30 August, 2011

Kelebihan Nabi Muhammad s.a.w





1.     Nabi Muhammad s.a.w akan membawa panji-panji kepujian di tangannya pada hari kiamat kelak.

‘’ Di tanganku panji-panji kepujian pada hari kiamat. Ini bukan untuk membangga-banggakan diri’’  (daripada hadis Abdullah bin Salam. Ibn Majah: 4308 daripada hadis Abu Said al-kudri r.a)

2.     Orang pertama  memberi syafaat.
‘’ saya pemimpin anak adam (yakni: seluruh umat manusia) pada hari kiamat, orang pertama yang  kuburnya terbelah (untuk dia bangkit daripadanya) , orang pertama yang akan memberi syafaat, dan orang pertama yang akan diterima syafaatnya (oleh Allah s.w.t)  diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Hurairah r.a

3.     Nabi sentiasa mendahului masalah umat melebihi diri baginda sendiri (Al-ithar).

Setiap nabi mempunyai kuasa doa yang akan diperkenankan oleh Allah s.w.t serta merta. Maka setiap nabi telah berdoa semasa di dunia. Namun, Nabi s.a.w telah menyimpan  kuasa doa ini untuk berdoa di hari kiamat bagi menyelesaikan masalah umatnya(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4.     Allah s.w.t memuliakan  Nabi s.a.w dalam panggilannya

Jika kita perhatikan, Allah s.w.t tidak menyeru Baginda dengan nama Muhammad di dalam al-Quran, tetapi memanggilnya dengan nama yang disukainya dan sifat-sifatnya yang cukup indah.

‘’Wahai Nabi. (Ayat 41 dan 67, surah al-Ma’idah(5)
‘’ Wahai Rasul. (Ayat 41, 67, 70 surah al-Anfal(8)

5.     Mukjizat yang kekal

Semua mukjizat nabi-nabi yang sebelum ini sudah tiada dan berlalu. Tetapi mukjizat penghulu golongan yang terawal dan terakhir, Nabi kita Muhammad s.a.w, iaitu al-quran masih dapat dilihat dan akan kekal sehingga ke hari kiamat.

6.     Menerima salam daripada batu

Nabi s.a.w menerima salam daripada batu semasa baginda di Makkah ( Riwayat Muslim)

Begitu juga pernah berlaku batang pokok kurma menangis ketika berpisah dengan Nabi s.a.w (kalo nak taw lebih lanjut pasal pokok kurma menangis, sila klik link ini)

7.     Menyembuhkan mata yang buta

Nabi isa a.s telah menyembuhkan mata orang buta yang matanya (kornea) masih ada ditempatnya. Manakala Rasulullah s.a.w telah memasukkan kembali mata yang terkeluar dan menjadikannya celik kembali seperti asal. (peristiwa ini berlaku kpd sahabat Qatadah r.a apabila matanya terkeluar ketika peperangan Uhud, Rasulullah s.a.w telah memasukkan ke tempatnya yg asal)

8.     Amalan sedikit ganjaran besar

Amalan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w adalah sedikit berbanding umat yang terdahulu, tetapi ganjarannya lebih besar disisi Allah s.w.t, sebagaimana yang disebut dalam hadis yang sahih (Hadis riwayat al-Bukhari yang membuat perbandingan  di antara Muslimin, Yahudi dan Nasrani. Demikian juga ayat dan hadis tentang kelebihan malam Lailatulqadar)

9.     Nabi s.a.w dianugerahi kolam di syurga dan luar syurga

Baginda s.a.w mempunyai kolam Al-Kautsar di syurga dan kolam Haudh diluar syurga (di Mauqif Mahsyar), [untuk kita (umat Muhammad s.a.w) minum daripadanya]. Hadis riwayat al-Bukhari. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar rhm, kolam Haudh ini terletak sebelum Siratulmustakim.

2 comments:

  1. Kelebihan kita as umat Muhammad, Nabi SAW sentiasa mendahulukan kita melebihi kepentingan dirinya.

    ReplyDelete
  2. Selawat dan salam kpd nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...