01 January, 2011

SEMUA ADA DALAM AL-QURAN


‘’Semua ilmu ada dalam Al-Quran ,’’ kata seorang ulama.

‘’Maksud tuan ilmu dunia juga? Balas seorang pemuda . ‘’Ya, ilmu dunia dan akhirat.’’

‘’Saya tidak percaya . Masakan begitu?  Bagi saya mustahil  kitab Al-Quran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu.’’

‘’Berapa ayat yang diperlukan untuk  memuatkan semua ilmu yang ada?’’

‘’Wah tentulah berbillion-billion banyaknya . Bentuk dan ilmu tersangat luas.’’

‘’Saya masih berpendapat semua asas ilmu ada dalam Al-Quran.’’

‘’Saya tetap tidak bersetuju ,’’ tegas si pemuda.

Ulama hanya tersenyum.

Tidak puas hati, keesokan harinya, pemuda itu bertemu dengan ulama itu semula.

‘’Tuan masih percaya semua ilmu ada dalam Al-Quran?’’

‘’Ya,’’ Jawab ulama itu pasti.

‘’ Kalau begitu, berapa banyak minyak yg boleh didapati daripada sekilogram buah kelapa sawit?’’

Ulama itu diam. Pemuda itu rasa bangga kerana pada pengamatannya ulama itu akan tunduk kepada pandangannya.

‘’Dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya…’’ tambah pemuda itu.

Beberapa ketika kemudian,  ulama itu berkata, ‘’Ya saya tahu jawapannya. Malah saya tahu surah serta ayat  yang menjawab persoalan itu. Tetapi untuk menjawabnya,  mari ikut saya’’.

Pemuda itu  mengikut ulama tersebut menuju kesuatu tempat.’’ 

Kita nak kemana?’’

‘’Ikut sajalah.’’

Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan seorang pekerja yg sedang menyelia kerja2 memproses buah kelapa sawit. Ulama itu bertanya, ‘’Tuan , boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang kita akan dapat daripada sekilogram buah kelapa sawit?

Penyelia itu spontan member jawapannya. Sejerus kemudian, ulama berkata kepada si pemuda, ‘’itulah jawapannya,’’

‘’Eh, saya mahukan jawapan daripada Al-Quran, bukan penyelia ini’’ bantah pemuda itu agak marah

‘’Itulah jawapan al-Quran ,’’ jawab ulama itu dgn tenang.

‘’Apa  maksud tuan ?’’

‘’Inilah jawapan al-Quran . Dalam surah al-Nahl ayat 43, Allah telah berfirman yang bermaksud , ‘’ Bertanyalah kepada org yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui’’. Dan  kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang  kelapa sawit ini tentang soalan kamu.  Inilah yg dijelaskan kaedahnya oleh Al-Quran.  Dan inilah jawapan al-Quran kepada soalan kamu itu.’’

Pengajran : Al-Quran bukan kitab sejarah, sains atau ilmu2 yg lain. Namun begitu , dalam al-Quran ada asas dan teras umu bagi ilmu2 itu yg menjadi  dasar, prinsip dan perpaduan  untuk mengembangkannya. Jika seseorang mempelajari al-Quran secara menyeluruh , dia akan mempunyai general knowledge semua ilmu yg penting didunia.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...