09 September, 2011

Rahsia Madina part 4

Lokasi  Masjid Nabawi

Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengeringkat tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl) di bawah jagaan As’sad bin Zararah al- Ansari. Rasulullah s.a.w kemudiannya membeli tanah tersebut. kawasan tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok tamar, kubur-kubur orang bukan islam dan runtuhan-runtuhan lama yang kemudiannya dibersih dan diratakan untuk didirikan masjid.

Kisah bagaimana tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak Masjid Nabawi begitu unik sekali. Setelah rasulullah s.a.w keluar dari Quba menuju ke kota Madina, orang ramai berebut-rebut untuk mengheret tali unta rasulullah s.a.w  untuk menjemput baginda s.a.w  sebagai tetamu ke rumah masing-masing. Namun demikian rasulullah s.a.w menyerahkan kepada unta untuk baginda untuk membuat pilihan dan bersabda:

‘’Lepaskannya, sesungguhnya ia telah diberi arahan oleh Allah s.w.t’’

Unta itupun terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri  seolah-olah mencari sesuatu, sehinggalah ia berhenti di tapak Masjid yang ada pada hari ini.
Selepas  ia berhenti, Rasulullah s.a.w bersabda:

‘’Insya Allah, disinilah tempat tinggal’’

Setelah itu, bangun pula ketua-ketua kaum khazraj berebut-rebut menjemput Rasulullah s.a.w  kerumah mereka masing-masing dengan nada persaudaraan. Pada masa itu, Abu Ayub al-Ansari (Khalid bin Zaid r.a) terus mengambil barang-barang Rasulullah s.a.w  dan menuju ke rumahnya. 

Baginda s.a.w  tersenyum sambil bersabda:

‘’Seseorang itu mesti bersama barangnya’’

Rumah Abu Ayyyub yang bertuah itu letaknya betul-betul di hadapan masjid sekarang. Rasulullah.s.a.w  tinggal disitu hampir setahun lamanya.
Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada bulan Rabiulawal tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanya Rasulullah s.a.w   tiba di kota Madina . Rasulullah s.a.w   sendiri turut seta dalam pembinaan  dengan memikul dan membawa batu bata.
Setelah selesai pembinaan masjid itu, barulah baginda membina rumahnya bersama Sayidatina Aisyah r.ha dan isteri-isteri baginda yang lain.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...