21 April, 2013
11 February, 2013
kraftangan (kain felt)
Assalammualaikum?
Syukur sangat dapat gak update blog yang sekian lama ditinggalkan....Yelah semenjak dah berpindah ke sekolah baru, macam2 pengalaman yang dapat....yang paling penting rakan sekeliling semuanya berfikiran positif.....sempena cuti sekolah nie, aku sempat gak buat kraftangan (kain felt) untuk diajar kepada murid-murid pendidikan khas....maklumlah tahun nie nak buat jualan sempena Hari Pendidikan Khas di SMKBB.....tu saja nak bagitaw...ok bye
23 December, 2012
Konvensyen Sunnah di Bukit Mertajam, Penang
Tempat: Dewan al-Qayyim, bukit Mertajam, Penang
Tarikh : 21-22 Dec 2012
Salam?
Akhirnya Allah s.w.t perkenankan doa aku untuk menghadiri Konvensyen Sunnah 2012...Jika nak tahu MASUK adalah percuma dan makanan disediakan ( Kata dr MAZA ''apa makanan yang kita letak semua habis'') ...maksud beliau bukan datang sebab nak makan tapi takde pembaziran makanan sepanjang program berjalan......
Akhirnya dapat juga aku dengar ceramah Dr MAZA secara Live......Insha Allah ada rezeki nak datang lagi tahun depan.
Bangunan 2 tingkat ini adalah Dewan al-Qayyim di Bukit Mertajm, Penang
Aku sampai pada hari Jumaat jam 12.30 tgh dan terus check in di Hotel Summit.....bertolak dari rumah jam 4.00 pagi drive sendiri bersama 3 orang rakan yang lain....kemudian 5.30 ptg terus ke dewan al-Qayyim,.....mula2 masuk terus disapa oleh Bapa dr MAZA, pakcik tu sangat peramah ..
Ahli panel yang terlibat
Brother Kamaruddin b. Abdullah - ceramah yg disampaikan sungguh bertenaga dan terkesan.
beliau juga telah menubuhkan Islamic Propagation Society International di Georgetown Penang.
Maklumat lanjut bolek klik disini
Terasa malu apabila brother Kamaruddin kata '' KENAPA KITA TIDAK JELASKAN TENTANG ISLAM YANG SEBENAR KEPADA ORANG BUKAN ISLAM''.....kerna, semua itu akan ditanya oleh Allah s.w.t......adakah kita sanggup melihat mereka masuk api neraka......akhir sekali kata-kata beliau ialah '' PASTIKAN ANDA DAPAT MENARIK ORANG BUKAN ISLAM MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH SEKURANG KURANGNYA SEORANG SEBELUM MATI''.......
Ya Allah aku malu dengan diriku sendiri, mulai hari ini aku kena berdakwah dengan orang bukan islam dan menerangkan tentang keindahan islam
Read Al-Quran ....God's final revelation to mankind
15 December, 2012
Sujud dengan tangan atau lutut dahulu?
Dari Abu Hurairah r.a ia berkata,'' Rasulullah s.a.w bersabda, 'Apabila seorang diantara kamu turun sujud, janganlah turun seperti turunnya unta. Hendaklah ia meletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya' ''
Shahih. Diriwayatkan al-Imam al-Bukhary dlm Tarikh Kabir (1/139), Abu Dawud (840), An-Nasa'i (1008,1009), Ahmad (2/381).
Bagaimana jika bangkit berdiri?
Adapun apabila bangkit mau berdiri ke rakaat berikutnya, maka disunnahkan untuk mendahulukan lutut terlebih dahulu dan bertelekan pada kedua tangan. hal ini berdasarkan hadith Malik bin Huwairitis r.a tatkala beliau menceritakan sifat solat Nabi s.a.w
Dan apabila beliau mengangkat kepalanya dari sujud, beliau duduk dan berpegangan pada tanah kemudian berdiri.
