28 June, 2011

Sebaik-baik wanita

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.




Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.

27 June, 2011

Kisah sehelai daun

Di sebatang pohon kecil, hiduplah beberapa daun yang tumbuh bersama. Diantara daun-daun tersebut terdapat sebuah daun yang sangat besar dan kuat. Daun itu diagung-agungkan kerana kekuatannya. Dialah yang dianggap pelindung bagi daun-daun lainnya dari badai, hujan, panas matahari yang terik, dan bahaya lainnya.
Suatu ketika datanglah musim kemarau yang panjang. Daun-daun di pohon kecil itu mulai layu kerana tidak mendapat air dan makanan. Daun besar yang tadinya kuat dan besar mulai terlihat layu. Ia berusaha melindungi daun-daun lain dari matahari yang bersinar sangat terik supaya daun – daun kecil sahabatnya itu tidak kehilangan air lebih banyak lagi.
Hari berganti hari, daun besar itu sudah sampai pada puncak usahanya. Ia mulai carik – carik sehingga sinar matahari mulai menembusnya. Ia mulai kehilangan kekuatannya dan daun-daun lainnya pun sudah mulai mengabaikannya kerana ia tidak kuat lagi seperti dulu.
Beberapa hari kemudian daun besar itu merasa tidak kuat lagi akhirnya ia berkata kepada sahabat – sahabatnya :

“Sahabat – sahabat aku tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melindungi kamu, aku akan gugur. Selamat tinggal”.
Setelah berkata demikian akhirnya daun besar itu pun gugurlah. Musim kemarau terus berlanjutan, daun-daun di pohon kecil itu saling bertahan untuk hidup. Mereka sama sekali sudah melupakan daun besar yang telah berjasa melindungi mereka sehingga mereka dapat bertahan sampai sekarang.
Musim kemarau tidak juga berakhir. Daun-daun di pohon kecil itu sudah mulai kehilangan harapan. Mereka merasa sangat kelaparan, kehausan dan akan mati. Di saat mereka putus asa, tiba tiba dirasakan adanya air dan makanan dari tanah. Mereka semua kehairanan akan adanya keajaiban itu.
Setelah lama tercari-cari, mereka menyedarinya. Mereka melihat bahawa daun besar itu sudah mereput dan menghasilkan air dan makanan bagi mereka. Akhirnya dengan air dan makanan dari daun besar tadi, daun daun di pohon kecil itu berjaya bertahan sehingga musim hujan datang. Daun-daun di pohon kecil itu sangat menyesal kerana telah melupakan daun besar itu. Padahal sampai akhir hayatnya daun besar itu tetap menjadi penyelamat untuk daun-daun lain.


Renungan bagi kita,
Janganlah menilai seseorang dengan penampilan dan kekuatannya.
Tuhan memberikan bantuan kepada kita melalui sesiapa sahaja
bahkan melalui orang yang kita anggap telah jatuh dan hina.
Ingatlah rencana Tuhan itu ajaib dan tidak memilih kasih terhadap semua hambanya.

26 June, 2011

Jom click

Salam semua?

Petang tadi sempatlah aku blogwalking, tetiba terbaca satu entry yang agak menarik .. SILA KLIK DISINI
Hidayah Allah sungguh indah, besarnya kasih sayang Allah s.w.t.

Tangisan Nabi s.a.w Ketika Solat

NABI s.a.w adalah orang yang khusyuk  kerana Allah s.w.t dalam solat baginda.  Kedudukan baginda dalam solat seperti kedudukan orang yang khusyuk dan orang yang merendahkan diri di hadapan Allah. Gambaran baginda dalam solat telah diceritakan dalam hadith yang diriwayatkan Abdullah bin Asy-Syukhair, dia berkata, ‘’Pada suatu ketika saya datang menemui Rasulullah s.a.w yang ketika itu baginda sedang solat, sedangkan di perut baginda terdengar suara mendidih seperti suara mendidihnya air dalam periuk kerana menangis’’.

