16 December, 2010

KIsah :Memikul Keldai


Suatu hari, seorg pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorg guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.

            ‘’Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir,’’ kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya. Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yg jauh ke madrasah guru sufi itu.

            ‘’Apa yang perlu saya bawa ?’’

            ‘’Bawa pakaian sehelai dua,’’ jawab guru sufi

             Meerka pun memulakan perjalanan yg jauh. Setelah agak lama, mereka menemui satu bukit yg agak tinggi.

            ‘’ Kita akan mendaki bukit ini.’’         ‘’ Mana jalannya ?’’

            ‘’Kita susuri jalan di tepi lereng bukit,’’ kata guru sufi.

‘’Nanti, nanti …saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya .’’

            ‘’Kamu hendak menunggang  Keldai ?’’ Baiklah ,mari kita membelinya dahulu.’’

              Dalam  hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat2 keletihan. Setelah guru sufi membeli 2 ekor keldai, dia pun berkata, ‘’ Sekarang ada 2 ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya…’’

            ‘’Dan saya akan menunggang seekor lagi,’’ pintas pemuda itu. ‘’Tidak ‘’ Kata guru sufi.
            
             ‘’Mengapa?’’

            ‘’Jangan bertanya. Patuh saja.’’ Pemuda itu terkejut. Tetapi dia tidak berani melawan .

            ‘’Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa apa2 beban?’’
            ‘’Tidak . Sebaliknya kamu mesti memikulnya!’’

            ‘’Memikul keldai menaiki bukit yg tinggi ini?’’

            ‘’Ya. Pikul keldai ini dan naikke atas bukit , ‘’ jawab guru sufi itu pendek dan tajam
            
             Maka dengan susah payah, dia memikul keldai sambil menyusuri jalan ditepi lereng bukit itu. Termengah-mengah . Dia benar2  keletihan. Sebaliknya guru sufi itu bersantai- santai menaiki keldainya berjalan dihadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan.

            Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman , guru sufi itu pun berkata , ‘’Anakku, keldai itu umpama nafsu mu. Allah menciptakn nafsu unt kau menungganginya bukan  kau ditunggangi olehnya.’’

 ‘’Maksud tuan?’’

‘’Dengan menurutkan nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tdk ada batas dan tdk pernah puas. Lepas satu2 kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yg tinggi.’’

            Pemuda itu terdiam. ‘’Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya , kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menajdi hamba tetapi apabila dijadikan  tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurkannya.’’
          
            ‘’Seperti saya yg memikul keldai tadi?’’

‘’Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan  di lereng bukit ini dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakn ke arah kebaikan.’’

            ‘’Ya.Ya. Orang yg mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai mendaki bukit!’’ akui pemuda itu.

Pengajaran: Nafsu adalah sebahagian drpd diri kita yg jika tdk dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...