Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana akan dibuka mulai 19 Januari 2011 hingga 18 Februari 2011.
Sekian, harap maklum.
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
SYARAT PERMOHONAN PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA
(CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2010
Wah ada peluanglah cikgu2 kat skul aku or kat mana2 aje untuk sambung study, sama ada master or kedoktoran...Alhamdudilla, ini penambahbaikkan ....insha allah, tak de aral melintang, aku nk sambung study......So, siapa2 yg rasa telah memenuhi syarat tersebut bolehlah online hari Rabu (19 Jan 2011) nie.....
SUMBER : LAMAN KPM 18/01/2010
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran akan menawarkan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa. |
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab 'C' Perkara 36. Pegawai perlu membiayai sendiri segala perbelanjaan semasa pengajian termasuk Yuran Pengajian. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. |
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. |
Tawaran ini tidak termasuk PPPS yang berkhidmat dengan Jabatan / Bahagian di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(KPTM), Politeknik dan Kolej Komuniti.
PANDUAN PERMOHONAN ONLINE |
ARAHAN : Semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nota : Pastikan anda telah memuat-turun borang pada perkara 3 - Tatacara Permohonan Program CBBPTB secara online. |
SYARAT PERMOHONAN PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA
(CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2010
1.0 | SYARAT UMUM |
i. | Warganegara Malaysia; |
ii. | Telah berkhidmat tidak kurang daripada (3 tahun) dalam skim perkhidmatan siswazah (DG41/DG3) pada tarikh tutup permohonan. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 dan DG48 yang memenuhi syarat juga boleh memohon; |
iii. | Telah disahkan dalam perkhidmatan siswazah (DG41/DG3) pada atau sebelum tarikh tutup permohonan; |
iv. | Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85 peratusbagi tempoh 3 tahun kelendar berturut-turut; |
v. | Diperakukan oleh Ketua Jabatan; |
vi. | Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Kedoktoran pada tarikh tutup permohonan; |
vii. | Tawaran ini hanya terbuka untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi kemasukan Julai 2010 sahaja; |
viii. | Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan; |
ix. | Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib; |
x. | Telah mengisytiharkan harta; dan |
xi. | Pegawai bukan merupakan peminjam tegar pinjaman/peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain. |
2.0 | SYARAT KHUSUS |
i. | Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja; |
ii. | Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA; |
iii. | Pegawai mengisi Jawatan Latihan semasa mengikuti kursus. Penempatan pegawai selepas tamat Cuti Belajar akan ditentukan oleh BPSM; |
iv. | Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja; |
v. | Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan; |
vi. | Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan(maksimum) bagi peringkat Sarjana. Pelanjutan tempoh Cuti Belajar adalah tidak dibenarkan sama sekali; |
vii. | Tempoh ikatan kontrak adalah seperti yang telah dikeluarkan oleh JPA . |
Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut: |
Setiausaha Bahagian |
Bahagian Tajaan Pendidikan |
Kementerian Pelajaran Malaysia |
Aras 12 - 13, Blok E12, Parcel E |
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan |
62604 W.P Putrajaya |
KEDOKTORAN: |
SARJANA: |
Cik Zainab bt. Hj. Abd Wahab ( zainababdwahab@moe.gov.my ) MAKLUMAT KURSUS SARJANA YANG DITAWARKAN http://apps.emoe.gov.my/ehlp/cbbptb/cbbptb_masters.pdf MAKLUMAT KURSUS KEDOKTORAN YANG DITAWARKANÂ |
PERMOHONAN SECARA ONLINE |
"kedoktoran"..
ReplyDeletedoes it means medic?
akak, amek la~ nanti piqa cari akak dekat hospital^^
Kedoktoran tu PhD lah makcik Piqa.
ReplyDeleteT_T
Ha ha ha
Eh cikgu.
Kalau buat komen ni pakai pop up pun stail juga.
Maklumlah saya pakai dial-up je.
Nak load internet lembab.
Ha ha ha.
NT
ReplyDeletebtul kata ustaz Bijen tu....Phd, bkn medic mcm adik study tu.....akak nie mana layak nk ambik medic....ambik Biologi pun dah fenin....hua...hua...hua....
Utaz Bijen
kalo tenet lembab, pakailah P1 Max...kalo pakai beruk band...memang slow lorrrrrrrrr