31 December, 2010

Penjaga Kunci Ka’bah Meninggal Dunia, Syeikh Abdul Azizi Al-Syaibi

Salam?

Rasanyer,  aku pernah post kan entry pasal kunci kaabah nie.....So, kalo nk taw siapa pemegang kunci tu, lihat gambar dibawah.....

Hamba Allah nie bernama  Syaikh abdul Aziz Al- Syaibi berusia  82 tahun merupakan  penjaga pintu Ka’bah. Beliau telah meninggal dunia pada hari Ahad pagi  ( 7 Nov ) yang lalu. Beliau dimakamkan di Perkuburan Maala setelah selesai disolatkan di Masjidil Haram. Nak tahu lebih lanjut klik  disini


                                                                    Syaikh Abdul Aziz Al-Syaibi ( sebelah kiri )





Tadi pasal kunci, nie aku nk carite pasal Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din  plak…Beliau  telah diberi penghormatan bersama-sama tetamu kerajaan Arab Saudi yang lain memasuki ke dalam Kaabah pada  hari Selasa, 21 Disember 2010  bersamaan 15 Muharam 1432H, kira-kira pukul 7:00 pagi waktu Makkah (waktu Malaysia 12:00 tgh). Ini adalah kali ketiga Tuan Guru berpeluang memasuki ke dalam Kaabah. Kali pertama pada tahun 2001, kali kedua 5 bulan yang lalu iaitu pada 1 Syaaban 1431H (13 Julai 2010)…..klik sini

Bertuahnya  Dato’ Dr. Haron Din nie kan…. Aku nk merasa masuk kedalam Kaaba tu pun belum tentu, sampai Mekah pun blum , nk buat umrah pun tak lepas lagi….telan air liur lah…. Tulahkan rezeki masing2….





p/s : Rupa-rupanya hamba Allah (pemegang kunci kaabah)  nie dah menghadap Ilahi pada bulan Nov yg lalu, moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman ...AMIN
      

30 December, 2010

"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya".

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh".

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.''



28 December, 2010

Harga sebuah Iman......


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
.
.


27 December, 2010

Dilahirkan kedunia....

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan:
"Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah?"
Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."
"Tapi di sini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk bahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih bahagia."
"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar, dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara berbicara."
"Apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara berdoa."
"Saya mendengar di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal itu mungkin akan mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."
"Malaikat akan menceritakan kepadamu tentang-Ku dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepada-Ku, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."
Saat itu syurga begitu tenangnya sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu, IBU"


25 December, 2010

Bila Hamka Berkata

Cinta adalah perasaan yang semestinya ada pada setiap diri manusia,ia laksana setitis embun yang turun dari langit..bersih dan suci,Cuma tanah yang menerima embun tadi yang berlainan jenis.


Jika ia jatuh ke tanah yang tandus maka tumbuhlah pada tanah itu kedurjanaan,kedustaan,penipuan,langkah yang menyimpang dan lain-lain perkara yang tercela.


Tapi jika ia jatuh ke tanah yang subur,disana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan,setia,budi pekerti nyang tinggi dan segala apa nyang terpuji”





24 December, 2010

23 December, 2010

BUASIR

Petua Meredakan BUASIR


Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


Buasir Luaran - Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


PETUA TRADISIONAL


1. 7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega.

2. Ambil buah tomato yang hampir masak dan goreng dengan minyak yang sedikit. Ambil tomato dan biarkan sejuk. Setelah itu sapukan pada bahagian buasir. Jadikan ini sebagai amalan sehingga buasir anda pulih.

Ubat Untuk Meredakan Buasir

1. Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, anda disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.

2. Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, anda disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika langkah ini tidak juga berkesan anda boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucilataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.

3. Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, anda digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu anda juga boleh merendamkan diri dalam air suam 2 atau 3 kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Amalan Harian Untuk Elak Buasir

1. Banyakkan meminum air. Paling minimum 1.5 – 2 liter sehari

2. Mengamalkan cara makanan yang seimbang juga dapat menghindari dari penyakit buasir: penekanan lebih kepada memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Cuba tetapkan masa penggunaan tandas. Contohnya, selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.

4. Masalah buasir juga boleh dielakkan dengan tidak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

5. Berjumpa doktor segera jika mengalami tanda buasir (darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur).


Petua Mempercepatkan Penyembuhan Buasir

1. Elakkan sembelit. Makan diet yang mengandungi fiber yang tinggi, minum banyak air dan membuat senanam yang tetap walaupun hanya dengan berjalan. Anda juga boleh mendapatkan fiber tambahan atau pelembut najis.

