15 December, 2010

Kisah : lImu Silat Yang Hebat


Seorang remaja bertemu seorg guru silat yang warak. Dia berkata ‘’Tuan guru, tolong ajarkan saya ilmu persilatan ‘’. Tuan guru menjawab ‘’ Boleh ,  tapi syaratnya kamu mesti taat perintahku.’’  Kata remaja tersebut ‘’ Insya  Allah saya akan taat,  bila saya boleh mula belajar? ‘’
           
        ‘’Sekarang juga, kau pergi  kehadapn mihrab masjid itu. Disana ada ribuan kitab2 lama,’’  ‘’ tetapi saya berhajat belajar silat, bknnya belajar ilmu agama, ‘’ bantahnya.
            ‘’Bukankah  telah aku katakana tadi. Mesti taat, baru boleh belajar silat ,’’ tegas Tok Guru. …’’Ya’’….’’Ya’’

            Maka tinggallah remaja itu berbulan –bulan di situ . Kerjanya tidak lain selain menyemak  lembaran kitab itu sehelai demi sehelai. Habis sebuah, dia beralih kpd kitab yg lain. Akhirnya, ribuan kitab telah disemaknya  menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. 
            
            Selepas 6 bln , dia berasa sungguh bosan .  Dia masih belum diajar walau sedikit pun ilmu silat. Sedangkan kawan-kawannya yg belajar dgn guru2 lain kini telah cekap menumbuk dan menendang . Dia masih terkial-kial menyemk helaian kitab2 saban hari.

            ‘’Tok Guru, saya ingin  berhenti. Tiada apa pun silat yg saya belajar disini. Saya ingin pulang’’
            
            ‘’Tetapi Tok sudah pun mengajar kamu ilmu silat.’’

            ‘’Mengajar ilmu silat? Silat apa?Jangankan menumbuk dan menendang , melangkah pun saya tdk diajar!’’

            ‘’pulanglah . kamu akan paham apa yg Tok maksudkan.’’ Apabila pulang ke kampong, dia berasa rendah diri berbanding kawan2 nya. Mereka sudah mahir bersilat.
            
             Satu petang, sedang dia melihat kawan2 nyer bersilat di padang, tiba2 seorg drpd kawannya jatuh dan kakinya tergeliat.

            ‘’Aduh, aduh! Kakiku’’ jeritnya kesakitan. Spontan  dia memberanikan diri unt mengurut kaki kawannya itu. Sebaik sahaja dia mula mengurut, tekanan ibu jarinya begitu kuat sehingga kaki kawannya melecet dgn teruk dan kaki yg tergeliat it uterus bengkok seakan – akan patah.

            ‘’aduh! Apa yg ko buat pd kakiku? Sakit, sakit.’’

            Dia terkejut.  Barulah dia sedar bahawa ibu jarinya punya kuasa yg kuat. Kekuatan yg menyamai penyepit besi.

            Rupa-rupanya itulah yg kekuatan drpd ilmu silat tok gurunya yg dipindahkan kepada ibu jarinya sewktu dia disuruh menyemk helaian demi helaian kitab tempoh hari!

Pengajaran: ilmu yg tinggi diajar secara berhikmah, umpama akar pokok yg bergerak perlahn tetapi dpt menembusi batu dan tanah yg keras. Guru yg ikhlas mengajar dgn rendah diri dan ikhlas kerana Allah.


Majalah Solusi

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...