04 July, 2012

Kitab Syara Riyadhul Solihin RM 350



Salam?

Syukur Alhamdulilla kitab  yang saya beli secara online telah pun diterima petang tadi....RM 350...sangat murah...jika dikedai buku, harga lima ratus lebih.....sesiapa yg berminat untuk memiliki kitab ini bolehlah klik disini

02 July, 2012

pengiriman pahala bacaan al-quran tdk sampai kpd org yg sudah meninggal



Salam?

Disini saya nak kongsingkan dalil yg menyatakan bahwa pengiriman pahala bacaan Al-Quran  itu tidak akan sampai kepada orang yang sudah meninggal dunia kerana bacaan itu bukan amal dan usaha mereka.....saya merujuk pada Kitab Ibnu Katsir Surah An- Najm (Ayat 38)

Jika seseorang wafat, maka terputslah semua amalannya, kecuali 3 perkara iaitu 
1. Doa anak yg soleh
2.Sedekah jahiriah
3. Ilmu yang bermanfaat

16 May, 2012

Kitab Ibnu Katsir cuma RM 420



Salam?

Sebenarnya saya baru jer memiliki kitab Ibnu Katsir  pada 3 minggu yg lepas....erm memang dah lama mengidam nak beli, akhirnya ada rezeki nak beli....saya beli kitab nie melalui online RM 420 (termasuk penghantaran).....bila saya survey di kedai buku, mereka jual sangat mahal ( lebih daripada RM 500 )...
jadi saya nak share  laman web yg menjual pelbagai kitab yg begitu murah di dalam blog saya...sesiapa yg berminat untuk membeli sila Click

selamat membeli ......

HARI GURU



Salam ?

Jutaan terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar saya sama ada secara formal atau tidak....Moga kalian dipanjangkan umur dan dirahmati oleh Allah s.w.t ...AMIN

SELAMAT HARI GURU

16 April, 2012

15 April, 2012

mercu tanda kebanggaan malysia


Salam?

Alhamdudilla...akhirnya dapat gak aku naik skybridge pada 12 April 2012 bersama dengan anak2 istimewa SMKSP secara percuma....untung jadi Cikgu Pendidikan Khas, segala lawatan kemana-mana, cikgu pun dapat merasa ....Alhamdudilla Ya Allah.....dulu tahun 2007 pernah nak naik skybridge tetiba jer tak jadi pasal kes Hindraf (kacau daun betul)....


14 April, 2012

Seminar Al-Quran Tajwid dan Tarranum

Tempat : Auditorium Masjid Al-Azim
Tarikh  : 16 April 2012
Masa    : 7.30 pg-1.00 ptg
Yuran   : RM 30.00

untuk maklumat lanjut sila hubungi tel: 012-6662196

03 April, 2012

27 April hingga 5 Mei

Salam?

Huh lama benar tak update cerita dalam blog....sebenarnya saya bercuti panjang, sebab tu tak banyak entry yang ditulis...kenangan semasa bercuti masih segar dalam ingatan ( tak nak cerita lebih2 ar)....aku tak sabar nak menunggu Pesta buku pada 27 April - 5 Mei 2012 di PWTC......aku mengidam nak beli kitab tafsir Ibnu Katsir....Insha Allah bulan 4 nie masuk tunggakan gaji....jadi adalah budget nak beli kitab tafsir tu (Alhamdudilla)

02 April, 2012

Soal Kuiz dah ada jawapan

1.  Di rumah siapakah Rasulullah s.a.w mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar?
     Anas bin Malik

2. Jumlah berhala yang terdapat di dalam dan berdekatan rumah Allah sebelum Rasulullah memerintah agar  
    dihapuskan (Riwayat daripada Jabir) ?

   360  buah berhala


3. Apakah perkataan dalam kamus Dewan terpanjang yang asalnya perkataan Arab ?
   Amirulmukminin yang bermaksud pemimpin umat Islam

4.  Kaum yang menyembah berhala selepas banjir besar menimpa kaum Nabi Nuh ?
     Kaum 'Ad

5. Siapakah Nabi yang mempunyai dua nama?
    Yaakub ( Israel)
     Isa (al-Masih)

6. Dua dosa yang akan disegerakan azabnya didunia?
    Zina dan derhaka kpd Ibubapa

7. Siapakah manusia pertama yang menulis menggunakan pen?
    Nabi Idris a.s

8. Golongan yang paling ramai di dalam Syurga dan Neraka?
    paling ramai di dalam Syurga ialah orang miskin
    wanita pula paling ramai di dalam Neraka.

