01 June, 2011

Hasad

Apabila rasa hasad wujud dalam hati, janganlah dilahirkan dalam bentuk ucapan dan tindakan. Jaga lidah jangan sampai menuturkan tentang orang yang kita hasadkan kepada orang lain. Atau jangan menulis (dengan tujuan menyebarkan) sesuatu yang negative berkenaan  dirinya. Juga jangan sekali-kali mengambil sebarang tindakan susulan yang boleh memudaratkan lagi keadaan seperti  mengintip, mencari  rahsia (tajassus), mengumpat, mengejek atau memfitnah.
Maksudnya, selagi hasad dengki dipendamkan dalam hati, maka ia belum jatuh  ke tahap berbahaya. Cepat- cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Ini berdasarkan

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘’ tiga sifat yang tidak seorang pun selamat daripadanya iaitu takut( kerana sesuatu), buruk sangka dan hasad dengki. Jika kau berasa takut ( kerana sesuatu) maka jangan mundur (hadapilah), jika kau berhasad maka jangan lanjutkan, dan jika kau bersangka buruk maka jangan buktikan (jangan mencari buktinya)’’  (Riwayat Al- Baihaqi) 

2 comments:

  1. salam mas,
    moga2 kita semua terpelihara........nak pegang kata-kata hadis tu....

    ReplyDelete
  2. Insha Allah...sama-samalh kita bykkn istigfar....tang mengumpat yg paling takut tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...