22 October, 2011

NABI SULAIMAN A.S. DAN SEEKOR SEMUT

Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan satu mukjizat oleh Allah SWT. Baginda boleh bercakap-cakap dengan haiwan dan juga boleh mendengar haiwan yang sedang bercakap. Pada suatu masa bumi Palestin dilanda musim kering yang sangat panjang. Hujan sudah lama tidak turun.Tanah pula menjadi kering-kontang.
Lalu, ramailah penduduk datang berjumpa dengan baginda.Mereka meminta baginda berdoa kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan.Kebun-kebun mereka yang kekeringan memerlukan air. Jadi, baginda memerintahkan umatnya yang terdiri daripada bangsa jin dan manusia berkumpul di tanah lapang.Mereka mahu berdoa agar Allah SWT supaya menurunkan hujan dengan segera.
Apabila tiba di kawasan lapang itu, Nabi Sulaiman A.S terlihat seekor semut kecil di atas sebuah batu. Semut itu terbaring dalam suasana yang panas itu. Baginda dapat mendengar doa semut yang dalam kehausan itu. Ia berkata, “Ya Allah, tanpa air-Mu aku akan kehausan dan bumi-Mu akan kekeringan. Turunkanlah hujan Ya Allah. Kabulkan permohonan aku ini.”
Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan umatnya pulang. Baginda berkata, “Kita harus pulang. Sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan. InsyaAllah doa seekor semut ini akan dikabul oleh Allah.”
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhna orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” Maksud surah Ghafir:80.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...