Hati kecilku berbisik, gadis ni macam sombong. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, mungkin sahaja kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan mulia dariku..
Hati kecilku berbisik, nakal sungguh anak kecik ni. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, anak kecil ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan aku telah banyak berbuat maksiat kepada Allah. Sudah semestinya anak ini jauh lebih baik dari diriku.
Hati kecilku berbisik, banyak cakap sungguh orang tua ni. Menyakitkan hati betul. Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu sahaja dia lebih baik dari diriku
Hati kecilku berbisik, berlagak sungguh. Macamlah pandai sangat. Astagfirullah. Wahai hati sedarlah engkau, Orang ini memperoleh anugerah ilmu yang tidak akan aku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah akuu capai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.
Hati kecilku berbisik, ahh takkan lah tak tahu couple tu haram? Astagfirullah..
Wahai hati sedarlah engkau, Kerana dia jahil lah dia telah bermaksiat kepada Allah, sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.
Hati kecilku berbisik, dasar kafir, nerakalah tempatnya. Astagfirullah..

Salam...
ReplyDeleteSama2 kita azam untuk sentiasa bersangka baik.. (",)
Hidup ini sebuah perjalanan.. Semoga kita selamat sampai ke destinasi yang dituju (syurga Allah)..