23 February, 2012

List of ILuvIslam Events 2012

Ekspo buku Islam

Di sini saya ingin mengwar-warkan tentang Ekspo Buku Islam 2 yang bakal diadakan Putrajaya. Ekspo ini akan bermula dari:
Tarikh: 24/2/2012 - 4/3/2012
Masa: 10 pagi - 9 malam
Tempat: Dewan Cempaka Sari Presint 3, Putrajaya (berhadapan Masjid Sultan Mizan, Masjid Besi)


Majlis ilmu Harfiah di Melaka

21 February, 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012


Nielah beg kenangan semasa Fiqh Ummah

 
 mcm tak caya jer jumpa Imran Koyube


Relax jer Ustaz Zahazan Mohamed...sambil jawab soalan pun relax

 Sheikh Mufti Ismail Musa Menk ....best tazkirah yg disampaikan


Ustaz Izhar nie memang bertenaga bila ceramah....terbaik


tak sangka Ustaz Zamri nie satu maktab KPLI ngan aku di MPI Bangi (tapi tahun x sama)

tu dia Imam muda Asyraf

17 February, 2012

Jom Join Konvensyen Fiqh ummah esok



Salam?

Alhamdudilla dapat gak nak update blog hari nie, walaupun tiada apa yang nak dikongsikan....Insha Allah esok saya akan ke PWTC bersama rakan2 yang lain untuk meraikan konvensyen fiqh ummah 2012 (hope ada lagi for next year..Insha Allah). Jika tiada halangan saya akan bertolak selepas subuh...Ya Allah mudahkan jangan kau sukarkan. ....Doakan semua ya......saya tak sabar nak dapat buku kat atas tu.........

24 January, 2012

Buku oh Buku

Salam semua?

Minggu depan start sekolah, bebanan kerja makin bertambah (biasalah tu)....sehingga aku tak sedar 4 buah buku yang baru dibeli pada Jan 2012 belum habis dibaca......ada sesiapa nk tlg khatamkan?



23 January, 2012

Majlis Ilmu di pagi hari - 23-1-2012

Salam?

Alhamdudilla, selesai sudah mendengar majlis Ilmu dari Ustaz Zahazan dan Imam muda Hizbur....hope dapat jumpa Ustaz Zahazan lagi di Konvensyen Fiqh Ummah 2012 (Insha Allah)


            Inilah anak Dr Zahazan Mohamed sebelah kanan dan kiri yg berbaju hijau dan tudung hijau

                             sempat gak mintak signature dan kata2 hikmah dari Ustaz Zahazan
                                      ''JAGALAH ALLAH SUPAYA DIA MENJAGA KAMU''

                                                              IMAM MUDA HIZBUR

22 January, 2012

kelebihan Rasulullah s.a.w

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud '' Aku dilebihkan daripada  Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia islam. kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan nabi Adam a.s tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat  kesalahan (Hadith Riwayat Baihaqi) 

MAJLIS ILMU DI MASJID AL-AZIM MELAKA

SALAM?





JOM RAMAI-RAMAI KE MAJLIS ILMU ESOK (23.1.2012) JAM 8.00 PG- 2.00 PTG DI MASJID AL AZIM BERSAMA DR ZAHAZAN MOHAMED DAN IMAM MUDA HIZBUR.....


TIKET MASUK DEWASA = RM 10.00 (Sblm 23.1.2012)
TIKET MASUK KANAK2 = RM 5.00(Sblm 23.1.2012)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI 019-2426969 @ 012-6194739

15 January, 2012

Menanti Fiqh ummah 2012

Salam semua?

Ermmmm macam2 dugaan menimpa sepanjang aku tak update blog nie.....mana taknyer laptop buat hal plak....last2 aku beli jer laptop baru (bulan nie duit banyak keluar macam air).....

Alhamdudilla akhirnya sempat gak aku nk daftar ke Konvensyem Fiqh Ummah 2012, baru sebentar tadi aku daftar ( last promotion RM 100 15jan 2012)....Ya Allah harap2 tak ada halangan apa2 unt ke Majlis ilmu on 18&19 Feb 2012...Amin

26 December, 2011

Sifat syurga part 3

Tidak beranak

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: '' Apabila seorang mukmin menginginkan anak di dalam syurga, maka jadilah anak itu pada saat ia ingin itu, tetapi tiada yang ingin beranak di dalam syurga. '' (Riwayat al-Tirmizi)

Lihatlah betapa terperincinya gambaran syurga  yang dipaparkan oleh Allah buat manusia menghayatinya. Agar dengan ini timbul semangat dan kesungguhan serta kegigihan yang meluap-luap untuk mencapainya. Sesungguhnya syurga itu benar, diyakini oleh orang yang benar dan diraih melalui amalan2 yang benar.
Berita tentang syurga disampaikan oleh Allah yang Maha benar (Al- Haq) kepada Rasul-Nya yang benar lagi dibenarkan!

Malang sekali, ramai manusia yang kononnya bijak, hidup pada zaman yang serba canggih ini tetapi tidak terpikat dengan janji syurga yang benar ini. Mereka lebih terpikat pada pelbagai jenis skim cepat kaya, tawaran saham berunsur riba, penipuan menerusi perniagaan dalam internet sehingga ramai yang telah terpedaya.

