03 June, 2011

Rahsia Madina


Salam semua ? Sebenarnya dah lama nak publish kan post nie, tetapi asyik sibuk jer walaupun cuti sekolah (hhaahhah)....Buku Rahsia Madina  nie sangat menarik dan banyak kisah sejarah yang diceritakan......dibawah nie saya sempat menaip antara kelebihan kota Madina untuk perkongsian bersama.....

Kota Madinah (Tanah Haram) sebagaimana Mekah

Wahai Allah! Sesungguhnya Ibrahim  sahabatMu, hambaMu dan NabiMu  telah berdoa untuk Mekah dan aku Muhammad adalah hambaMu, NabiMu dan pesuruhMu, aku berdoa  untuk penduduk Madinah seumpama doa  yang telah dilakukan oleh Ibrahim untuk penduduk Mekah…….
(Al-Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Jundi dan Sa’id bin Mansur dan rijalnya rijal sahih) {Musnad Ahmad : Fadail Madinah dan Majma’ul Zawaid dan Kanzul Ummal}

Gesaan untuk tinggal di Madinah dan berjiran dengannya

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
‘’Datang satu zaman kepada manusia dimana seorang lelaki akan berseru kepada anak kepada bapa saudaranya dan kaum kerabatnya : marilah kepada kesenangan, marilah kepada kesenangan (hidup) dan Madina adalah lebih baik bagi mereka jika mereka mengetahui. Demi Dia yang memegang jiwaku di tanganNya, tidaklah seseorang keluar darinya (Madinah) untuk menjauhkan diri darinya melainkan Allah menggantikannya dengan orang yang lebih darinya……’’
(Diriwayatkan oleh Muslim){Sahihul Muslim, kitab Haji, bab Madinah menyucikan kejahatan-kejahatan yang terdapat didalamnya, hadith no.487}

Daripada Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Nabi s.a.w telah bersabda:
‘’Barangsiapa berkemampuan untuk mati di Madinah, maka hendaklah mati di sana, kerana aku sesungguhnya akan mensyafaati barangsiapa yang mati di sana’’
(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, Ibnu Hibban serta disahihkannya dan Ibnu Majah){Musnad Ahmad, Sunnan At-Tirmidzi  kitab Al-Manaqib, bab kelebihan Madinah, Sunnah Ibnu Majah, kitab Al-Manasik, bab kelebihan Madinah dan Sahih Ibu Hibban}

Orang –orang kafir tidak boleh memasuki Madinah

Daripada Umar bin Al- Khattab r.a bahawa beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w  bersabda :
‘’Aku akan mengusir keluar Yahudi dan Nasrani dari jazirah Arab sehingga aku tidak  meninggalkan (seorang pun dari mereka) melainkan orang islam’’
(Diriwayatkan oleh Muslim)( Shahihul Muslim, kitab Jihad bab pengusiran keluar Yahudi dan Nasrani dari Jazirah Arab hadith no.63)

Tanahnya sebagai  penyembuh (Syifa’)

Tanah dan debu Madinah adalah sebagai penyembuh dari segala penyakit. Daripada Aisya  r.anha bahawa Rasulullah s.a.w apabila seseorang mengadu tentang kesakitan yang dialaminya, ataupun beliau mempunyai luka atau tercedera, Nabi s.a.w bersabda dengan mempergunakan jarinya begini (baginda meletakkan telapak jari telunjuknya ke tanah kemudian mengangkatnya) kemudian berdoa:
Ertinya:
‘’Dengan nama Allah, tanah bumi kami dan dengan air liur sebahagian kami agar ia menyembuhkan orang yang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami.’’
(Dipersetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim, dan lafaz ini adalah dari riwayat Muslim){Sahihul Bukhari, kitab Thibb, bab Ruqyah Nabi s.a.w dan Sahihul Muslim, Kitab Salam}

Kemudian baginda s.a.w mengambil tanah dari Buthan,kemudian memasukkannya ke dalam sebuah bekas, lalu meniup ke dalamnya dan menyapukannya kepada Tsabit.
(Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nisaai didalam ‘amalan yaum wal lailah’ dan disahihkan oleh Ibnu Hibban){ Sunnan Abu Daud, Kitab Thibb bab Ar-Ruqya, kitab ‘amalan yaum wal lailah’ dan Sahih Ibnu Hibban}


Tambahan dari saya:

·         Sebab tulah diantara 13 pantang larang umrah dan haji ialah memakai sarung …..sekiranya udara di sana berdebu tak payahlah tutup muka kerana debunya sebagai penyembuh…..sekiranya terdapat wabak yang  perlu memakai sarung  muka , maka dibolehkan tetapi akan dikenakan dam (serba sedikit perkongsian ilmu semasa mendengar  kursus umrah.)


