22 September, 2011

kisah teladan 2

Suatu ketika,  Khalifah Harun Ar-Rasyid bertitah agar setiap orang yang pernah melihat Rasulullah SAW dalam hidupnya dibawa menghadapnya.
Selang beberapa waktu,  tibalah masanya seorang nenek tua dibawa menghadap khalifah. Beliau pun bertanya kepada wanita tua itu, “Apakah kamu melihat Nabi Muhammad dengan mata kepala sendiri?”
“Oh, ya tuanku, saya melihat langsung” jawab nenek tua itu.
Khalifah kemudian bertanya lagi, apakah nenek tua itu ingat apa yang dikatakan Rasulullah.
“Ya. Rasulullah berkata,  Ketika usia tua datang, ada dua hal yang menjadi muda. Pertama, angan-angan dan kedua ketamakan terhadap wang”.
Khalifah mengucapkan terima kasih  dan memberikan sejumlah wang kepada nenek tua tersebut. Nenek itu berterima kasih. Selepas itu, dia dihantar pulang oleh pengawal..
Ketika dalam perjalanan, nenek tua itu tiba-tiba meminta dibawa kembali ke hadapan Khalifah.
“Mengapa kau kembali?”, tanya Khalifah kehairanan.
“Saya hanya datang untuk bertanya, adakah wang pemberian tuan untuk saya ini hanya sekali ini saja atau saya akan menerimanya sepanjang tahun?”
Khalifah berfikir sejenak,
 “Betullah apa yang dikatakan Rasulullah, nenek tua ini memiliki angan-angan untuk hidup lama dan masih tamak dengan wang.”
Khalifah pun berkata, “Jangan khuwatir, kamu akan dibayar setiap tahun.”
Nenek itupun pulang. Namun dia tiba-tiba jatuh dan meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...