23 January, 2011

Keajaiban Medan Magnet di Madinah


Salam ?

Pagi tadi aku ada berborak dengan seorang sahabat…kami berborak pasal Medan Magnet di Madinah, aku memang tak pernah dengar sebelum nie, yelah sampai sana pun blum lagi…..bila pertama kali aku dengar, terasa ingin tahu  semakin membuak  (rasanya orang lain dah tahukan, aku je yg ketinggalan zaman…hua..hua..hua).

Kawasan ini mempunyai kuasa tarikan magnet yang luar biasa, dimana  kenderaan  akan bergerak laju sehingga mencecah 120km/j …… Ketika itu sahabat aku menaiki bas yang pemandunya  dengan sengaja meletakkan gear free. Allah Maha Besar !!....... Menurut sahabat aku, Medan Magnet nie  baru je dikomersilkan iaitu dibuka sebagai tempat pelancongan 
( Patutlah aku tak pernah dengar)…..selain tu, kompas juga tidak berfungsi iaitu jarumnya akan berpusing-pusing tak tentu hala.

Selain di Madinah terdapat juga tempat lain yg  memiliki   medan magnetic seperti  di Korea Selatan, Yunani, Australia, timur Amerika, dan juga di sekitar Gunung Kelud, Jawa Timur. …Tapi  kekuatan magnet di daerah-daerah tersebut tidaklah sekuat yang ada di Madinah. (Fuuhh)….

Begitulah hebatnya kuasa  Allah S.W.T. yang ditunjukkan kepada hambanya…..Aku harap suatu hari aku akan kesana sekiranya aku berpeluang unt menunaikan umrah @ Haji….AMIN

3 comments:

  1. Salam,

    Tksh..krn info. Allahu Akhbar.

    Insyallah..moga diberi peluang kpd hambanya utk menyempurnakan rukunnya.Amin.

    ReplyDelete
  2. Ada satu petua.
    Nak mudah Allah SWT pilih kita ke sana, mulai sekarang pergi kursus haji/umrah.
    InsyaAllah.
    Kalau still tak panggil, ulang lagi bertahun-tahun tak apa.

    ReplyDelete
  3. HMIS: INSHA ALLAH

    BIJEN : YE BETUL TU...SAYA TELAH MENGHADIRI KURSUS TERSEBUT ...SAYA HARAP SAYA TERUS ISTIQAMAH DALAM MENCARI ILMU ALLAH S.W.T...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...