19 June, 2011

Malu untuk Menjauhi Majlis Ilmu

Malu yang dianjurkan adalah malu melarikan diri daripada majlis ilmu. ini sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: 

'' Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk di dalam masjid, dikelilingi oleh para sahabat, tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Dua orang mendatangi majlis Rasulullah dan seorang lagi pergi. Kedua-dua orang itu berdiri di hadapan Rasulullah. Salah seorang daripada  mereka melihat ruang kosong di dalam majlis itu lalu dia duduk di situ. Seorang lagi duduk dibahagian belakang. Sementara orang ketiga telah meninggalkan majlis.

Apabila Rasulullah s.a.w selesai menyampaikan ilmunya, Baginda bersabda: ''Mahukah kalian aku beritahu  kedudukan ketiga-tiga orang tadi? Bagi orang pertama, dia berlindung kepada Allah, maka Allah pun melindunginya. Orang kedua, dia malu, maka Allah malu terhadapnya. Sedangkan orang ketiga, dia berpaling,  maka Allah pun berpaling daripadanya.'' (Riwayat  al- Bukhari no.66) 

Ibnu Hajar menjelaskan bahawa lelaki kedua itu malu untuk pergi meninggalkan majlis ilmu seperti yang dilakukan oleh rakannya yang ketiga. Akibatnya , Allah malu terhadapnya iatu Allah merahmatinya dan tidak menghukumnya. Inilah rasa malu yang dituntut. Malu untuk menjauhi majlis Ilmu. (Ibnu Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, jil.1, hlm. 157)

13 June, 2011

22 tahun 2 bulan 22 hari

Salam semua?

Pagi tadi on the way nak pergi sekolah terdengar soalan teka-teki di radio IKIM. Soalannya memang unik dan membuatkan aku terfikir apakah jawapannya....Tapi apakan daya, aku tak sempat nak tahu jawapan teka-teki tersebut....soalannya apakah yang 22 tahun 2 bulan 22 hari?

Dah sampai sekolah masih memikirkan jawapan tersebut......

Akhirnya aku berjaya mencari jawapan tersebut dengan mengakses di dalam internet

Jawapannya ialah: tempoh wahyu diturunkan

(Tempoh wahyu diturunkan adalah 22 tahun 2 bulan dan 22 hari dikira bermula 17 Ramadan hingga usia Rasulullah menjelang 63 tahun. Selepas 81 hari turunnya wahyu terakhir itu, Rasulullah wafat.)

12 June, 2011

Rahsia Madina part 3

Salam semua?

Hah hari nie nak cerita pasal Madinah (tanah haram)  yang mengandungi keberkatan dimana jasad mulia Rasulullah s.a.w ditanam disini….tapi bila kita tanyer mana-mana jemaah yang dah buat umrah atau haji, ramai menyatakan di Madina sangat tenang dan dimana laungan azannya begitu lembut& syahdu berbanding keadaan di Mekah (wallahu’alam)….

Doa Rasulullah s.a.w untuk ahli Al-Baqi'

Daripada Aisya r.anha, dimana beliau telah berkata: Mahukah kamu sekiranya aku menceritakan kisah mengenaiku dan Rasulullah s.a.w.? Kami berkata. ‘’ Ya.’’ Aisya r.anha pun berkata:’’ Pada  malam giliranku Rasulullah s.a.w bermalam disisiku. Rasulullah s.a.w telah memusingkan badannya, kemudian meletakkan rida’nya dan mencabut sepatunya lalu meletakkan kedua-duanya di kedua-dua kakinya. Kemudian baginda s.a.w membentangkan hujung kainnya di atas tilamnya lalu berbaring. Tidak beberapa lama setelah baginda s.a.w menyangka aku telah tetidur , lalu baginda mengambil rida’nya perlahan –lahan dan memakai sepatunya juga dengan perlahan-lahan. Kemudian baginda s.a.w membuka pintu lalu keluar.

Baginda s.a.w pun menutup pintu dengan perlahan –lahan juga. Setelah itu akupun  mengenakan penutup kepalaku dan memakai hijab (niqab) dan menetatkan ikatan kainku, lalu aku keluar menjejaki baginda s.a.w hingga baginda s.a.w sampai di Baqi. Baginda s.a.w berdiri dengan lama. Kemudian mengangkat kedua tangannya sebanyak 3 kali lalu berpaling untuk pulang ke rumah. Akupun turut berpaling. Setiap kali baginda s.a.w mempercepatkan langkahnya, aku juga turut mempercepatkan langkahku.