Mengapa tawaran syurga yang hakiki dan pasti ini diabaikan? kerana tidak nampak ? kerna tidak yakin ? Inilah krisis iman manusia akhir zaman. Namun akhirnya ketika mayat sudah dimasukkan ke liang lahat dan tanah kuburan telah dikambus orang, terdengarlah sayup2 suara talkin yang dibacakan.''......ketahuilah bahawa syurga itu benar''

17 December, 2011

Qiamullail

Memulakan Qiamullail dengan membaca al-Quran dan berdoa.

Bagaimanakah caranya Rasulullah s.a.w  mengerjakan Qiamullail? Dalam hadis yang dilaporkan daripada Ibnu Abbas, beliau berkata:
            ‘’Rasulullah s.a.w  tidur hingga pertengahan malam ataupun beberapa ketika sebelum ataupun selepas pertengahan malam. Baginda bangun, menghilangkan rasa mengantuk dengan mengusap wajahnya dengan tangan. Kemudian nabi membaca 10 ayat terakhir daripada surah al-Imran.

Ibnu Abbas pula melaporkan :
            ‘’Beliau menginap bersama nabi pada suatu malam. Rasulullah s.a.w  bangun pada akhir malam, berdiri dan melihat ke langit, lalu membaca ayat dalam Surah al-Imran, ‘Inna fi Khalqis samaawaati wal ardi wakhtilafil laili wannahaari…’ hingga ayat’……..faqina ‘azaabannar.’ Sesudah itu baginda pulang ke rumah lalu memberus gigi, berwuduk dan kemudian bersolat. Baginda kemudian keluar, lalu melihat ke arah langit dan membaca ayat yang sama. Beliau kemudiannya keluar memberus gigi, berwuduk, lalu berdiri dan bersolat.’’

Direkodkan oleh Ahmad dan Bukhari, juga daripada Abu Hurairah , Rasulullah s.a.w berkata:

‘’Ketika tengah malam berlalu, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Wujudkah orang yang memohon ampun? Maka aku mengampuninya. Wujudkan orang yang bertaubat? Maka aku menerima taubatnya. Wujudkan orang yang berdoa? Maka aku kabulkannya. Hal itu berterusan sehingga terbit subuh.’’




12 December, 2011

Sifat-sifat syurga part 2

Pakaian dan perhiasan syurga

Firman Allah s.w .t yang bermaksud: ‘’Sesungguhnya orang bertakwa di tempat yg aman. Dikebun-kebun dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera yang nipis dan tebal dan duduk berhadap-hadapan (surah Al-Dukhan 44:51-53)

            Firma Allah bermaksud ‘’ Bagi mereka disediakan syurga2 yang kekal mengalir dibawahnya sungai-sungai, dihiaskan mereka di dalamnya dengan gelang-gelang emas, memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera sulaman emas, sambil bersandar di tempat2 duduk yang tinggi, baik sekali ganjaran Allah s.w.t itu dan bagus sekali (syurga) sebagai tempat duduk.( surah Al-Kahf 18:31)

            Firma Allah bermaksud ‘’mereka duduk di atas tilam2 yang isinya daripada sutera (dan sedang duduk2 itu) mereka dapat memetik buah-buahan syurga kerana dekat (surah Al-Rahman 55:54)

            Rasulullah s.a.w bersabda ‘’ Sekiranya seseorang penghuni syurga datang ke dunia ini dengan memakai perhiasan gelang, maka sinar dari gelangnya itu akan mengaburkan sinar matahari, sebagaimana sinar matahari itu mengaburkn sinar-sinar bintang( Riwayat al-Tarmizi) 

                                                           sekadar gambar hiasan....

08 December, 2011

04 December, 2011

Tanyalah Ustaz di Majid Al-Hidayah Batu Berendam Melaka

Ceramah tanyalah ustaz di Masjid Al-Hidayah, Batu Berendam, Melaka.........
Penceramah : Ustaz Rujhan mohamed razali
Tajuk : Hijrah
Tarikh : 4 Dis 2011
Masa: selepas Maghrib



Allah s.w.t mendidik kita dengan 3 cara:-
1. Melalui ayat Al-Quran  - kita kenalah menkaji
2. Alam semesta - melaui ciptaan Allah s.w.t
3. Kisah Sejarah - sejarah merupakan bicara Allah s.w.t kepada hambanya
(sebenarnya byk lagi cara, tapi aku taip mana yg penting sajalah)

kata-kata hikmah dari Ustaz Rujhan mohamed razali......

Orang hebat boleh bezakan antara baik dan buruk, tetapi orang paling hebat dapat mencari kebaikkan dalam keburukkan .....

Orang yang cerdik tapi tak baik akan menipu.....

Orang yang tak cerdik tapi baik mudah kene tipu......

27 November, 2011

Sifat-sifat Syurga

Nikmat  Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?