2. Jangan tunggu ketika anda ingin membuang air besar dan cuba jangan meneran apabila membuang dan jangan berlengah-lengah ke bilik air.

3. Buat senaman kegel setiap hari. Ia dapat meningkatkan pengedaran di kawasan rectal dan menguatkan otot-otot di sekeliling anus, menguatkan otot-otot di vagina dan uretha mempercepatkan badan sembuh selepas bersalin.

4. Elakkan dari minum air tebu, memakan buah nenas dan kacang bendir.





22 December, 2010

21 December, 2010

What is a Friend?



Your Heart is your Love,
Your love is your Family ,
Your family is your Future ,
Your future is your Destiny ,
Your destiny is your Ambition,
Your ambition is your Aspiration ,
Your aspiration is your Motivation ,
Your motivation is your Belief ,
Your belief is your Peace ,
Your peace is your Target ,
Your target is Heaven,
Heaven is no fun without FRIENDS ,,,!!

16 December, 2010

BERINGAT ....















KIsah :Memikul Keldai


Suatu hari, seorg pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorg guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.

            ‘’Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir,’’ kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya. Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yg jauh ke madrasah guru sufi itu.

            ‘’Apa yang perlu saya bawa ?’’

            ‘’Bawa pakaian sehelai dua,’’ jawab guru sufi

             Meerka pun memulakan perjalanan yg jauh. Setelah agak lama, mereka menemui satu bukit yg agak tinggi.

            ‘’ Kita akan mendaki bukit ini.’’         ‘’ Mana jalannya ?’’

            ‘’Kita susuri jalan di tepi lereng bukit,’’ kata guru sufi.

‘’Nanti, nanti …saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya .’’

            ‘’Kamu hendak menunggang  Keldai ?’’ Baiklah ,mari kita membelinya dahulu.’’

              Dalam  hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat2 keletihan. Setelah guru sufi membeli 2 ekor keldai, dia pun berkata, ‘’ Sekarang ada 2 ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya…’’

            ‘’Dan saya akan menunggang seekor lagi,’’ pintas pemuda itu. ‘’Tidak ‘’ Kata guru sufi.
            
             ‘’Mengapa?’’

            ‘’Jangan bertanya. Patuh saja.’’ Pemuda itu terkejut. Tetapi dia tidak berani melawan .

            ‘’Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa apa2 beban?’’
            ‘’Tidak . Sebaliknya kamu mesti memikulnya!’’

            ‘’Memikul keldai menaiki bukit yg tinggi ini?’’

            ‘’Ya. Pikul keldai ini dan naikke atas bukit , ‘’ jawab guru sufi itu pendek dan tajam
            
             Maka dengan susah payah, dia memikul keldai sambil menyusuri jalan ditepi lereng bukit itu. Termengah-mengah . Dia benar2  keletihan. Sebaliknya guru sufi itu bersantai- santai menaiki keldainya berjalan dihadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan.

            Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman , guru sufi itu pun berkata , ‘’Anakku, keldai itu umpama nafsu mu. Allah menciptakn nafsu unt kau menungganginya bukan  kau ditunggangi olehnya.’’

 ‘’Maksud tuan?’’

‘’Dengan menurutkan nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tdk ada batas dan tdk pernah puas. Lepas satu2 kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yg tinggi.’’

            Pemuda itu terdiam. ‘’Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya , kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menajdi hamba tetapi apabila dijadikan  tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurkannya.’’
          
            ‘’Seperti saya yg memikul keldai tadi?’’

‘’Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan  di lereng bukit ini dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakn ke arah kebaikan.’’

            ‘’Ya.Ya. Orang yg mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai mendaki bukit!’’ akui pemuda itu.

Pengajaran: Nafsu adalah sebahagian drpd diri kita yg jika tdk dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.



15 December, 2010

Kisah : lImu Silat Yang Hebat


Seorang remaja bertemu seorg guru silat yang warak. Dia berkata ‘’Tuan guru, tolong ajarkan saya ilmu persilatan ‘’. Tuan guru menjawab ‘’ Boleh ,  tapi syaratnya kamu mesti taat perintahku.’’  Kata remaja tersebut ‘’ Insya  Allah saya akan taat,  bila saya boleh mula belajar? ‘’
           
        ‘’Sekarang juga, kau pergi  kehadapn mihrab masjid itu. Disana ada ribuan kitab2 lama,’’  ‘’ tetapi saya berhajat belajar silat, bknnya belajar ilmu agama, ‘’ bantahnya.
            ‘’Bukankah  telah aku katakana tadi. Mesti taat, baru boleh belajar silat ,’’ tegas Tok Guru. …’’Ya’’….’’Ya’’

            Maka tinggallah remaja itu berbulan –bulan di situ . Kerjanya tidak lain selain menyemak  lembaran kitab itu sehelai demi sehelai. Habis sebuah, dia beralih kpd kitab yg lain. Akhirnya, ribuan kitab telah disemaknya  menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. 
            
