28 October, 2010

Tahniah guruku







Salam?
Petang tadi aku pergi ke rumah guru mengaji aku…bila aku masuk jer umah guru aku tu, tetiba nampak beberapa org  tetamu sedang duduk….aku rasa macam pelik plak, biasanya kalo aku datang, mesti ade suara orang mengaji kedengaran, tapi hari nie tidak…..aku pun terus salam guru aku , tanpa bersuara apa2 (sbb tak nk ganggu diaorg sedang berborak)……..selang beberapa minit barulah aku tahu, yang  guru aku nie nk buat Haji, Isnin depan….patutlah ramai tetamu yang bertandang kerumah……Aku gembira mendengar berita tersebut  (saper tak sayang guru oittt, dia  seperti Ibu aku sendiri)…kalo ada masalah dengan dialah aku selalu bercerita dan paling seronok sekali, dia jugalah yang mencelikkan  aku drpd tak tahu ilmu tajwid kepada tahu (betapa luasnya ilmu allah)….Aku doakan Pn. Norma & suaminya selamat pergi dan pulang  semoga mendapat Haji yang Mabrur  (aku byk terhutang budi dengan guru aku nie, sbb byk mengajak aku kearah kebaikkan dan rajin menuntut ilmu)….tak sia-sia aku mengenalinya





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...