Keadaan  Ahi Syurga

Rasuullah s.a.w bersabda, maksudnya: ‘’Berseru seorang penyeru (di dalam syurga) bahawa kamu akan selalu sihat dan tidak akan jatuh sakit selama-lamanya, akan hidup tidak akan mati selama-lamanya, akan muda dan tidak akan tua selama-lamanya, akan berasa senang (gembira) tidak susah atau bosan selama-lamanya.’’ (Riwayat Muslim)

Makanan dan minuman

Allah berfirman  yang bermaksud : ‘’Kami tambahkan untuk mereka buah-buahan dan daging (jenis) yang mereka inginkan. Mereka mengedarkan antara mereka  gelas2 yang berisi arak, tidak ada sia-sia padanya dan tidak pula perbuatan dosa.’’ (Surah Al-Tur 52:22-23)

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

’’ mereka duduk di atas tempat-tempat duduk yang bersulam, sambil bersandaran dan berhadap-hadapan, akan melayani mereka anak2 muda yang tidak berubah keadaannya. Dengan membawa cangkir dan cerek2 dan gelas yang berisi minuman dari satu sumber. Mereka tidak  merasa sakit kepala, tidak pula mabuk kerananya.

Rasulullah s.a.w  bersabda yang bermaksud : ‘’ Ahli syurga makan dan minum, tetapi tidak buang air besar dan air kecil, tidak keluar hingus dan semua yang mereka makan dan minum menjadi peluh yang keluar dengan bau yang wangi.’’(Riwayat Muslim)
Diedarkan kepada mereka piring2 dan gelas 2 daripada emas  (Surah Al-Zukruf  43:71)

26 November, 2011

Tempoh Haid

salam semua?

sekadar perkongsian, walaupun aku tahu ramai yang dah tahu pasal tempoh haid nie....aku cuma nak sampaikan pada yang belum tahu....

Fuqaha Syafi’I berpendapat bahawa jika seseorang wanita didatang haid yang menyalahi adat kebiasaannya iaitu dia telah didatangi haid melebihi 15 hari  atau kurang dari sehari semalam, maka tempoh yang lebih dan kurang itu tidak dikira sebagai tempoh haidnya. Hal ini berdasarkan tempoh yang telah biasa dialami sebelum ini. Malah darah yang lebih atau kurang dari tempoh itu merupakan darah istihadhah. Wanita tersebut wajib melakukan Ibadah.

 Al-Syarqawi’ala Syarh al- Tahrir jil..1 hlm.147.Mughni al-Muhtaj jil.1 hlm. 109



makin malas nak update blog, nape ntah....

kisah wanita

Salam semua?

hari nie nak update serba ringkas jer, sebab tak ada idea nak cerita apa dalam blog nie....




Tahukah anda anak kesayangan Rasulullah s.a.w iaitu  Fatimah Al-Zahra’ r.ha. tidak pernah kedatangan haid dan  beliau digelar sebagai Zahra’ yang bermaksud yang terlindung dan bersih kerana ia tidak pernah sedang dalam haid seumur hidupnya. Selain beliau Ibu kepada Nabi Isa a.s iaitu Maryam juga tidak pernah kedatangan haid (sila klik)

19 November, 2011

Kursus Jahit Manik di Kolej Komuniti

 CONTOH MANIK YANG TELAH SIAP DIJAHIT

 HASIL JAHITAN AKU SENDIRI
(TAK KEMAS, SEBAB KEJAR MASA)
Insha Allah tahun nie aku jahit manik kat baju sendiri, tak payah tempah kat org lain...JIMAT

Alhamdudilla, ada gak peluang nak update blog, maklumlah kat sekolah asyik sibuk memanjang....sekarang dah cuti sekolah  ingat nak habiskan baca buku yang dah lama duk dalam rak....





10 November, 2011

Buku bahasa Arab




SALAM?

- Sedih sangat hari nie kelas bahasa Arab last day (10.11.11)

- Terharu menerima hadiah dari Murabbi (Ustaz Rosdi bin Ripin)

- Diberi gelaran murid paling senior kerana berturut- turut belajar bhs arab di kolej komuniti.

- semua murid Ustaz Rosdi menerima hadiah buku bahasa arab

-Bersyukur sangat.....gambar di atas adalah tandatangan drpd beliau, sebgai kenangan.....

01 November, 2011

Arafah & Ibadah korban





Digalakan berdoa pada Hari Arafah.
Dari Amr bin Syuaib bahwa Nabi saw. bersabda, "Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku ucapkan adalah laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tidak ada sembahan yang hak selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik-Nya semua pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi no. 3585 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmizi: 3/184)


Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)






Jika nak buat korban, niatkan semua unt ahli keluarga kita ...maybe ada yg tidak berkemampuan unt melakukan ibadah korban............ikutilah sunnah nabi melakukan korban dengan 2 ekor kambing (unt dirinya dan umatnya)




Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.


Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1317


Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْÙ…َ اللهِ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَر).




“Mengerjakan solat Hari Raya di musholla adalah sunnah, kerana dahulu Nabi s.a.w. keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Demikian pula para khulafa’ al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika solat Hari Raya.”
Oleh itu disunnahkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.


‎"Aku menyaksikan bersama Nabi s.a.w solat Aidiladha di musolla (tanah lapang). Ketika selesai berkhutbah, baginda turun dari mimbar lalu dibawakan seekor kambing lantas Rasulullah menyembelihnya dengan tangannya sendiri sambil berkata: Bismillah wallahu Akbar (Dengan nama ALLAH dan ALLAH Maha Besar). Ini daripadaku dan daripada umatku yang belum meyembelih." – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2427.




