26 December, 2011

Sifat syurga part 3

Tidak beranak

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: '' Apabila seorang mukmin menginginkan anak di dalam syurga, maka jadilah anak itu pada saat ia ingin itu, tetapi tiada yang ingin beranak di dalam syurga. '' (Riwayat al-Tirmizi)

Lihatlah betapa terperincinya gambaran syurga  yang dipaparkan oleh Allah buat manusia menghayatinya. Agar dengan ini timbul semangat dan kesungguhan serta kegigihan yang meluap-luap untuk mencapainya. Sesungguhnya syurga itu benar, diyakini oleh orang yang benar dan diraih melalui amalan2 yang benar.
Berita tentang syurga disampaikan oleh Allah yang Maha benar (Al- Haq) kepada Rasul-Nya yang benar lagi dibenarkan!

Malang sekali, ramai manusia yang kononnya bijak, hidup pada zaman yang serba canggih ini tetapi tidak terpikat dengan janji syurga yang benar ini. Mereka lebih terpikat pada pelbagai jenis skim cepat kaya, tawaran saham berunsur riba, penipuan menerusi perniagaan dalam internet sehingga ramai yang telah terpedaya.

Mengapa tawaran syurga yang hakiki dan pasti ini diabaikan? kerana tidak nampak ? kerna tidak yakin ? Inilah krisis iman manusia akhir zaman. Namun akhirnya ketika mayat sudah dimasukkan ke liang lahat dan tanah kuburan telah dikambus orang, terdengarlah sayup2 suara talkin yang dibacakan.''......ketahuilah bahawa syurga itu benar''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...