11 August, 2011

Tak de Mood


Salam semua?

Alhamdudilla masih ada ruang untuk menulis di dalam blog nie, syukur sepanjang bulan Ramadhan aku mampu mengisi masa yang terluang dengan perkara2 yang berfaedah  dan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.  (Alhamdudilla)

Jika jiwa dah bergelar seorang Murabbi….tiba sahaja dirumah pasti memikirkan tentang anak murid yang agak lincah kenakalannya….kenakalan mereka menjadi-jadi sehingga aku hilang sabar. Namun, demi tanggungjawab aku tetap mengambil berat tentang mereka, walaupun aku dibenci dan keretaku pernah dicalarkan (tahun lepas lorrrrrrr)…..kadang2 aku terfikir pendekatan apa yang sesuai digunakan untuk mendidik murid yang bermasalah… jika digunakan cara lembut  makin dipijak kepala kita dan jika digunakan cara tegas,pun masih tak jalan ( esok, rusa, tulat buat balik….)…Fuhhhh letih, bukan mudah untuk membentuk akhlak anak bangsa kita sendiri…..itulah cabaran namanya

Kadang2 pernah juga aku meninggikan  suara kepada murid yang terlalu kurang ajar, namun marah seorang guru adalah tanda kasih &  sayang dan bukannya membenci….sebenarnya banyak lagi perkara yang aku nak tulis, tetapi cukuplah sampai disini…..selebihnya biarlah aku mengadu pada yang lebih memahami  iaitu Allah s.w.t…….





1 comment:

  1. memang mencabar jadi guru di zaman ini, bersabarlah............

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...