‎"Jika masuk sepuluh hari pertama Dzulhijjah dan salah seorang daripada kamu semua ingin menyembelih (haiwan) korban, janganlah memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.




"Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain." – Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Diukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, edisi terjemahan dengan tajuk Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98.




Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata:

"Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada ALLAH. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." – Rujuk Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96. Dinukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, ms. 99





29 October, 2011

PEMUDA YANG DERHAKA KEPADA AYAHNYA

Seorang  lelaki tua menemui Nabi Muhammad SAW untuk mengadu hal kehidupannya. Dia berkata, “Ya Rasulullah, anakku seorang yang kaya.Dia mempunyai gudang gandum dan kurma. Dia sering berbuat baik kepada semua orang. Akan tetapi, dia tidak mahu membantuku malah, dia mahu menghalauku dari rumahnya.”
            Baginda meminta para sahabat untuk menasihati pemuda itu.Tetapi, pemuda itu memberi alasan, “Aku tidak mempunyai banyak harta untuk menjaga ayahku. Aku ini miskin!”
            Lalu, baginda memerintahkan para sahabat supaya menyediakan tempat tinggal dan sedikit keperluan untuk lelaki tua itu.
            Pemuda yang menyangka terlepas daripada tanggungjawab sebagai anak pun pergilah ke gudangnya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati kurmanya telah dimamah ulat. Hanya biji-biji kurma yang tinggal. Bergegaslah dia           ke gudang gandumnya pula. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat gandumnya juga dimakan ulat. Tidak lama selepas itu, pemuda itu jatuh sakit. Ketika hendak pergi berubat, dia melihat duit-duitnya telah bertukar menjadi tembikar yang tidak bernilai.
            Hari berganti hari. Bukan sahaja, penyakitnya menjadi semakin parah tetapi hartanya habis semuanya.Semua orang tahu kemiskinan dan penyakitnya terjadi kerana sikapnya yang derhaka. Salah seorang daripada sahabatnya berkata, “Inilah akibatnya apabila kita menderhaka kepada ibu bapa. Dia merasakan bahawa dia boleh membeli syurga dengan kekayaan yang dimilikinya. Padahal, tempat orang yang berdosa besar adalah neraka Jahanam!”.

23 October, 2011

kursus Adobe Photoshop

Salam semua?

huh, lama tak update dalam blog, sebenarnya memang sibuk di sekolah dan kursus persendirian di kolej Komuniti. Syukur sangat hari nie,  sebab dapat mengikuti kursus Adobe Photoshop selama 2 hari dengan bayaran RM 20.00...Allah s.w.t maha mendengar dan dia tahu aku memang memerlukan kursus tersebut....aku harap dengan adanya ilmu nie, aku dapat ajarkan kepada orang lain yang betul2 berminat.....Esok pulak aku ada kelas bahasa Arab di kolej komuniti, (kalau boleh semua kursus pendek aku nak join).....tapi tak boleh semua aku nak join, sebab masa kadang2 ada yang tidak sesuai....Alhamdudilla, jarak dari rumah pun dekat, jika nak dibandingkan dengan rakan2 yang lain ada yang dari Muar dan Tampin sanggup mencari ilmu ke Bukit Beruang, Melaka.


22 October, 2011

NABI SULAIMAN A.S. DAN SEEKOR SEMUT

Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan satu mukjizat oleh Allah SWT. Baginda boleh bercakap-cakap dengan haiwan dan juga boleh mendengar haiwan yang sedang bercakap. Pada suatu masa bumi Palestin dilanda musim kering yang sangat panjang. Hujan sudah lama tidak turun.Tanah pula menjadi kering-kontang.
Lalu, ramailah penduduk datang berjumpa dengan baginda.Mereka meminta baginda berdoa kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan.Kebun-kebun mereka yang kekeringan memerlukan air. Jadi, baginda memerintahkan umatnya yang terdiri daripada bangsa jin dan manusia berkumpul di tanah lapang.Mereka mahu berdoa agar Allah SWT supaya menurunkan hujan dengan segera.
Apabila tiba di kawasan lapang itu, Nabi Sulaiman A.S terlihat seekor semut kecil di atas sebuah batu. Semut itu terbaring dalam suasana yang panas itu. Baginda dapat mendengar doa semut yang dalam kehausan itu. Ia berkata, “Ya Allah, tanpa air-Mu aku akan kehausan dan bumi-Mu akan kekeringan. Turunkanlah hujan Ya Allah. Kabulkan permohonan aku ini.”
Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan umatnya pulang. Baginda berkata, “Kita harus pulang. Sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan. InsyaAllah doa seekor semut ini akan dikabul oleh Allah.”
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhna orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” Maksud surah Ghafir:80.

