26 April, 2011

Sabar dalam mentaati Allah

Menurut imam al-Ghazali, sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada tiga; yakni sabar ketika hendak memulakannya, sabar mengejakannya dan selepas mengerjakannya .

Sabar sebelum memulakan ketaatan ialah kita mampu menahan daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapat keredhaan Allah. Jangan sekali-kali mengharap pujian, pengikhtirafan dan penghargaan daripada manusia. Dengan kesabaran, kita mampu menangkis sifat riyak atau syirik kecil sebelum melakukan suatu ibadah .

Sabar semasa melakukan ketaatan adalah dengan menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya. Umpamanya, apabila menutup aurat, tentulah ada sedikit rasa panas, tidak selesa (buat pertama kalinya), disindir orang dan sebagainya. Namun kita terus istiqamah untuk melakukannya walau betapa sukar sekalipun fizikal, emosi dan hati kita menanggungnya.

Manakala sabar selepas melakukan ibadah pula adalah dengan menahan diri daripada sifat riyak(menunjuk-nunjuk), sum’ah( suka mendengar pujian ) dan ujub. Menurut imam al-Ghazali, sabar diperingkat inilah yang paling sukar. Ini adalah godaan yang menimpa hati. Jika tauhid tidak dihayati, maka dengan mudah sahaja syaitan manipu lalu terhapuslah segala kebaikan yang dibina.

Dalam sebuah hadis yang panjang , Rasulullah s.a.w  telah menjelaskan bagaimana orang kaya yang dermawan, orang yang membaca al-Quran dan orang yang mati syahid telah ditolak amalannya kerana tidak ikhlas.



Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.

2 comments:

  1. tapi berapai ramai yg tidak mampu bersabar,termasuklah sy yg lemah ini..aduhaiii...

    Salam ziarah,menarik artikel yang saudara/saudari/puan tulis,saya menjemput saudara/saudari/puan untuk memberi komentar,cadangan untuk penambahbaikan atau pandangan terhadap artikel terbaru saya.Semoga jasa saudara/saudari/puan dibalas oleh Allah SWT.Mana tahu kemungkinan kita berbeza pandangan,jesturu itu,di harapkan dapat berkongsi bersama.

    ReplyDelete
  2. Alangkah indahnya, andai sentiasa dapat bersabar dalam kehidupan ini....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...