Apabila baginda s.a.w berjalan perlahan-lahan , akupun turut perlahankan langkah kakiku. Apabila baginda s.a.w semakin hampir sampai ke rumah, akupun semakin hampir, kemudian aku mendahuluinya, lalu aku masuk. Sejurus sahaja aku berkesempatan untuk berbaring, baginda s.a.w pun masuk.

Rasulullah s.a.w bersabda: ‘’ Apakah yang terjadi pada kamu wahai Aisya, kamu tercungap-cungap ?’’ Aisya berkata: Akupun berkata: ‘’ Tiada apa-apa.’’ Baginda s.a.w pun bersabda: ‘’ Adakah kamu akan memberitahu aku atau Allah Yang Maha Pelembut dan Maha Mengetahui yang akan memberitahuku. ‘’ Aisya berkata. ‘’ Akupun berkata: ‘’Ya Rasulullah – demi bapaku, kamu dan ibuku – maka akupun memberitahunya.’’ Sabda baginda s.a.w: ‘’Jadi  engkaulah lembaga hitam yang aku lihat dihadapanku tadi?’’ Aku menjawab : ‘’Ya ‘’ Baginda pun menampar dadaku dengan tamparan menyakitkanku.

Kemudian baginda s.a.w berkata:’’ adakah kamu sangka Allah RasulNya meminggirkanmu?’’ Aku menjawab: ‘’Setiap kali manusia menyembunyikan sesuatu perkara,  Allah mengetahuinya. Ya. ‘’ Baginda s.a.w pun bersabda: ‘’Sesungguhnya  jibril a.s telah datang padaku apabila kamu melihatku. Lalu ia memanggilku lalu aku menjawab panggilannya dan menyembunyikannya dari pandanganmu.

Belum lagi jibril masuk sesungguhnya kamu telahpun meletakkan pakaianmu, aku menyangka kamu telahpun tidur, lalu aku rasa tidak senang untuk mengejutkanmu dan aku takut meninggalkanmu berseorangan (takut-takut binatang buas mencelakakanmu). Jibril berkata: ‘’ sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkanmu agar menziarahi ahli Baqi’ dan memohon keampunan untuk mereka.’’
(baginda akan keluar pada bahagian malam terakhir ke perkuburan Baqi’ untuk berdoa dan memohon ampun bagi penghuni-penghuninya.)


Perkuburan Baqi'




Makam Rasulullah s.a.w, Abu Bakar r.a, dan Umar r.a



10 June, 2011

Labah-labah di dalam surah Al-Ankabut

"Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yg membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yg paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui.." Al-Ankabut-41




Banyakkanlah bergantung kepada Allah s.wt dari manusia...Ingat,  Allah s.w.t  tidak memerlukan apa-apa dari kita, tetapi kitalah yang memerlukan Allah s.w.t dalam hidup ini.....Haraplah redha ALLAH s.w.t dari mengharap redha manusia .....

Jangan selalu mempertikaikan kenapa permintaan kita tidak ditunaikan, padahal banyak lagi nikmat dan permintaan  yang telah Allah sempurnakan untuk kita….Masha Allah besarnya kasih sayang Allah …Moga kita tergolong dikalangan golongan yang sedikit (iaitu orang yang bersyukur)….Amin





07 June, 2011

Rahsia Madina part2

Raudhah yang mulia
Daripada abdullah bin zaid dan Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w  telah bersabda:
‘’Diantara rumahku dan mimbarku adalah taman (Raudhah) dari taman-taman syurga.’’  (Dipersetujui oleh Al-Bukhari dan Musllim)

Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah s.a.w dan Saiyidatina Aisyah r.anha dengan mimbarnya. Panjangnya lebih kurang 22 meter, sekiranya diukur dari arah timur bermula dari rumah tersebut hinggalah ke mimbarnya di sebelah barat. Lebar kawasan ini ialah lebih kurang 15 meter bermula dari mihrab Rasulullah saw di sebelah selatan hingga ke akhir rumah itu di sebelah utara mengikut pendapat sebahagian ahli sejarah.