(HR al-Bukhary: 824, asy-Syafi'i dalam Umm: 1/101, an-Nasa'i: 1/173, dan al -Baihaqi: 2/124 dan 135

13 December, 2012
Jom ke Konvensyen sunnah 21-22 dec 2012
salam?
lama tak update blog nie, sebab dah makin malaslah...Insha Allah saya akan menghadiri konvensyen sunnah next week...tak sabar nak jumpa Dr MAZA disana .......
31 August, 2012
LEGOLAND MALAYSIA - aku dapat tiket free masuk
Salam semua?
Lama tak menulis didalam blog.....hari ini aku nak kongsi mengenai Legoland Malaysia di Johor....tempat nie memang bagus untuk dilawati, terutamanya kanank2, mana taknya semua benda diperbuat daripada lego.....macam2 games ada, tempat solat, tempat makan pun disediakan.....
kalau nak tahu Legoland ni dibuka pada 15 September 2012....tetapi ada promosi istimewa menanti semua guru-guru.....baru-baru nie saya ada cadangan nak buat trip untuk budak sekolah di legoland, secara tidak langsung saya dijemput oleh Miss Berni untuk kesana ( khas untuk cikgu dapat tiket masuk free), bersyukur sangat dipelawa terlebih awal dari tarikh 15 September, tapi malangnya aku tak dapat menghadirkan diri.....tapi takpe kakak aku pun cikgu gak....rezeki dia pergi legoland dulu (lagipun tu memang idea dia)......
Insha Allah ada rezeki aku akan ke sana.....tak sabar menunggu .....pergi pun sebab nak buat program untuk budak-budak pendidikan khas.
08 July, 2012
04 July, 2012
Kitab Syara Riyadhul Solihin RM 350
Salam?
Syukur Alhamdulilla kitab yang saya beli secara online telah pun diterima petang tadi....RM 350...sangat murah...jika dikedai buku, harga lima ratus lebih.....sesiapa yg berminat untuk memiliki kitab ini bolehlah klik disini
02 July, 2012
pengiriman pahala bacaan al-quran tdk sampai kpd org yg sudah meninggal
Salam?
Disini saya nak kongsingkan dalil yg menyatakan bahwa pengiriman pahala bacaan Al-Quran itu tidak akan sampai kepada orang yang sudah meninggal dunia kerana bacaan itu bukan amal dan usaha mereka.....saya merujuk pada Kitab Ibnu Katsir Surah An- Najm (Ayat 38)
Jika seseorang wafat, maka terputslah semua amalannya, kecuali 3 perkara iaitu
1. Doa anak yg soleh
2.Sedekah jahiriah
3. Ilmu yang bermanfaat
16 May, 2012
Kitab Ibnu Katsir cuma RM 420
Sebenarnya saya baru jer memiliki kitab Ibnu Katsir pada 3 minggu yg lepas....erm memang dah lama mengidam nak beli, akhirnya ada rezeki nak beli....saya beli kitab nie melalui online RM 420 (termasuk penghantaran).....bila saya survey di kedai buku, mereka jual sangat mahal ( lebih daripada RM 500 )...
jadi saya nak share laman web yg menjual pelbagai kitab yg begitu murah di dalam blog saya...sesiapa yg berminat untuk membeli sila Click
selamat membeli ......
HARI GURU
Salam ?
Jutaan terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar saya sama ada secara formal atau tidak....Moga kalian dipanjangkan umur dan dirahmati oleh Allah s.w.t ...AMIN
SELAMAT HARI GURU
16 April, 2012
15 April, 2012
mercu tanda kebanggaan malysia
Salam?
Alhamdudilla...akhirnya dapat gak aku naik skybridge pada 12 April 2012 bersama dengan anak2 istimewa SMKSP secara percuma....untung jadi Cikgu Pendidikan Khas, segala lawatan kemana-mana, cikgu pun dapat merasa ....Alhamdudilla Ya Allah.....dulu tahun 2007 pernah nak naik skybridge tetiba jer tak jadi pasal kes Hindraf (kacau daun betul)....