Allah s.w.t menjadikan tamar Madinah sebagai pelindung dari racun dan sihir

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan tamarnya sebagai pelindung atau perisai dari racun dan sihir. Justeru  itu barangsiapa makan 7 biji tamar sekaligus, ia tidak akan ditimpa  pada hari itu oleh racun atau sihir, dengan izin Allah swt.
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Ertinya :
“Barangsiapa makan tujuh biji tamar dari yang terdapat di antara dua gunungnya (Madinah) ketika di waktu pagi, racun tidak akan memudaratkannya hinggalah ke petang hari’’
(Ini lafaz Muslim){ Sahihul Muslim, kitab Al-Asyrubah bab kelebihan Tamar Madinah hadith no.154}

Kelebihan gunung Uhud

Gunung Uhud mencintai Rasulullah s.a.w, begitu juga baginda s.a.w turut mencintai Uhud. Uhud telah bergoncang ketika baginda s.a.w menaikinya dan turut bersama-sama bagibda s.a.w, tatkala itu ialah beberapa  orang para sahabat r.anhum. Uhud berada di atas pintu dari puntu-pintu  syurga atau di atas salah satu pintunya.

Daripada Anas bin Malik r.a katanya : Rasulullah s.a.w telah mendaki gunung Uhud, turut bersama-sama dengan baginda s.a.w ialah Abu Bakar, Umar dan Usman. Uhud telah bergoncang lalu baginda menghentaknya dengan kakinya dan bersabda:
‘’Diamlah kamu wahai Uhud, kerana sesungguhnya berada di atas  kamu adalah seorang Nabi, seorang Siddiq dan dua orang Syahid.’’
(telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari){ Sahihul Bukhari, kitab kelebihan sahabat, bab ucapan Nabi s.a.w:’’Sekiranya aku mengambil seorang Khalil…’’ dan di dalam selain darinya}



Pahala bagi orang yang bersolat sebanyak empat puluh solat berturutan

Daripada  Anas bin Malik r.a daripada Nabi s.a.w baginda telah bersabda :
‘’Barangsiapa bersolat di masjidku sebanyak empat puluh kali solat, tidak ia tertinggal satu solatpun, akan ditulis baginya kebebasan  dari api neraka dan keselamatan daripada azab dan kebebasan dari sifat munafik.’’
(Diriwayatkan oleh Ahmad At-Tabarani di dalam Al- Ausath dari rijalnya tsiqat)

Tidak boleh meningikan suara di Masjid An-Nabawi

Daripada As-Sa’ib bin Yazid r.a katanya : Aku sedang berdiri di dalam masjid An-Nabawi, seorang lelaki telah melontariku dengan batu kecil lau aku menoleh dan melihat ke arahnya. Rupa-rupanya Umar bin Al-Khattab r.a.
Umar  r.a berkata: ‘’Pergi, dan datanglah padaku dengan dua orang lelaki ini.’’ Akupun mendatanginya dengan membawa dua orang lelaki tersebut.  Umar bertanya :’’ Siapakah kamu berdua ini?’’ Atau….’’Dari manakah kamu?’’ kedua-dua lelaki itu menjawab: ‘’Dari Taif.’’ Kata Umar: ‘’jika kamu berasal dari Madinah sudah pasti aku akan menghukum kamu, kamu meninggikan suara kamu di dalam masjid Rasulullah s.a.w.’’
(diriwayatkan oleh Al-Bukhari){Sahihul Bukhari, kitab solat, bab meninggikan suara didalam masjid}

Tambahan dari saya:-


* Afdal memberi salam di makam Rasulullah sambil berdiri dan suara kita cukuplah hanya sekadar didengari oleh  kita sendiri . ( bagi kaum hawa seeloknya janganlah memakai seluar ketika melawat makam Rasulullah, ini dianggap tidak sopan )

Sampai sini jelah yang larat nk menaip ( itupun ambik yang penting2 jer).....tapi masih banyak lagi rahsia Madinah yang saya nak kongsikan...Insha Allah jika ada masa terluang saya akan buat entry part 2.....maaf gambar buku tu tak leh nak upload...internet sedang tenat....hua...hua....oh ye agak-agak VISA umrah keluar tak bulan dec 2011 nie, memandangkan raya haji jatuh pada 6 Nov ( dimana VISA haji dibuka selama 2 bulan untuk jemaah haji sahaja)....jika nak campur VISA umrah ziarah sekali, wow makin ramailah gamatnya......sebab tahun lepas pun VISA umrah ziarah tak dikeluarkan .....ermmmm entahlah......
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...