02 February, 2011

Pelajar selamat balik buka laman blog

PUTRAJAYA: Laman blog klik SINI  yang dibuka pelajar Universiti Mansoura yang selamat pulang ke tanah air Sabtu lalu, kini menjadi antara sumber rujukan utama untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai ahli keluarga, saudara-mara dan rakan di Mesir.
Akaun yang dibuka seorang pelajar tahun tiga Universiti Mansoura, Nurul Nadia Md Zain mempunyai hampir 30,000 pengunjung walaupun baru diaktifkan jam 4.30 pagi, kelmarin.

Rata-rata pengunjung akaun itu ingin mendapatkan maklumat atau memaklumkan berita terkini dari Mesir untuk dikongsi dengan mereka yang terputus hubungan dengan saudara-mara atau rakan.
Menggunakan akaun bernama Selamatkan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir, Nurul Nadia turut bergandingan dengan rakannya Azizi Al Fahri berkongsi semua maklumat diperoleh daripada rakan mereka di Mesir melalui blog itu



3 comments:

  1. Nak compared dengan berita dalam TV memang jauh beza.
    T_T
    TV oh TV.

    ReplyDelete
  2. baru boleh dapat maklumat lebih kalau macam ni hehe.. harapkan tivi, berita sikit macam hujung lidi, hihihi...

    jemput2 sini yer hehe..
    Blog Matdin

    ReplyDelete
  3. saya selalu jer singgah blog Matdin...he3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...