berkata kepada isterinya,  ‘’ Wahai isteriku, kamu melahirkan anak perempuan! Bagaimana dengan nazarmu? Bolehkan anak kita ini menjadi khadam di Masjid al-Aqsa sedangkan dia perempuan? ’’Mendengarkan kata-kata suaminya, Hanah mengeluh dan berkata, ‘’ Ya Tuhanku, mengapa aku melahirkan anak perempuan?’’ sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang berlaku.

Walaupun anak mereka perempuan, Hanah dan Imran tetap menerima kehadiran anak mereka. Hanah yang bernazar menginginkan anaknya berkhidmat di Masjid al-Aqsa pasrah dan menyerahkan nasib anaknya kepada Allah. Allah yang maha pencipta memberikan anak perempuan kepadanya. Hanah menyedari semua yang berlaku atas kehendak Allah dan Allah pasti menerima nazarnya walaupun anaknya perempuan.

Hanah kemudian mula mencari nama yang sesuai untuk anaknya. Akhirnya Hanah menamakan anaknya Maryam yang bermaksud ‘ pelayan tuhan’ dalam bahasa mereka pada zaman itu. Kemudian, Hanah berdoa kepada Allah, ‘’Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menamakan anakku Maryam dan aku memohon engkau memberikan perlindungan kepadanya dan kepada keturunannya daripada syaitan yang terkutuk’’.

Sesuai dengan nazarnya, Hanah menyerahkan Maryam kepada Nabi Zakaria iaitu suami kepada ibu saudaranya, Hamillah. Ini kerana pada waktu itu, Zakaria adalah khadam di Masjid al-Aqsa. Tindakan Hanah itu adalah atas petunjuk Allah. Selain menjadi khadam, Zakaria juga adalah seorang Nabi dan dikenali sebagai orang yang soleh. Seluruh hidupnya digunakan bagi berdakwah dan beribadah di Masjid al-Aqsa. Kebetulan, Nabi Zakaria dan isterinya tidak mempunyai anak hingga usia mereka lanjut. Jadi, mereka gembira kerana dapat memelihara dan membesarkan Maryam.
Zakaria dan isterinya sayang kepada Maryam dan memeliharanya seperti anak kandung. Apalagi sejak kecil, Maryam menunjukkan tanda-tanda beliau adalah seorang yang luar biasa. Pada diri Maryam terlihat cirri-ciri wanita cerdas, mulia, suci dan terhormat. Semua itu menunjukkan Allah menerima doa dan nazar ibunya.

Maryam membesar menjadi anak yang taat beribadah dan menunjukkan sifat sebagai pelayan Allah seperti yang dinazarkan oleh ibunya. Nabi Zakaria membina mihrab di Masjid al-Aqsa sebagai tempat Maryam tinggal dan beribadah. Maryam tinggal di Mihrab itu sejak kecil hingga beliau menginjak usia remaja. Ada pendapat yang menyatakan Maryam adalah seorang gadis yang suci yang tidak pernah mengalami haid. Dengan demikian, beliau tidak perlu meninggalkan tugasnya sebagai khadam di masjid al-Aqsa. Hingga beliau dewasa, tidak ada lelaki yang masuk ke mihrabnya kecuali Nabi Zakaria, bapa angkatnya.

Pada suatu hari, Zakaria masuk ke mihrab Maryam dan melihat teerdapat banyak makanan dan buah-buahan segar. Zakaria kehairanan dan bertanya dari manakah Maryam memperoleh semua makanan itu. Maryam menjawab , ‘’ Semua makanan itu daripada Allah.’’

Mendengarkan jawapan Maryam, Zakaria tersentak dan takjub. Beliau sedang menyaksikan kebesaran Allah. Pada waktu itu Maryam masih kecil tetapi Allah memberikan  keistimewaan yang besar kepadanya. Apa yang Maryam alami sama dengan apa yang dialami oleh para wali.

Peristiwa itu menjadikan Zakaria semakin yakin, Allah maha pengasih dan penyayang kepada semua hambanya. Allah adalah tuhan yang maha berkuasa dan dapat melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya serta dapat mengabulkan doa hamba-hambanya. Tidak lama selepas itu, timbul keinginan dalam diri Zakaria mendapat anak walaupun usianya lanjut dan isterinya pula mandul. Namun beliau yakin, apabila Allah menghendakinya, tidak ada perkara yang mustahil.Akhirnya Allah, mengabulkan doa beliau sama seperti Allah mengabulkan doa Hanah. Nabi Zakaria dan isterinya dikurniakan seorang anak yang mereka namakan Ishak.