Tangisan dan rajukan batang tamar

Sebelum dibuat mimbar, Rasulullah s.a.w telah berkhutbah sambil berdiri dengan bersandar ke batang sepohon tamar. Tatkala mimbar dibuat untuk baginda s.a.w, lalu baginda pun keluar menuju ke mimbar tersebut untuk berkhutbah di atasnya dengan melewati batang tamar tersebut.  batang tamar itu telah menangis dengan kuatnya sehingga masjid bergoncangan dan terjatuh debu-debu dari bumbungnya. Kemudian Rsulullah s.a.w pun turun lalu memeluk batang tamar itu sehingga ia berhenti dari tangisannya.

Rasulullah s.a.w telah mengajukan pilihan kepada batang tamar ini sama ada untuk menjadi pokok di dalam syurga atau kembali menjadi sebatang pokok di dunia untuk dimakan akan buahnya oleh orang-orang yang beriman. Lalu ia memilih untuk menjadi pokok didalam syurga .
(kesimpulannya ia ingin kehampiran pada Rasulullah s.a.w bukannya perpisahan. Jika ia memilih untuk menjadi sebatang pokok di dalam dunia, maka ia akan berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Ia akan mati, namun di dalam syurga tidak akan mati untuk selama-lamanya)

Rasulullah s.a.w telah bersabda :

‘’ Demi Dia yang memegang nyawaku di dalam tangan-Nya, jika aku tidak memeluknya dan memujuk pasti ia akan berterusan sebegini hinggalah ke hari kiamat’’
(Diriwayatkan oleh Abu ’Awanah, Ibnu Khuzaimah, Abu Nu’aim dan Ad-Darami, semua mereka meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a)

Tiang-tiang mimbar menjadi tiang-tiang di dalam syurga

Tiang-tiang mimbar di mana Rasulullah s.a.w berkhutbah di atasnya akan menjadi tiang-tiang di dalam syurga.

Daripada Ummu Salamah r.anha katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud:
‘’ Sesungguhnya tiang-tiang mimbarku ini akan menjadi tiang-tiang di dalam syurga’
( Diriwayatkan oleh Abdul razak , Al-Humaidi , An- Nisaai, Ibnu Hibban dan selain dari mereka)

Makam-makam di dalam Masjid An-Nabawi

a.   
1) Makam Rasulullah s.a.w

Berlaku perselisihan pendapat di mana hendak dikebumikan jasad Rasulullah s.a.w setelah terjadi kewafatan baginda s.a.w. Ada yang berpendapat jasad baginda disemadikan di tanah kelahirannya di Mekah dan ada yang berpendapat jasadnya dibawa ke Palestin. Akhirnya Saiyidina Abu Bakar r.a memutuskn bahawa jasad Rasulullahs.a.w dikebumikan di dalam rumahnya setelah beliau mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksudnya :’’ Para Nabi dikebumikan di tempat mereka wafat’

Justeru, baginda s.a.w telah dikebumikan di dalam bilik di rumahnya. Kepala  baginda s.a.w yang mulia diletakkan di barat dan kakinya kearah timur dengan mukanya mengadap kearah kiblat . jarak tubuhnya dengan dinding sebelah timur ialah lebih kurang 90sm dan dari dinding bahagian barat lebih kurang 150sm .



a.   2.  Makam Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a


Beliau telah dikebumikan di sisi Rasulullah s.a.w justeru permintaan beliau agar dikebumikan disisi baginda s.a.w dan selepas persetujuan Aisya r.anha. bersemadilah beliau di sisi kekasihnya, teman seperjuangan dan menantunya.




3. Makam Saiyidina Umar bin Al-Khattab r.a

Beliau juga telah meminta izin dari Aisya r.anha untuk dikebumikan disisi Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a. Aisya r.anha telah memperkenankan permintaannya itu.


Penghuni Al-Baqi golongan yang awal2 dibangkitkan pada hari kiamat di padang masyar.

Mereka yang telah dikebumikan di Baqi adalah mereka yang awal2 dibangkitkan semula selepas Nabi s.a.w, Abu Bakar r.a dan Umar r.a.

