Furqan dan Nuqman adalah dua orang sahabat baik dan tinggal berjiran.Kedua-dua mereka mengalami kesempitan hidup.Setiap hari,setelah seharian bekerja masing-masing akan berdoa.Mereka akan berhenti di sebuah masjid dan berdoa bersungguh-sungguh.
Selesai berdoa,Furqan bertanya kepada Nuqman.
"Kau doa apa hari ini?"
"Aku doa semoga esok aku dimurahkan rezeki.Sebab aku perlukan belanja yang banyak bulan ini."Jawab Nuqman.Tambahnya lagi,
"Kau?"
Furqan hanya melebarkan bibirnya ke pipi.Mengukir senyum.
Keesoakan hari,Nuqman memberitahu Furqan berita gembira,
"Furqan,doa aku semalam dimakbulkan.Aku dapat bonus dari boss hari ini.ALHAMDULILLAH."
Furqan dengan senang hati menjawab,
"Alhamdulillah.Hari ini kau doa apa pula?"
"Aku doa moga isteri aku selamat bersalin."
Mereka berdua duduk di dalam masjid dan masing-masing teruskan berdoa.Selesai berdoa Nuqman membuka mulut mengajukan soalan.
"Kau pula berdoa apa tadi?"
Hanya senyum berbahasa.Furqan tidak mengutarakan apa-apa jawapan.
Beberapa hari kemudian Nuqman memberitahu Furqan bahawa isterinya selamat bersalin.
"Nampakya doa aku sekali lagi dimakbulkan Qon."
"TAhniah NUQman!" Furqan dengan turut bersyukur menghadiahkan ucapan.Dan menyambung perkataannya,
"Aku berdoa juga supaya anakku selamat,"katanya dengan berwajah muram.
"Anak kau?Kenapa dengan dia Qon?"
"Anakku yang bongsu sedang sakit.Keadaannya makin membimbangkan,"
"InsyaAllah,kau doalah kuat-kuat sikit.Minta dengan Allah supaya anak kau selamat."Pujuk Nuqman seraya memberi jalan.
Setelah beberapa hari kemudian,seperti biasa,seusai solat dan berdoa mereka berbual seketika.
"Bagaimana dengan anak kau Qon?"tanya Nuqman mengambil berat.
"Cuma berubah sedikit sahaja.Masih macam tu juga."Furqan menundukkan sedikit kepalanya.
"Doa banyak lagi Qon.Aku tak sangka doaku sangat makbul.Hampir setiap yang aku doa semuanya dimakbulkan Allah.Tapi kau....."Kata-kata Nuqman terhenti di situ.
Furqan tersenyum.Seikhlasnya.
"Aku hairan,doa kau tak makbul tapi kau masih boleh tersenyum?" Soalan diajukan oleh
Nuqman mengiringi kehairanannya itu.
"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan oleh Allah,"kata Furqan.
"Yang mana?Aku tengok tak ada apa-apa perubahan pun pada kau?"Nuqman masih lagi hairan.
"Doaku sejak dulu hanya untuk kau sahabatku.Setiap hari aku berdoa supaya Allah memakbulkan apa yang kau doa kepada-NYA."
Pengajaran:
"Doa kita tanpa pengetahuan mereka,
itulah keikhlasan!
cara pengolahan dari melalui penceritaan, ah, sangat menarik! Dan ya, mendoakan sahabat bererti kita melayakkan diri kita untuk didoakan oleh para malaikat. Subahanallah...
ReplyDeleteMasyaAllah....bukan senang tau nak doakan untuk orang lain, hanya orang2 yang ikhlas saja dapat buat macam tu....
ReplyDelete