14 April, 2012
Seminar Al-Quran Tajwid dan Tarranum
Tempat : Auditorium Masjid Al-Azim
Tarikh : 16 April 2012
Masa : 7.30 pg-1.00 ptg
Yuran : RM 30.00
untuk maklumat lanjut sila hubungi tel: 012-6662196
Tarikh : 16 April 2012
Masa : 7.30 pg-1.00 ptg
Yuran : RM 30.00
untuk maklumat lanjut sila hubungi tel: 012-6662196
03 April, 2012
27 April hingga 5 Mei
Salam?
Huh lama benar tak update cerita dalam blog....sebenarnya saya bercuti panjang, sebab tu tak banyak entry yang ditulis...kenangan semasa bercuti masih segar dalam ingatan ( tak nak cerita lebih2 ar)....aku tak sabar nak menunggu Pesta buku pada 27 April - 5 Mei 2012 di PWTC......aku mengidam nak beli kitab tafsir Ibnu Katsir....Insha Allah bulan 4 nie masuk tunggakan gaji....jadi adalah budget nak beli kitab tafsir tu (Alhamdudilla)

02 April, 2012
Soal Kuiz dah ada jawapan
1. Di rumah siapakah Rasulullah s.a.w mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar?
Anas bin Malik
2. Jumlah berhala yang terdapat di dalam dan berdekatan rumah Allah sebelum Rasulullah memerintah agar
dihapuskan (Riwayat daripada Jabir) ?
360 buah berhala
3. Apakah perkataan dalam kamus Dewan terpanjang yang asalnya perkataan Arab ?
Amirulmukminin yang bermaksud pemimpin umat Islam
4. Kaum yang menyembah berhala selepas banjir besar menimpa kaum Nabi Nuh ?
Kaum 'Ad
5. Siapakah Nabi yang mempunyai dua nama?
Yaakub ( Israel)
Isa (al-Masih)
6. Dua dosa yang akan disegerakan azabnya didunia?
Zina dan derhaka kpd Ibubapa
7. Siapakah manusia pertama yang menulis menggunakan pen?
Nabi Idris a.s
8. Golongan yang paling ramai di dalam Syurga dan Neraka?
paling ramai di dalam Syurga ialah orang miskin
wanita pula paling ramai di dalam Neraka.

23 February, 2012
Ekspo buku Islam
Di sini saya ingin mengwar-warkan tentang Ekspo Buku Islam 2 yang bakal diadakan Putrajaya. Ekspo ini akan bermula dari:
Tarikh: 24/2/2012 - 4/3/2012
Masa: 10 pagi - 9 malam
Tempat: Dewan Cempaka Sari Presint 3, Putrajaya (berhadapan Masjid Sultan Mizan, Masjid Besi)
Tarikh: 24/2/2012 - 4/3/2012
Masa: 10 pagi - 9 malam
Tempat: Dewan Cempaka Sari Presint 3, Putrajaya (berhadapan Masjid Sultan Mizan, Masjid Besi)
21 February, 2012
Konvensyen Fiqh Ummah 2012
Nielah beg kenangan semasa Fiqh Ummah
mcm tak caya jer jumpa Imran Koyube
Relax jer Ustaz Zahazan Mohamed...sambil jawab soalan pun relax
Sheikh Mufti Ismail Musa Menk ....best tazkirah yg disampaikan
Ustaz Izhar nie memang bertenaga bila ceramah....terbaik
tak sangka Ustaz Zamri nie satu maktab KPLI ngan aku di MPI Bangi (tapi tahun x sama)
tu dia Imam muda Asyraf
17 February, 2012
Jom Join Konvensyen Fiqh ummah esok
Salam?