Daripada Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda
‘’Aku adalah orang yang pertama-tama dibungkahkan bumi( dibangkitkan pada hari kiamat), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar dan kemudian  aku mendatangi penghuni2 Baqi lalu mereka dibangkitkan bersama –sama denganku, kemudian aku menunggu penduduk Mekah, maka aku dibangkitkan di antara dua tanah haram’’. 
(Riwayat At-Tirmidzi serta dihasankannya, Ibnu Habban dan Al-Hakim dan kedua-duanya mensahihkannya dan Ahmad mengenai kelebihan2 sahabat. Ibnu Hibban dan Al-Hakim mensahihkan kedua-dua Hadith ini)

Madina bergoncang ketika keluarnya Dajjal

’Tidak ada satu negeripun yang tidak dipijaki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah, tidak  ada satupun tempat2 yg terbuka di antara gunung-ganangnya melainkan padanya terdapat para malaikat yg berbaris menjaganya, kemudian Madina bergoncangan berserta dengan penduduk-penduduknya sebanyak tiga kali, justeru itu keluarlah semua orang2 kafir dan munafik’’
(Dipersetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim di atas kesahihannya, dan lafaz ini adalah lafaz Bukhari)



04 June, 2011

Kad Besday Origami

Salam semua?  Hari nie aku bertungkus lumus menyiapkan kad besday origami untuk sahabat aku....sebab tak tahu nak bagi hadiah ape, so aku cadang nak buat kad sendiri jer....simple kan....semua nie aku belajar kat U-tube......Inilah hasilnya....cuma tak tulis ucapan  lagi.....



                                          pandangan dari arah depan kad


                                                   pandangan dari dalam kad




                                              pandangan dari belakang kad

03 June, 2011

Rahsia Madina


Salam semua ? Sebenarnya dah lama nak publish kan post nie, tetapi asyik sibuk jer walaupun cuti sekolah (hhaahhah)....Buku Rahsia Madina  nie sangat menarik dan banyak kisah sejarah yang diceritakan......dibawah nie saya sempat menaip antara kelebihan kota Madina untuk perkongsian bersama.....

Kota Madinah (Tanah Haram) sebagaimana Mekah

Wahai Allah! Sesungguhnya Ibrahim  sahabatMu, hambaMu dan NabiMu  telah berdoa untuk Mekah dan aku Muhammad adalah hambaMu, NabiMu dan pesuruhMu, aku berdoa  untuk penduduk Madinah seumpama doa  yang telah dilakukan oleh Ibrahim untuk penduduk Mekah…….
(Al-Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Jundi dan Sa’id bin Mansur dan rijalnya rijal sahih) {Musnad Ahmad : Fadail Madinah dan Majma’ul Zawaid dan Kanzul Ummal}

Gesaan untuk tinggal di Madinah dan berjiran dengannya

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
‘’Datang satu zaman kepada manusia dimana seorang lelaki akan berseru kepada anak kepada bapa saudaranya dan kaum kerabatnya : marilah kepada kesenangan, marilah kepada kesenangan (hidup) dan Madina adalah lebih baik bagi mereka jika mereka mengetahui. Demi Dia yang memegang jiwaku di tanganNya, tidaklah seseorang keluar darinya (Madinah) untuk menjauhkan diri darinya melainkan Allah menggantikannya dengan orang yang lebih darinya……’’
(Diriwayatkan oleh Muslim){Sahihul Muslim, kitab Haji, bab Madinah menyucikan kejahatan-kejahatan yang terdapat didalamnya, hadith no.487}

Daripada Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Nabi s.a.w telah bersabda:
‘’Barangsiapa berkemampuan untuk mati di Madinah, maka hendaklah mati di sana, kerana aku sesungguhnya akan mensyafaati barangsiapa yang mati di sana’’
(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, Ibnu Hibban serta disahihkannya dan Ibnu Majah){Musnad Ahmad, Sunnan At-Tirmidzi  kitab Al-Manaqib, bab kelebihan Madinah, Sunnah Ibnu Majah, kitab Al-Manasik, bab kelebihan Madinah dan Sahih Ibu Hibban}

Orang –orang kafir tidak boleh memasuki Madinah

Daripada Umar bin Al- Khattab r.a bahawa beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w  bersabda :
‘’Aku akan mengusir keluar Yahudi dan Nasrani dari jazirah Arab sehingga aku tidak  meninggalkan (seorang pun dari mereka) melainkan orang islam’’
(Diriwayatkan oleh Muslim)( Shahihul Muslim, kitab Jihad bab pengusiran keluar Yahudi dan Nasrani dari Jazirah Arab hadith no.63)