15 October, 2011

ISTERI SECANTIK BULAN PURNAMA


Pada suatu ketika dahulu ada seorang lelaki ingin berkahwin akan tetapi citarasanya cukup tinggi iaitu menginginkan wajah isterinya secantik bulan purnama. Oleh sebab itu dia telah bertaklik jika wajah isterinya tidak secantik bulan purnama maka secara automatiknya talak akan jatuh.
Keluarganya telah memilih seorang gadis untuk dijadikan isteri peneman hidupnya, Orang zaman dahulu tidak melihat bakal pasangan mereka kecuali pada hari perkahwinannya. 
Tibalah hari perkahwinan tersebut. Lelaki itu terkejut apabila melihat wajah isterinya, kerana yang diidamkannya tidak menjadi kenyataan.
Bertemulah lelaki tersebut dengan ulama-ulama di dalam negerinya bagi menanyakan sama ada talak yang ditakliknya jatuh atau tidak setelah diceritakan perkara yang sebenar.
Bersidanglah para ulama tersebut bagi mencari jawapan mengenai kekeliruan yang timbul. Setelah bermusywarah beberapa ketika, maka kesemua ulama mengatakan talak yang ditaklikkan jatuh. Namun hanya seorang ulama sahaja yang mengatakan sebaliknya.
Para ulama yang lain kehairanan dan bertanya mengapa berpendapat sedemikian, maka ulama tersebut menyebut firman Allah yang berbunyi ''Sesungguhnya Aku jadikan manusia adalah dari sebaik-baik kejadian" .
Ingatlah ! Manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik dan lebih baik jika dibandingkan dengan bulan purnama .”

14 October, 2011

Sejarah korban

Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27.
Maksud Ayat: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: Aku pasti membunuhmu? Habil berkata: “Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa”.

Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.

Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.

Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.

Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno. Wallahu
aklam

09 October, 2011

Sunnah Nabi untuk pengantin baru

Asma binti Yazid menceritakan tentang malam pertama Aisyah r.h.a   katanya , '' Aku pernah menghias Aisyah r.ha. untuk Rasulullah s.a.w.  Setelah itu aku menghantarnya dan aku pun memanggil Rasulullah untuk  bertemu serta melihatnya. kemudian Baginda menghampiri Aisyah r.ha dan duduk di sebelahnya  dengan membawa segelas susu. Baginda meminumnya dan yang separuhnya diberikan kepada Aisyah, tetapi aku melihat  Aisyah menundukkan kepalanya kerana malu. Aku memberinya isyarat dan aku katakan. 'Terimalah itu daripada Rasulullah .'  Aisyah pun meminum sebahagian susu tersebut. '' Aisyah berkata, '' kemudian aku mengambil dan meminumnya sedikit.'' 





08 October, 2011

teks budget 2012

Salam?

Teks ucapan penuh budget 2012, sila klik Disini

atau boleh google laman web nie...http://www.treasury.gov.my/

semakin hari semakin malas nak update blog.......kenapa tah..

01 October, 2011

Kasih Seorang Ibu



Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mencapai sedaya upayanya di celah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi di sini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan di sekeliling mayat wanita tersebut. Apa yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doktor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

22 September, 2011

kisah teladan 2

Suatu ketika,  Khalifah Harun Ar-Rasyid bertitah agar setiap orang yang pernah melihat Rasulullah SAW dalam hidupnya dibawa menghadapnya.
Selang beberapa waktu,  tibalah masanya seorang nenek tua dibawa menghadap khalifah. Beliau pun bertanya kepada wanita tua itu, “Apakah kamu melihat Nabi Muhammad dengan mata kepala sendiri?”
“Oh, ya tuanku, saya melihat langsung” jawab nenek tua itu.
Khalifah kemudian bertanya lagi, apakah nenek tua itu ingat apa yang dikatakan Rasulullah.
“Ya. Rasulullah berkata,  Ketika usia tua datang, ada dua hal yang menjadi muda. Pertama, angan-angan dan kedua ketamakan terhadap wang”.
Khalifah mengucapkan terima kasih  dan memberikan sejumlah wang kepada nenek tua tersebut. Nenek itu berterima kasih. Selepas itu, dia dihantar pulang oleh pengawal..
Ketika dalam perjalanan, nenek tua itu tiba-tiba meminta dibawa kembali ke hadapan Khalifah.
“Mengapa kau kembali?”, tanya Khalifah kehairanan.
“Saya hanya datang untuk bertanya, adakah wang pemberian tuan untuk saya ini hanya sekali ini saja atau saya akan menerimanya sepanjang tahun?”
Khalifah berfikir sejenak,
 “Betullah apa yang dikatakan Rasulullah, nenek tua ini memiliki angan-angan untuk hidup lama dan masih tamak dengan wang.”
Khalifah pun berkata, “Jangan khuwatir, kamu akan dibayar setiap tahun.”
Nenek itupun pulang. Namun dia tiba-tiba jatuh dan meninggal dunia.