Alhamdudilla dapat gak nak update blog hari nie, walaupun tiada apa yang nak dikongsikan....Insha Allah esok saya akan ke PWTC bersama rakan2 yang lain untuk meraikan konvensyen fiqh ummah 2012 (hope ada lagi for next year..Insha Allah). Jika tiada halangan saya akan bertolak selepas subuh...Ya Allah mudahkan jangan kau sukarkan. ....Doakan semua ya......saya tak sabar nak dapat buku kat atas tu.........
24 January, 2012
Buku oh Buku
Salam semua?
Minggu depan start sekolah, bebanan kerja makin bertambah (biasalah tu)....sehingga aku tak sedar 4 buah buku yang baru dibeli pada Jan 2012 belum habis dibaca......ada sesiapa nk tlg khatamkan?
23 January, 2012
Majlis Ilmu di pagi hari - 23-1-2012
Salam?
Alhamdudilla, selesai sudah mendengar majlis Ilmu dari Ustaz Zahazan dan Imam muda Hizbur....hope dapat jumpa Ustaz Zahazan lagi di Konvensyen Fiqh Ummah 2012 (Insha Allah)
Inilah anak Dr Zahazan Mohamed sebelah kanan dan kiri yg berbaju hijau dan tudung hijau
sempat gak mintak signature dan kata2 hikmah dari Ustaz Zahazan
''JAGALAH ALLAH SUPAYA DIA MENJAGA KAMU''
IMAM MUDA HIZBUR
22 January, 2012
kelebihan Rasulullah s.a.w
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud '' Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia islam. kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan nabi Adam a.s tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan (Hadith Riwayat Baihaqi)

MAJLIS ILMU DI MASJID AL-AZIM MELAKA
SALAM?
JOM RAMAI-RAMAI KE MAJLIS ILMU ESOK (23.1.2012) JAM 8.00 PG- 2.00 PTG DI MASJID AL AZIM BERSAMA DR ZAHAZAN MOHAMED DAN IMAM MUDA HIZBUR.....
TIKET MASUK DEWASA = RM 10.00 (Sblm 23.1.2012)
TIKET MASUK KANAK2 = RM 5.00(Sblm 23.1.2012)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI 019-2426969 @ 012-6194739

15 January, 2012
Menanti Fiqh ummah 2012
Salam semua?
Ermmmm macam2 dugaan menimpa sepanjang aku tak update blog nie.....mana taknyer laptop buat hal plak....last2 aku beli jer laptop baru (bulan nie duit banyak keluar macam air).....
Alhamdudilla akhirnya sempat gak aku nk daftar ke Konvensyem Fiqh Ummah 2012, baru sebentar tadi aku daftar ( last promotion RM 100 15jan 2012)....Ya Allah harap2 tak ada halangan apa2 unt ke Majlis ilmu on 18&19 Feb 2012...Amin

26 December, 2011
Sifat syurga part 3
Tidak beranak
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: '' Apabila seorang mukmin menginginkan anak di dalam syurga, maka jadilah anak itu pada saat ia ingin itu, tetapi tiada yang ingin beranak di dalam syurga. '' (Riwayat al-Tirmizi)
Lihatlah betapa terperincinya gambaran syurga yang dipaparkan oleh Allah buat manusia menghayatinya. Agar dengan ini timbul semangat dan kesungguhan serta kegigihan yang meluap-luap untuk mencapainya. Sesungguhnya syurga itu benar, diyakini oleh orang yang benar dan diraih melalui amalan2 yang benar.
Berita tentang syurga disampaikan oleh Allah yang Maha benar (Al- Haq) kepada Rasul-Nya yang benar lagi dibenarkan!
Malang sekali, ramai manusia yang kononnya bijak, hidup pada zaman yang serba canggih ini tetapi tidak terpikat dengan janji syurga yang benar ini. Mereka lebih terpikat pada pelbagai jenis skim cepat kaya, tawaran saham berunsur riba, penipuan menerusi perniagaan dalam internet sehingga ramai yang telah terpedaya.
