06 August, 2011

Puasa Dahulu kala

Maryam
Maryam berpuasa dengan tidak bercakap. Allah berfirman yang bermaksud: ‘’ Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara  dengan seorang manusia  pun pada hari ini ‘’(Surah Maryam 19:26)

Puasa Nabi Daud
Berpuasa  sehari dan berbuka sehari secara berselang seli. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ‘Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud  dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; Beliau tidur separuh malam, bangun (solat) sepertiganya dan tidur semula seperenamnya. (Adapun puasa pula)  beliau berpuasa sehari dan  berbuka (tidak berpuasa) sehari.’’ (Riwayat Muslim)

Adam & Hawa
Diperintahkan  agar menjauhi buah larangan. Allah berfirman yang bermaksud: ‘Dan kami berfirman:’ Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan –makanannya yang baik lagi baik di mana saja yang kamu sukai , dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang yang zalim.’’ (Surah al-baqarah 2:35) Tegahan daripada mendekati pohon larangan tersebut juga menurut sesetengah ulama termasuk dalam al-imsak (menahan) iaitu maksud puasa dari segi bahasa.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...