20 September, 2011

Kisah Teladan


Pada suatu hari, seorang wanita telah menjumpai sebiji permata yang sangat berharga di dalam sungai. Keesokan harinya, dia bertemu dengan seorang musafir yang sedang kelaparan. Lalu wanita itu pun membuka begnya untuk berkongsi makanan. Musafir itu terlihat batu permata tadi dan lantas berkata,”Alangkah beruntungnya saya jika memiliki permata seperti itu.” Wanita itu terdiam sejenak dan dengan perlahan menghulurkan permata itu sambil berkata,”Ambillah permata ini, semoga Allah mencukupkan keperluan tuan!” Dengan kehairanan musafir itu melihat permata itu di atas telapak tangannya. Wanita itupun berlalu pergi meninggalkan musafir yang masih terpinga-pinga..

Tidak lama kemudian si musafir bertemu kembali dengan wanita itu. Dia memulangkan batu permata tersebut sambil berkata,” Batu permata ini dapat menampung keperluan saya seumur hidup. Namun saya berharap sesuatu yang lebih berharga dari batu ini. Khabarkanlah kepada saya ilmu dan amalan yang memudahkan kamu memberikan batu permata kepada saya ini tanpa keraguan”.

19 September, 2011

tuntut Ilmu

Salam semua?

Alhamdudilla sempat juga nak menaip dalam blog sebelum nak lelapkan mata.....Aku bersyukur sangat kerna kelas  bahasa Arab di Kolej Komuniti start  hari ini ....bilangan pelajar pun tak ramai (senang ustaz nak fokus pada kitaorang) , kelas selesa, buku disediakan dan yuran hanya RM 10.00 untuk tempoh belajar 2 bulan.....Insya Allah lepas habis  belajar di kolej Komuniti aku nak sambung  belajar kat tempat lain plak.....bahasa Arab memang best, maklumlah bahasa Al-Quran & bahasa syurga....dulu masa sekolah aku tak ade peluang nak belajar bahasa Arab, after dah kejelah baru  ada peluang nak cari ilmu bahasa Arab nie....Alhamdudilla, Allah permudahkan urusan aku.........

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda..belajarlah bahasa Arab kerana 3 perkara:-

1. Rasulullah s.a.w berbangsa Arab
2. bahasa Arab bahasa syurga
3. Al-Quran dalam bahasa Arab 

17 September, 2011

kisah Maryam - Dasyatnya doa Ibu

Kisah Hanah binti Faqud, ibu Maryam terkandung di dalam al-Quran. Sewaktu beliau mengandungkan Maryam, beliau sentiasa berdoa supaya anak yang sedang dikandungnya kelak menjadi anak yang berguna, terhormat dan mulia. Bapa Maryam  pula bernama Imran. Nama keluarga Imran menjadi salah satu nama surah Quran iaitu surah Ali Imran. Begitu juga dengan nama Maryam yang diabadikan di dalam Quran sebagai surah Maryam.

Allah memberikan kemuliaan kepada keluarga Imran kerana mereka mempunyai keistimewaan di dalam Quran Allah menyatakan, dia meninggikan darjat sebahagian hambanya di muka bumi ini. Antaranya adalah Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran. Allah mengurniakan.

Selepas sekian lama Hanah berkahwin dengan Imran, mereka masih belum memperoleh anak. Hanah ingin benar mengandung dan melahirkan anak. Pada suatu hari, Hanah melihat seekor burung member makan kepada anaknya menggunakan paruhnya. Ibu burung itu dengan penuh kasih sayang menyuapkan makanan ke mulut anaknya. Menyaksikan hal itu, Hanah menjadi semakin rindu hendak mempunyai anak. Beliau berdoa kepada Allah, ‘’ Ya Allah, kurniakanlah seorang anak kepadaku.’’

Tidak lama selepas itu, Hanah merasakan adanya tanda-tanda beliau hamil. Hanah berasa bahagia dan bersyukur kerana Allah mengabulkan doanya. Selepas itu, Hanah semakin tekun beribadah. Begitu juga dengan suaminya, Imran. Hanah sering duduk bersimpuh di hadapan Allah, memanjatkan puji-pujian begi menunjukkan rasa syukur dan bermunajat kepada Allah. Dengan air mata bercucuran, Hanah berdoa , ‘’Ya Allah, semoga engkai jadikan bayi yang aku kandung ini anak yang soleh’’. Hanah juga bernazar , apabila anaknya besar nanti, beliau mahu menghantarnya berkhidmat di Baitulmuqaddis.

Sembilan bulan kemudian, Hanah melahirkan anaknya dengan selamat. Hanah dan suaminya gembira dengan kelahiran anak mereka. Namun mereka menjadi gusar apabila mendapati anak mereka itu perempuan.

Imran berkata kepada isterinya,  ‘’ Wahai isteriku, kamu melahirkan anak perempuan! Bagaimana dengan nazarmu? Bolehkan anak kita ini menjadi khadam di Masjid al-Aqsa sedangkan dia perempuan? ’’Mendengarkan kata-kata suaminya, Hanah mengeluh dan berkata, ‘’ Ya Tuhanku, mengapa aku melahirkan anak perempuan?’’ sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang berlaku.