Allah mengabulkan doa Hanah yang menginginkan anak yang soleh. Allah benar-benar menjadikan Maryam sebagai wanita terbaik pada zamannya, malah darjatnya melebihi darjat lelaki. Begitulah dasyatnya doa seorang ibu untuk anaknya.

Maryam adalah wanita yang baik dan suci secara lahir dan batin. Atas kesuciannya dan ketaatannya kepada Allah, Maryam dikurniakan seorang anak yang kelak menjadi utusan Allah. Dengan kuasa dan izin Allah, Maryam melahirkan seorang bayi yang dinamakan Isa. Bayi itu ajaib kerana dia wujud dan lahir tanpa percampuran benih lelaki dan perempuan. Kelahiran Isa semata-mata atas kehendak Allah. Allah menciptakannya  tanpa bapa, sama seperti dia menciptakan Adam tanpa ibu dan bapa.

Itulah al-kisahnya yang aku taip cerita ini dari sebuah buku yang bertajuk ‘’Dasyatnya doa Ibu’’



15 September, 2011

Takdir di Loh mahfuz

Jawapanku  tentang perkahwinan

Kenapa lambat?
Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku

Dah berpunya ?
Ya….kerna setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing

Siapa?
Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku

Bila?
Bila kami dah dipertemukan…Insya Allah jemput datang ke walimatulurusku nanti

Jangan selalu bertanya bila orang itu nak kawen kerna semua rahsia dia terletak di tangan Allah ….sampai masa Allah akan membongkarnya…..


message nie dapat dari seorang sahabat, tak taw nak update apa dalam blog, sekarang makin malas nak mengadap laptop...sebab dah jumpa hobby baru...hua...hua..hua....

09 September, 2011

Rahsia Madina part 4

Lokasi  Masjid Nabawi

Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengeringkat tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl) di bawah jagaan As’sad bin Zararah al- Ansari. Rasulullah s.a.w kemudiannya membeli tanah tersebut. kawasan tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok tamar, kubur-kubur orang bukan islam dan runtuhan-runtuhan lama yang kemudiannya dibersih dan diratakan untuk didirikan masjid.

Kisah bagaimana tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak Masjid Nabawi begitu unik sekali. Setelah rasulullah s.a.w keluar dari Quba menuju ke kota Madina, orang ramai berebut-rebut untuk mengheret tali unta rasulullah s.a.w  untuk menjemput baginda s.a.w  sebagai tetamu ke rumah masing-masing. Namun demikian rasulullah s.a.w menyerahkan kepada unta untuk baginda untuk membuat pilihan dan bersabda:

‘’Lepaskannya, sesungguhnya ia telah diberi arahan oleh Allah s.w.t’’

Unta itupun terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri  seolah-olah mencari sesuatu, sehinggalah ia berhenti di tapak Masjid yang ada pada hari ini.
Selepas  ia berhenti, Rasulullah s.a.w bersabda:

‘’Insya Allah, disinilah tempat tinggal’’

Setelah itu, bangun pula ketua-ketua kaum khazraj berebut-rebut menjemput Rasulullah s.a.w  kerumah mereka masing-masing dengan nada persaudaraan. Pada masa itu, Abu Ayub al-Ansari (Khalid bin Zaid r.a) terus mengambil barang-barang Rasulullah s.a.w  dan menuju ke rumahnya. 

Baginda s.a.w  tersenyum sambil bersabda:

‘’Seseorang itu mesti bersama barangnya’’

Rumah Abu Ayyyub yang bertuah itu letaknya betul-betul di hadapan masjid sekarang. Rasulullah.s.a.w  tinggal disitu hampir setahun lamanya.
Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada bulan Rabiulawal tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanya Rasulullah s.a.w   tiba di kota Madina . Rasulullah s.a.w   sendiri turut seta dalam pembinaan  dengan memikul dan membawa batu bata.
Setelah selesai pembinaan masjid itu, barulah baginda membina rumahnya bersama Sayidatina Aisyah r.ha dan isteri-isteri baginda yang lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...