07 June, 2011

Rahsia Madina part2

Raudhah yang mulia
Daripada abdullah bin zaid dan Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w  telah bersabda:
‘’Diantara rumahku dan mimbarku adalah taman (Raudhah) dari taman-taman syurga.’’  (Dipersetujui oleh Al-Bukhari dan Musllim)

Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah s.a.w dan Saiyidatina Aisyah r.anha dengan mimbarnya. Panjangnya lebih kurang 22 meter, sekiranya diukur dari arah timur bermula dari rumah tersebut hinggalah ke mimbarnya di sebelah barat. Lebar kawasan ini ialah lebih kurang 15 meter bermula dari mihrab Rasulullah saw di sebelah selatan hingga ke akhir rumah itu di sebelah utara mengikut pendapat sebahagian ahli sejarah.

Tangisan dan rajukan batang tamar

Sebelum dibuat mimbar, Rasulullah s.a.w telah berkhutbah sambil berdiri dengan bersandar ke batang sepohon tamar. Tatkala mimbar dibuat untuk baginda s.a.w, lalu baginda pun keluar menuju ke mimbar tersebut untuk berkhutbah di atasnya dengan melewati batang tamar tersebut.  batang tamar itu telah menangis dengan kuatnya sehingga masjid bergoncangan dan terjatuh debu-debu dari bumbungnya. Kemudian Rsulullah s.a.w pun turun lalu memeluk batang tamar itu sehingga ia berhenti dari tangisannya.

Rasulullah s.a.w telah mengajukan pilihan kepada batang tamar ini sama ada untuk menjadi pokok di dalam syurga atau kembali menjadi sebatang pokok di dunia untuk dimakan akan buahnya oleh orang-orang yang beriman. Lalu ia memilih untuk menjadi pokok didalam syurga .
(kesimpulannya ia ingin kehampiran pada Rasulullah s.a.w bukannya perpisahan. Jika ia memilih untuk menjadi sebatang pokok di dalam dunia, maka ia akan berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Ia akan mati, namun di dalam syurga tidak akan mati untuk selama-lamanya)

Rasulullah s.a.w telah bersabda :

‘’ Demi Dia yang memegang nyawaku di dalam tangan-Nya, jika aku tidak memeluknya dan memujuk pasti ia akan berterusan sebegini hinggalah ke hari kiamat’’
(Diriwayatkan oleh Abu ’Awanah, Ibnu Khuzaimah, Abu Nu’aim dan Ad-Darami, semua mereka meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a)

Tiang-tiang mimbar menjadi tiang-tiang di dalam syurga

Tiang-tiang mimbar di mana Rasulullah s.a.w berkhutbah di atasnya akan menjadi tiang-tiang di dalam syurga.

Daripada Ummu Salamah r.anha katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud:
‘’ Sesungguhnya tiang-tiang mimbarku ini akan menjadi tiang-tiang di dalam syurga’
( Diriwayatkan oleh Abdul razak , Al-Humaidi , An- Nisaai, Ibnu Hibban dan selain dari mereka)

Makam-makam di dalam Masjid An-Nabawi

a.   
1) Makam Rasulullah s.a.w

Berlaku perselisihan pendapat di mana hendak dikebumikan jasad Rasulullah s.a.w setelah terjadi kewafatan baginda s.a.w. Ada yang berpendapat jasad baginda disemadikan di tanah kelahirannya di Mekah dan ada yang berpendapat jasadnya dibawa ke Palestin. Akhirnya Saiyidina Abu Bakar r.a memutuskn bahawa jasad Rasulullahs.a.w dikebumikan di dalam rumahnya setelah beliau mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksudnya :’’ Para Nabi dikebumikan di tempat mereka wafat’

Justeru, baginda s.a.w telah dikebumikan di dalam bilik di rumahnya. Kepala  baginda s.a.w yang mulia diletakkan di barat dan kakinya kearah timur dengan mukanya mengadap kearah kiblat . jarak tubuhnya dengan dinding sebelah timur ialah lebih kurang 90sm dan dari dinding bahagian barat lebih kurang 150sm .



a.   2.  Makam Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a


Beliau telah dikebumikan di sisi Rasulullah s.a.w justeru permintaan beliau agar dikebumikan disisi baginda s.a.w dan selepas persetujuan Aisya r.anha. bersemadilah beliau di sisi kekasihnya, teman seperjuangan dan menantunya.




3. Makam Saiyidina Umar bin Al-Khattab r.a

Beliau juga telah meminta izin dari Aisya r.anha untuk dikebumikan disisi Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a. Aisya r.anha telah memperkenankan permintaannya itu.


Penghuni Al-Baqi golongan yang awal2 dibangkitkan pada hari kiamat di padang masyar.

Mereka yang telah dikebumikan di Baqi adalah mereka yang awal2 dibangkitkan semula selepas Nabi s.a.w, Abu Bakar r.a dan Umar r.a.

Daripada Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda
‘’Aku adalah orang yang pertama-tama dibungkahkan bumi( dibangkitkan pada hari kiamat), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar dan kemudian  aku mendatangi penghuni2 Baqi lalu mereka dibangkitkan bersama –sama denganku, kemudian aku menunggu penduduk Mekah, maka aku dibangkitkan di antara dua tanah haram’’. 
(Riwayat At-Tirmidzi serta dihasankannya, Ibnu Habban dan Al-Hakim dan kedua-duanya mensahihkannya dan Ahmad mengenai kelebihan2 sahabat. Ibnu Hibban dan Al-Hakim mensahihkan kedua-dua Hadith ini)

Madina bergoncang ketika keluarnya Dajjal

’Tidak ada satu negeripun yang tidak dipijaki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah, tidak  ada satupun tempat2 yg terbuka di antara gunung-ganangnya melainkan padanya terdapat para malaikat yg berbaris menjaganya, kemudian Madina bergoncangan berserta dengan penduduk-penduduknya sebanyak tiga kali, justeru itu keluarlah semua orang2 kafir dan munafik’’
(Dipersetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim di atas kesahihannya, dan lafaz ini adalah lafaz Bukhari)



2 comments:

  1. salam mas,
    sgt tenang berada di Madinah sebenarnya, akak pernah ke sana 5 tahun lepas, teringat2 smpi sekarang

    ReplyDelete
  2. salam kak...wah bestnyer dah kesana.....bilalah turn saya plak .....menunggu masa jer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...