Walaupun anak mereka perempuan, Hanah dan Imran tetap menerima kehadiran anak mereka. Hanah yang bernazar menginginkan anaknya berkhidmat di Masjid al-Aqsa pasrah dan menyerahkan nasib anaknya kepada Allah. Allah yang maha pencipta memberikan anak perempuan kepadanya. Hanah menyedari semua yang berlaku atas kehendak Allah dan Allah pasti menerima nazarnya walaupun anaknya perempuan.

Hanah kemudian mula mencari nama yang sesuai untuk anaknya. Akhirnya Hanah menamakan anaknya Maryam yang bermaksud ‘ pelayan tuhan’ dalam bahasa mereka pada zaman itu. Kemudian, Hanah berdoa kepada Allah, ‘’Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menamakan anakku Maryam dan aku memohon engkau memberikan perlindungan kepadanya dan kepada keturunannya daripada syaitan yang terkutuk’’.

Sesuai dengan nazarnya, Hanah menyerahkan Maryam kepada Nabi Zakaria iaitu suami kepada ibu saudaranya, Hamillah. Ini kerana pada waktu itu, Zakaria adalah khadam di Masjid al-Aqsa. Tindakan Hanah itu adalah atas petunjuk Allah. Selain menjadi khadam, Zakaria juga adalah seorang Nabi dan dikenali sebagai orang yang soleh. Seluruh hidupnya digunakan bagi berdakwah dan beribadah di Masjid al-Aqsa. Kebetulan, Nabi Zakaria dan isterinya tidak mempunyai anak hingga usia mereka lanjut. Jadi, mereka gembira kerana dapat memelihara dan membesarkan Maryam.
Zakaria dan isterinya sayang kepada Maryam dan memeliharanya seperti anak kandung. Apalagi sejak kecil, Maryam menunjukkan tanda-tanda beliau adalah seorang yang luar biasa. Pada diri Maryam terlihat cirri-ciri wanita cerdas, mulia, suci dan terhormat. Semua itu menunjukkan Allah menerima doa dan nazar ibunya.

Maryam membesar menjadi anak yang taat beribadah dan menunjukkan sifat sebagai pelayan Allah seperti yang dinazarkan oleh ibunya. Nabi Zakaria membina mihrab di Masjid al-Aqsa sebagai tempat Maryam tinggal dan beribadah. Maryam tinggal di Mihrab itu sejak kecil hingga beliau menginjak usia remaja. Ada pendapat yang menyatakan Maryam adalah seorang gadis yang suci yang tidak pernah mengalami haid. Dengan demikian, beliau tidak perlu meninggalkan tugasnya sebagai khadam di masjid al-Aqsa. Hingga beliau dewasa, tidak ada lelaki yang masuk ke mihrabnya kecuali Nabi Zakaria, bapa angkatnya.

Pada suatu hari, Zakaria masuk ke mihrab Maryam dan melihat teerdapat banyak makanan dan buah-buahan segar. Zakaria kehairanan dan bertanya dari manakah Maryam memperoleh semua makanan itu. Maryam menjawab , ‘’ Semua makanan itu daripada Allah.’’

Mendengarkan jawapan Maryam, Zakaria tersentak dan takjub. Beliau sedang menyaksikan kebesaran Allah. Pada waktu itu Maryam masih kecil tetapi Allah memberikan  keistimewaan yang besar kepadanya. Apa yang Maryam alami sama dengan apa yang dialami oleh para wali.

Peristiwa itu menjadikan Zakaria semakin yakin, Allah maha pengasih dan penyayang kepada semua hambanya. Allah adalah tuhan yang maha berkuasa dan dapat melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya serta dapat mengabulkan doa hamba-hambanya. Tidak lama selepas itu, timbul keinginan dalam diri Zakaria mendapat anak walaupun usianya lanjut dan isterinya pula mandul. Namun beliau yakin, apabila Allah menghendakinya, tidak ada perkara yang mustahil.Akhirnya Allah, mengabulkan doa beliau sama seperti Allah mengabulkan doa Hanah. Nabi Zakaria dan isterinya dikurniakan seorang anak yang mereka namakan Ishak.

Allah mengabulkan doa Hanah yang menginginkan anak yang soleh. Allah benar-benar menjadikan Maryam sebagai wanita terbaik pada zamannya, malah darjatnya melebihi darjat lelaki. Begitulah dasyatnya doa seorang ibu untuk anaknya.

Maryam adalah wanita yang baik dan suci secara lahir dan batin. Atas kesuciannya dan ketaatannya kepada Allah, Maryam dikurniakan seorang anak yang kelak menjadi utusan Allah. Dengan kuasa dan izin Allah, Maryam melahirkan seorang bayi yang dinamakan Isa. Bayi itu ajaib kerana dia wujud dan lahir tanpa percampuran benih lelaki dan perempuan. Kelahiran Isa semata-mata atas kehendak Allah. Allah menciptakannya  tanpa bapa, sama seperti dia menciptakan Adam tanpa ibu dan bapa.

Itulah al-kisahnya yang aku taip cerita ini dari sebuah buku yang bertajuk ‘’Dasyatnya doa Ibu’’



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...