Tanahnya sebagai  penyembuh (Syifa’)

Tanah dan debu Madinah adalah sebagai penyembuh dari segala penyakit. Daripada Aisya  r.anha bahawa Rasulullah s.a.w apabila seseorang mengadu tentang kesakitan yang dialaminya, ataupun beliau mempunyai luka atau tercedera, Nabi s.a.w bersabda dengan mempergunakan jarinya begini (baginda meletakkan telapak jari telunjuknya ke tanah kemudian mengangkatnya) kemudian berdoa:
Ertinya:
‘’Dengan nama Allah, tanah bumi kami dan dengan air liur sebahagian kami agar ia menyembuhkan orang yang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami.’’
(Dipersetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim, dan lafaz ini adalah dari riwayat Muslim){Sahihul Bukhari, kitab Thibb, bab Ruqyah Nabi s.a.w dan Sahihul Muslim, Kitab Salam}

Kemudian baginda s.a.w mengambil tanah dari Buthan,kemudian memasukkannya ke dalam sebuah bekas, lalu meniup ke dalamnya dan menyapukannya kepada Tsabit.
(Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nisaai didalam ‘amalan yaum wal lailah’ dan disahihkan oleh Ibnu Hibban){ Sunnan Abu Daud, Kitab Thibb bab Ar-Ruqya, kitab ‘amalan yaum wal lailah’ dan Sahih Ibnu Hibban}


Tambahan dari saya:

·         Sebab tulah diantara 13 pantang larang umrah dan haji ialah memakai sarung …..sekiranya udara di sana berdebu tak payahlah tutup muka kerana debunya sebagai penyembuh…..sekiranya terdapat wabak yang  perlu memakai sarung  muka , maka dibolehkan tetapi akan dikenakan dam (serba sedikit perkongsian ilmu semasa mendengar  kursus umrah.)


Allah s.w.t menjadikan tamar Madinah sebagai pelindung dari racun dan sihir

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan tamarnya sebagai pelindung atau perisai dari racun dan sihir. Justeru  itu barangsiapa makan 7 biji tamar sekaligus, ia tidak akan ditimpa  pada hari itu oleh racun atau sihir, dengan izin Allah swt.
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Ertinya :
“Barangsiapa makan tujuh biji tamar dari yang terdapat di antara dua gunungnya (Madinah) ketika di waktu pagi, racun tidak akan memudaratkannya hinggalah ke petang hari’’
(Ini lafaz Muslim){ Sahihul Muslim, kitab Al-Asyrubah bab kelebihan Tamar Madinah hadith no.154}

Kelebihan gunung Uhud

Gunung Uhud mencintai Rasulullah s.a.w, begitu juga baginda s.a.w turut mencintai Uhud. Uhud telah bergoncang ketika baginda s.a.w menaikinya dan turut bersama-sama bagibda s.a.w, tatkala itu ialah beberapa  orang para sahabat r.anhum. Uhud berada di atas pintu dari puntu-pintu  syurga atau di atas salah satu pintunya.

Daripada Anas bin Malik r.a katanya : Rasulullah s.a.w telah mendaki gunung Uhud, turut bersama-sama dengan baginda s.a.w ialah Abu Bakar, Umar dan Usman. Uhud telah bergoncang lalu baginda menghentaknya dengan kakinya dan bersabda:
‘’Diamlah kamu wahai Uhud, kerana sesungguhnya berada di atas  kamu adalah seorang Nabi, seorang Siddiq dan dua orang Syahid.’’
(telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari){ Sahihul Bukhari, kitab kelebihan sahabat, bab ucapan Nabi s.a.w:’’Sekiranya aku mengambil seorang Khalil…’’ dan di dalam selain darinya}



Pahala bagi orang yang bersolat sebanyak empat puluh solat berturutan

Daripada  Anas bin Malik r.a daripada Nabi s.a.w baginda telah bersabda :
‘’Barangsiapa bersolat di masjidku sebanyak empat puluh kali solat, tidak ia tertinggal satu solatpun, akan ditulis baginya kebebasan  dari api neraka dan keselamatan daripada azab dan kebebasan dari sifat munafik.’’
(Diriwayatkan oleh Ahmad At-Tabarani di dalam Al- Ausath dari rijalnya tsiqat)

