05 December, 2010

Happy New Islamic Year (1432) to all my Muslim friends


SALAM MA'AL HIJRAH SEMUA, JADIKANLAH HIJRAH ANDA YANG PALING BERMAKNA DALAM HIDUP......

Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk ALlah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”

(Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 20 )

"Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang-orang memakmurkan masjid sahaja dan mereka itulah orang-orang yang berjaya’’


Dari Muawiyah r.a. berkata:

 "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hijrah itu tidak akan terhenti sehinggalah tertutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.''

Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.



Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.



Berikut adalah tarikh-tarikh penting kalendar Islam untuk tahun 2011 yang dapat saya paparkan di sini:






  Kumpulan B: Untuk negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya.




Dari Aisyah r.a katanya: Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi nabi saw. pada hari-hari itu, namun amat perlu sekali bagi baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika baginda datang ke rumah kami waktu Zohor, lalu kedatangan baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar. Berkata Abu Bakar,:”Nabi saw. tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting.” Ketika Nabi saw. masuk ke tempat Abu Bakar, baginda bersabda kepadanya. “Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar.” Berkata Abu Bakar:”Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, ‘Aisyah dan ‘Asma’.” Sabda Nabi saw. Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)?” Berkata Abu Bakar,:”Anda perlu teman, ya Rasulullah!” Sabda Baginda,:”Ya, kawan.” Berkata Abu Bakar,:”Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja kusediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda.” Sabda Nabi,”Kuambil seekor dengan harganya.”

 
(Bukhari) 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...