Mengapa tawaran syurga yang hakiki dan pasti ini diabaikan? kerana tidak nampak ? kerna tidak yakin ? Inilah krisis iman manusia akhir zaman. Namun akhirnya ketika mayat sudah dimasukkan ke liang lahat dan tanah kuburan telah dikambus orang, terdengarlah sayup2 suara talkin yang dibacakan.''......ketahuilah bahawa syurga itu benar''

24 December, 2011
17 December, 2011
Qiamullail
Memulakan Qiamullail dengan membaca al-Quran dan berdoa.
Bagaimanakah caranya Rasulullah s.a.w mengerjakan Qiamullail? Dalam hadis yang dilaporkan daripada Ibnu Abbas, beliau berkata:
‘’Rasulullah s.a.w tidur hingga pertengahan malam ataupun beberapa ketika sebelum ataupun selepas pertengahan malam. Baginda bangun, menghilangkan rasa mengantuk dengan mengusap wajahnya dengan tangan. Kemudian nabi membaca 10 ayat terakhir daripada surah al-Imran.
Ibnu Abbas pula melaporkan :
‘’Beliau menginap bersama nabi pada suatu malam. Rasulullah s.a.w bangun pada akhir malam, berdiri dan melihat ke langit, lalu membaca ayat dalam Surah al-Imran, ‘Inna fi Khalqis samaawaati wal ardi wakhtilafil laili wannahaari…’ hingga ayat’……..faqina ‘azaabannar.’ Sesudah itu baginda pulang ke rumah lalu memberus gigi, berwuduk dan kemudian bersolat. Baginda kemudian keluar, lalu melihat ke arah langit dan membaca ayat yang sama. Beliau kemudiannya keluar memberus gigi, berwuduk, lalu berdiri dan bersolat.’’
Direkodkan oleh Ahmad dan Bukhari, juga daripada Abu Hurairah , Rasulullah s.a.w berkata:
‘’Ketika tengah malam berlalu, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Wujudkah orang yang memohon ampun? Maka aku mengampuninya. Wujudkan orang yang bertaubat? Maka aku menerima taubatnya. Wujudkan orang yang berdoa? Maka aku kabulkannya. Hal itu berterusan sehingga terbit subuh.’’
12 December, 2011
Sifat-sifat syurga part 2
Pakaian dan perhiasan syurga
Firman Allah s.w .t yang bermaksud: ‘’Sesungguhnya orang bertakwa di tempat yg aman. Dikebun-kebun dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera yang nipis dan tebal dan duduk berhadap-hadapan (surah Al-Dukhan 44:51-53)
Firma Allah bermaksud ‘’ Bagi mereka disediakan syurga2 yang kekal mengalir dibawahnya sungai-sungai, dihiaskan mereka di dalamnya dengan gelang-gelang emas, memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera sulaman emas, sambil bersandar di tempat2 duduk yang tinggi, baik sekali ganjaran Allah s.w.t itu dan bagus sekali (syurga) sebagai tempat duduk.( surah Al-Kahf 18:31)
Firma Allah bermaksud ‘’mereka duduk di atas tilam2 yang isinya daripada sutera (dan sedang duduk2 itu) mereka dapat memetik buah-buahan syurga kerana dekat (surah Al-Rahman 55:54)
Rasulullah s.a.w bersabda ‘’ Sekiranya seseorang penghuni syurga datang ke dunia ini dengan memakai perhiasan gelang, maka sinar dari gelangnya itu akan mengaburkan sinar matahari, sebagaimana sinar matahari itu mengaburkn sinar-sinar bintang( Riwayat al-Tarmizi)
sekadar gambar hiasan....
08 December, 2011
04 December, 2011
Tanyalah Ustaz di Majid Al-Hidayah Batu Berendam Melaka
Ceramah tanyalah ustaz di Masjid Al-Hidayah, Batu Berendam, Melaka.........