Tidak boleh meningikan suara di Masjid An-Nabawi

Daripada As-Sa’ib bin Yazid r.a katanya : Aku sedang berdiri di dalam masjid An-Nabawi, seorang lelaki telah melontariku dengan batu kecil lau aku menoleh dan melihat ke arahnya. Rupa-rupanya Umar bin Al-Khattab r.a.
Umar  r.a berkata: ‘’Pergi, dan datanglah padaku dengan dua orang lelaki ini.’’ Akupun mendatanginya dengan membawa dua orang lelaki tersebut.  Umar bertanya :’’ Siapakah kamu berdua ini?’’ Atau….’’Dari manakah kamu?’’ kedua-dua lelaki itu menjawab: ‘’Dari Taif.’’ Kata Umar: ‘’jika kamu berasal dari Madinah sudah pasti aku akan menghukum kamu, kamu meninggikan suara kamu di dalam masjid Rasulullah s.a.w.’’
(diriwayatkan oleh Al-Bukhari){Sahihul Bukhari, kitab solat, bab meninggikan suara didalam masjid}

Tambahan dari saya:-


* Afdal memberi salam di makam Rasulullah sambil berdiri dan suara kita cukuplah hanya sekadar didengari oleh  kita sendiri . ( bagi kaum hawa seeloknya janganlah memakai seluar ketika melawat makam Rasulullah, ini dianggap tidak sopan )

Sampai sini jelah yang larat nk menaip ( itupun ambik yang penting2 jer).....tapi masih banyak lagi rahsia Madinah yang saya nak kongsikan...Insha Allah jika ada masa terluang saya akan buat entry part 2.....maaf gambar buku tu tak leh nak upload...internet sedang tenat....hua...hua....oh ye agak-agak VISA umrah keluar tak bulan dec 2011 nie, memandangkan raya haji jatuh pada 6 Nov ( dimana VISA haji dibuka selama 2 bulan untuk jemaah haji sahaja)....jika nak campur VISA umrah ziarah sekali, wow makin ramailah gamatnya......sebab tahun lepas pun VISA umrah ziarah tak dikeluarkan .....ermmmm entahlah......
















01 June, 2011

Kisah kapal karam


Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.

Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya.

Disamping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut yang bagai tidak berpenghuni itu dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun segala harapannya tinggal harapan. Akhirnya lelaki tersebut membina sebuah pondok kecil ditepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin  bayu malam.
Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit.

 Lelaki tersebut   terduduk, merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa . ‘’ Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini? Kenapa aku?’’ 

Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal  nampak akan kehadirannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.

Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun  dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu dia berada di pulau itu. Dia bertanya kepada kapten itu: ‘’Macam mana tuan tahu ada orang tersadai dipulau tu?’’
Kapten kapal  lalu menjawab: ‘’ Kami ternampak asap dari pulau ini, sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan’’.

Pengajaran:
Jangan sesekali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya . Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi  keuntungan di kemudian hari.



Hasad

Apabila rasa hasad wujud dalam hati, janganlah dilahirkan dalam bentuk ucapan dan tindakan. Jaga lidah jangan sampai menuturkan tentang orang yang kita hasadkan kepada orang lain. Atau jangan menulis (dengan tujuan menyebarkan) sesuatu yang negative berkenaan  dirinya. Juga jangan sekali-kali mengambil sebarang tindakan susulan yang boleh memudaratkan lagi keadaan seperti  mengintip, mencari  rahsia (tajassus), mengumpat, mengejek atau memfitnah.
Maksudnya, selagi hasad dengki dipendamkan dalam hati, maka ia belum jatuh  ke tahap berbahaya. Cepat- cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Ini berdasarkan

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘’ tiga sifat yang tidak seorang pun selamat daripadanya iaitu takut( kerana sesuatu), buruk sangka dan hasad dengki. Jika kau berasa takut ( kerana sesuatu) maka jangan mundur (hadapilah), jika kau berhasad maka jangan lanjutkan, dan jika kau bersangka buruk maka jangan buktikan (jangan mencari buktinya)’’  (Riwayat Al- Baihaqi) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...