13 August, 2011

Diam lebih baik dari bercakap banyak tapi merapu.......

Diam orang mukmin itu Ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah yang tidak meletihkan,

Kadang-kadang Ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Bagaimana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

kadang-kadanag memikirkan dosanya,
kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
takut mengumpat, menyakiti hati orang lain dsbnya,
Atau diam itu, menghormati percakapan orang lain,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran ,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar  sahaja,
kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan  dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat,  supaya bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...