Penceramah : Ustaz Rujhan mohamed razali
Tajuk : Hijrah
Tarikh : 4 Dis 2011
Masa: selepas Maghrib
Allah s.w.t mendidik kita dengan 3 cara:-
1. Melalui ayat Al-Quran - kita kenalah menkaji
2. Alam semesta - melaui ciptaan Allah s.w.t
3. Kisah Sejarah - sejarah merupakan bicara Allah s.w.t kepada hambanya
(sebenarnya byk lagi cara, tapi aku taip mana yg penting sajalah)
kata-kata hikmah dari Ustaz Rujhan mohamed razali......
Orang hebat boleh bezakan antara baik dan buruk, tetapi orang paling hebat dapat mencari kebaikkan dalam keburukkan .....
Orang yang cerdik tapi tak baik akan menipu.....
Orang yang tak cerdik tapi baik mudah kene tipu......

27 November, 2011
Sifat-sifat Syurga
Nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?
Keadaan Ahi Syurga
Rasuullah s.a.w bersabda, maksudnya: ‘’Berseru seorang penyeru (di dalam syurga) bahawa kamu akan selalu sihat dan tidak akan jatuh sakit selama-lamanya, akan hidup tidak akan mati selama-lamanya, akan muda dan tidak akan tua selama-lamanya, akan berasa senang (gembira) tidak susah atau bosan selama-lamanya.’’ (Riwayat Muslim)
Makanan dan minuman
Allah berfirman yang bermaksud : ‘’Kami tambahkan untuk mereka buah-buahan dan daging (jenis) yang mereka inginkan. Mereka mengedarkan antara mereka gelas2 yang berisi arak, tidak ada sia-sia padanya dan tidak pula perbuatan dosa.’’ (Surah Al-Tur 52:22-23)
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
’’ mereka duduk di atas tempat-tempat duduk yang bersulam, sambil bersandaran dan berhadap-hadapan, akan melayani mereka anak2 muda yang tidak berubah keadaannya. Dengan membawa cangkir dan cerek2 dan gelas yang berisi minuman dari satu sumber. Mereka tidak merasa sakit kepala, tidak pula mabuk kerananya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ‘’ Ahli syurga makan dan minum, tetapi tidak buang air besar dan air kecil, tidak keluar hingus dan semua yang mereka makan dan minum menjadi peluh yang keluar dengan bau yang wangi.’’(Riwayat Muslim)
Diedarkan kepada mereka piring2 dan gelas 2 daripada emas (Surah Al-Zukruf 43:71)
26 November, 2011
Tempoh Haid
salam semua?
sekadar perkongsian, walaupun aku tahu ramai yang dah tahu pasal tempoh haid nie....aku cuma nak sampaikan pada yang belum tahu....
Fuqaha Syafi’I berpendapat bahawa jika seseorang wanita didatang haid yang menyalahi adat kebiasaannya iaitu dia telah didatangi haid melebihi 15 hari atau kurang dari sehari semalam, maka tempoh yang lebih dan kurang itu tidak dikira sebagai tempoh haidnya. Hal ini berdasarkan tempoh yang telah biasa dialami sebelum ini. Malah darah yang lebih atau kurang dari tempoh itu merupakan darah istihadhah. Wanita tersebut wajib melakukan Ibadah.
Al-Syarqawi’ala Syarh al- Tahrir jil..1 hlm.147.Mughni al-Muhtaj jil.1 hlm. 109
makin malas nak update blog, nape ntah....
kisah wanita
Salam semua?
hari nie nak update serba ringkas jer, sebab tak ada idea nak cerita apa dalam blog nie....
Tahukah anda anak kesayangan Rasulullah s.a.w iaitu Fatimah Al-Zahra’ r.ha. tidak pernah kedatangan haid dan beliau digelar sebagai Zahra’ yang bermaksud yang terlindung dan bersih kerana ia tidak pernah sedang dalam haid seumur hidupnya. Selain beliau Ibu kepada Nabi Isa a.s iaitu Maryam juga tidak pernah kedatangan haid (sila klik )
Subscribe to:
Posts (Atom)