17 December, 2011

Qiamullail

Memulakan Qiamullail dengan membaca al-Quran dan berdoa.

Bagaimanakah caranya Rasulullah s.a.w  mengerjakan Qiamullail? Dalam hadis yang dilaporkan daripada Ibnu Abbas, beliau berkata:
            ‘’Rasulullah s.a.w  tidur hingga pertengahan malam ataupun beberapa ketika sebelum ataupun selepas pertengahan malam. Baginda bangun, menghilangkan rasa mengantuk dengan mengusap wajahnya dengan tangan. Kemudian nabi membaca 10 ayat terakhir daripada surah al-Imran.

Ibnu Abbas pula melaporkan :
            ‘’Beliau menginap bersama nabi pada suatu malam. Rasulullah s.a.w  bangun pada akhir malam, berdiri dan melihat ke langit, lalu membaca ayat dalam Surah al-Imran, ‘Inna fi Khalqis samaawaati wal ardi wakhtilafil laili wannahaari…’ hingga ayat’……..faqina ‘azaabannar.’ Sesudah itu baginda pulang ke rumah lalu memberus gigi, berwuduk dan kemudian bersolat. Baginda kemudian keluar, lalu melihat ke arah langit dan membaca ayat yang sama. Beliau kemudiannya keluar memberus gigi, berwuduk, lalu berdiri dan bersolat.’’

Direkodkan oleh Ahmad dan Bukhari, juga daripada Abu Hurairah , Rasulullah s.a.w berkata:

‘’Ketika tengah malam berlalu, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Wujudkah orang yang memohon ampun? Maka aku mengampuninya. Wujudkan orang yang bertaubat? Maka aku menerima taubatnya. Wujudkan orang yang berdoa? Maka aku kabulkannya. Hal itu berterusan sehingga terbit subuh.’’




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...