12 June, 2011

Rahsia Madina part 3

Salam semua?

Hah hari nie nak cerita pasal Madinah (tanah haram)  yang mengandungi keberkatan dimana jasad mulia Rasulullah s.a.w ditanam disini….tapi bila kita tanyer mana-mana jemaah yang dah buat umrah atau haji, ramai menyatakan di Madina sangat tenang dan dimana laungan azannya begitu lembut& syahdu berbanding keadaan di Mekah (wallahu’alam)….

Doa Rasulullah s.a.w untuk ahli Al-Baqi'

Daripada Aisya r.anha, dimana beliau telah berkata: Mahukah kamu sekiranya aku menceritakan kisah mengenaiku dan Rasulullah s.a.w.? Kami berkata. ‘’ Ya.’’ Aisya r.anha pun berkata:’’ Pada  malam giliranku Rasulullah s.a.w bermalam disisiku. Rasulullah s.a.w telah memusingkan badannya, kemudian meletakkan rida’nya dan mencabut sepatunya lalu meletakkan kedua-duanya di kedua-dua kakinya. Kemudian baginda s.a.w membentangkan hujung kainnya di atas tilamnya lalu berbaring. Tidak beberapa lama setelah baginda s.a.w menyangka aku telah tetidur , lalu baginda mengambil rida’nya perlahan –lahan dan memakai sepatunya juga dengan perlahan-lahan. Kemudian baginda s.a.w membuka pintu lalu keluar.

Baginda s.a.w pun menutup pintu dengan perlahan –lahan juga. Setelah itu akupun  mengenakan penutup kepalaku dan memakai hijab (niqab) dan menetatkan ikatan kainku, lalu aku keluar menjejaki baginda s.a.w hingga baginda s.a.w sampai di Baqi. Baginda s.a.w berdiri dengan lama. Kemudian mengangkat kedua tangannya sebanyak 3 kali lalu berpaling untuk pulang ke rumah. Akupun turut berpaling. Setiap kali baginda s.a.w mempercepatkan langkahnya, aku juga turut mempercepatkan langkahku.

Apabila baginda s.a.w berjalan perlahan-lahan , akupun turut perlahankan langkah kakiku. Apabila baginda s.a.w semakin hampir sampai ke rumah, akupun semakin hampir, kemudian aku mendahuluinya, lalu aku masuk. Sejurus sahaja aku berkesempatan untuk berbaring, baginda s.a.w pun masuk.

Rasulullah s.a.w bersabda: ‘’ Apakah yang terjadi pada kamu wahai Aisya, kamu tercungap-cungap ?’’ Aisya berkata: Akupun berkata: ‘’ Tiada apa-apa.’’ Baginda s.a.w pun bersabda: ‘’ Adakah kamu akan memberitahu aku atau Allah Yang Maha Pelembut dan Maha Mengetahui yang akan memberitahuku. ‘’ Aisya berkata. ‘’ Akupun berkata: ‘’Ya Rasulullah – demi bapaku, kamu dan ibuku – maka akupun memberitahunya.’’ Sabda baginda s.a.w: ‘’Jadi  engkaulah lembaga hitam yang aku lihat dihadapanku tadi?’’ Aku menjawab : ‘’Ya ‘’ Baginda pun menampar dadaku dengan tamparan menyakitkanku.

Kemudian baginda s.a.w berkata:’’ adakah kamu sangka Allah RasulNya meminggirkanmu?’’ Aku menjawab: ‘’Setiap kali manusia menyembunyikan sesuatu perkara,  Allah mengetahuinya. Ya. ‘’ Baginda s.a.w pun bersabda: ‘’Sesungguhnya  jibril a.s telah datang padaku apabila kamu melihatku. Lalu ia memanggilku lalu aku menjawab panggilannya dan menyembunyikannya dari pandanganmu.

Belum lagi jibril masuk sesungguhnya kamu telahpun meletakkan pakaianmu, aku menyangka kamu telahpun tidur, lalu aku rasa tidak senang untuk mengejutkanmu dan aku takut meninggalkanmu berseorangan (takut-takut binatang buas mencelakakanmu). Jibril berkata: ‘’ sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkanmu agar menziarahi ahli Baqi’ dan memohon keampunan untuk mereka.’’
(baginda akan keluar pada bahagian malam terakhir ke perkuburan Baqi’ untuk berdoa dan memohon ampun bagi penghuni-penghuninya.)


Perkuburan Baqi'




Makam Rasulullah s.a.w, Abu Bakar r.a, dan Umar r.a



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...