26 November, 2010

Apalah makna nya

Apalah makna nya jika aku solat tetapi aku tidak memahami solatku itu..
Apalah makna nya jika aku membaca ayat-ayat Al-Quran tetapi aku tidak memahami setiap makna nya itu..
Apalah makna nya jika aku solat tetapi aku tidak Khusyu akan solatku itu..
Apalah makna nya jika aku solat setiap perbuatan didalam solatku itu tidak aku fahami..


Adakah solatku itu akan diterima selamai ini YA ALLAH....


Apalah makna nya jika aku berdoa tetapi aku tidak memahami setiap doaku itu..
Apalah makna nya jika aku berdoa tetapi aku masih berhutang pada yang lain maka amalku tergantung begitu sahaja..
Apalah makna nya jika aku berdoa tetapi aku makan di kedai orang yang tidak solat..

Adakah doaku akan dimakbulkan selama ini YA ALLAH?

Apalah makna nya jika aku bersedekah tetapi aku bersedakah atas rasa simpati bukan kerana keikhlasan hatiku ini..
Apalah makna nya jika aku bersedekah hanya kerana tidak mahu dipandang tiada duit dan bukan kerana keikhlasan hatiku ini..
Apalah makna nya jika aku bersedekah hanya kerana aku inginkan pahala yang lebih dan bukan kerana keikhlasan hatiku ini..


Adakah sedekah ku itu telah DIKAU terima selama ini YA ALLAH?


Semua pertanyaan itu membuatkan aku terfikir, aku menangis diatas kehilafan ku ..... langkahku begitu rapuh dan hilang arah seperti kereta tanpa stereng ....walaupun aku tahu memang ada krete yang menggunakan remote control tanpa stereng...Tunduku malu didepanMu, kerna aku insan yang berdosa.....aku ingin bergantung padaMu setiap waktu kerna aku tidak sempurna....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...