01 August, 2011

Info Ramadhan

1.Apakah dia?
Sebaik-baik siang?  Siang hari Arafah
Sebaik-baik malam?   Malam Lailatulqadar
Sebaik-baik hari dalam seminggu?   Hari Jumaat
Sebaik –baik bulan dalam setahun?   Bulan Ramadhan

2. Bilakah hari pertama umat islam berpuasa?
Pada hari Ahad  1 Ramadhan  tahun ke-2 Hijrah bersamaan 26Febuari 624 Masihi. Ada pendapat lain yang menyatakan umat islam mula berpuasa pada 2 Syaaban tahun ke-2 Hijrah . Wallahu a’lam. Ditetapkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah

3. Berapa kali Rasulullah s.a.w sempat berpuasa pada bulan Ramadhan seumur hidup baginda?
9 kali. Rasulullah s.a.w wafat pada tahun ke-10 Hijrah dan ibadah puasa pada bulan Ramadhan pula disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah .(Rujuk al-sahih , al-Tahrir wa al- Tanwir)

4. Apakah yang dimaksudkan dengan puasa Nabi Daud?
Berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari  atau berpuasa secara berselang  sehari

5. Makanan ahli syurga yang disenaraikan dalam al-Quran?
Allah berfirman yang bermaksud ‘’ Dan buah-buahan daripada apa yang merekan pilih. Dan daging burung daripada apa yang mereka iginkan ( Surah al-Waqi’ah 56:20-21)

6. Minuman ahli syurga yang disenaraikan dalam al-Quran?
Arak yang belainan sifatnya daripada arak yang ada di dunia . Allah berfirman yang bermaksud. ‘’ Diedarkan kepada mereka gelas yang berisi khamar dari sungai yang mengalir . (Warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang yang minum. Tidak ada dalam khamar itu alkohol dan mereka tidak mabuk kerananya.’’ (Surah al- Saffat 37:45-47)

Minuman daripada sumber air seperti mataair, sungai dan sebagainya. Allah berfirman yang bermaksud.’’ Di dalam syurga itu mereka diberi minuman sejenis minuman yang campurannya daripada zanjabil (Yang didatangkan dari) sebuah mata air syurga yang dinamakan salsabil. ‘’(Surah al-Insan 76:17-18)

7. Dalam surah apakah perkataan ‘’Ramadhan ‘’ disebut didalam al-Quran?
Surah Al-Baqarah ayat 185 ‘’ (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.’’

8. Berapa kalikah diulang perkataan ‘’puasa’’ disebut dalam al-Quran?
14 kali

9. Apakah makanan yang penuh berkat?
 Makanan sahur. Rasulullah s.a.w pernah menggambarkan sahur sebagai al-ghada al Mubarak (makanan yang berkat). Riwayatal-Tabarani)



1 comment:

  1. Jadi, begitu rupanya..Alhamdulillah, jumpa pun penyelesaiannya..
    Syukran jazilan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...