19 June, 2011

Malu untuk Menjauhi Majlis Ilmu

Malu yang dianjurkan adalah malu melarikan diri daripada majlis ilmu. ini sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: 

'' Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk di dalam masjid, dikelilingi oleh para sahabat, tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Dua orang mendatangi majlis Rasulullah dan seorang lagi pergi. Kedua-dua orang itu berdiri di hadapan Rasulullah. Salah seorang daripada  mereka melihat ruang kosong di dalam majlis itu lalu dia duduk di situ. Seorang lagi duduk dibahagian belakang. Sementara orang ketiga telah meninggalkan majlis.

Apabila Rasulullah s.a.w selesai menyampaikan ilmunya, Baginda bersabda: ''Mahukah kalian aku beritahu  kedudukan ketiga-tiga orang tadi? Bagi orang pertama, dia berlindung kepada Allah, maka Allah pun melindunginya. Orang kedua, dia malu, maka Allah malu terhadapnya. Sedangkan orang ketiga, dia berpaling,  maka Allah pun berpaling daripadanya.'' (Riwayat  al- Bukhari no.66) 

Ibnu Hajar menjelaskan bahawa lelaki kedua itu malu untuk pergi meninggalkan majlis ilmu seperti yang dilakukan oleh rakannya yang ketiga. Akibatnya , Allah malu terhadapnya iatu Allah merahmatinya dan tidak menghukumnya. Inilah rasa malu yang dituntut. Malu untuk menjauhi majlis Ilmu. (Ibnu Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, jil.1, hlm. 157)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...