            Selepas 6 bln , dia berasa sungguh bosan .  Dia masih belum diajar walau sedikit pun ilmu silat. Sedangkan kawan-kawannya yg belajar dgn guru2 lain kini telah cekap menumbuk dan menendang . Dia masih terkial-kial menyemk helaian kitab2 saban hari.

            ‘’Tok Guru, saya ingin  berhenti. Tiada apa pun silat yg saya belajar disini. Saya ingin pulang’’
            
            ‘’Tetapi Tok sudah pun mengajar kamu ilmu silat.’’

            ‘’Mengajar ilmu silat? Silat apa?Jangankan menumbuk dan menendang , melangkah pun saya tdk diajar!’’

            ‘’pulanglah . kamu akan paham apa yg Tok maksudkan.’’ Apabila pulang ke kampong, dia berasa rendah diri berbanding kawan2 nya. Mereka sudah mahir bersilat.
            
             Satu petang, sedang dia melihat kawan2 nyer bersilat di padang, tiba2 seorg drpd kawannya jatuh dan kakinya tergeliat.

            ‘’Aduh, aduh! Kakiku’’ jeritnya kesakitan. Spontan  dia memberanikan diri unt mengurut kaki kawannya itu. Sebaik sahaja dia mula mengurut, tekanan ibu jarinya begitu kuat sehingga kaki kawannya melecet dgn teruk dan kaki yg tergeliat it uterus bengkok seakan – akan patah.

            ‘’aduh! Apa yg ko buat pd kakiku? Sakit, sakit.’’

            Dia terkejut.  Barulah dia sedar bahawa ibu jarinya punya kuasa yg kuat. Kekuatan yg menyamai penyepit besi.

            Rupa-rupanya itulah yg kekuatan drpd ilmu silat tok gurunya yg dipindahkan kepada ibu jarinya sewktu dia disuruh menyemk helaian demi helaian kitab tempoh hari!

Pengajaran: ilmu yg tinggi diajar secara berhikmah, umpama akar pokok yg bergerak perlahn tetapi dpt menembusi batu dan tanah yg keras. Guru yg ikhlas mengajar dgn rendah diri dan ikhlas kerana Allah.


Majalah Solusi

 

14 December, 2010

HIdayah Islam

Salam?

Siapakah wanita ini.....


kalo nk tahu lebih lanjut sila klik sisni
Sbb aku malas nk crite ...hahahhahahah

Berita Harian Online - Guru kedua tumpu tugas sampingan

Berita Harian Online | Guru kedua tumpu tugas sampingan

KUALA LUMPUR: Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Peng, berkata antara lain guru pembantu boleh menumpukan kepada tugas sampingan lain seperti perkeranian serta pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi.


Katanya, guru pembantu juga boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas. 

“Guru pembantu adalah cadangan yang baik, tetapi tidak boleh mengambil peranan sepenuhnya sebagai guru. 

“Guru pembantu boleh membantu guru di bilik darjah, tetapi tugas mereka tidak boleh bertindih, contohnya jika lebih tertumpu kepada tugas perkeranian dan pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 

Beliau mengulas cadangan itu, antara 28 perakuan dikemuka Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. 
Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang peningkatan beban tugas guru, termasuk terlalu banyak penyertaan dalam kokurikulum dan sukan sehingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan. 

Yim Peng turut mencadangkan Kementerian Pelajaran supaya melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak ke jawatan tetap selepas mereka berkhidmat dalam tempoh tertentu. 

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pelaksanaan dua guru satu kelas dapat memberi faedah kepada murid kerana mudah untuk mengawasi mereka. 

Katanya, guru boleh memberi tumpuan terhadap proses P&P, manakala guru pembantu berperanan memastikan proses berkenaan berjalan lancar di dalam bilik darjah. 

“Justeru, guru pembantu perlu memiliki kelayakan Kursus Khas Perguruan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pendidikan atau mengambil mereka kalangan guru sandaran tak terlatih (GSTT) bagi memenuhi keperluan terbabit,” katanya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...