Salam?
Entah dasar apa yang membuatkan aku nak menulis didalam blog hari nie….aku bukannya pandai menulis, tapi aku nk luahkan ape yg aku pikirkan selama nie…
Apa yang aku sedang pikirkan>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hahahahh ……..>>>>>>>>>>>>>>>
‘’RINDU Ke TANAH HARAM’’
Inilah tajuk entry aku yg sebenarnya….aku rindu dan teringin untuk ke tanah haram…..perasaan aku begitu meronta untuk kesana, setiap kali aku ke sekolah, kaabah sentiasa bermain didalam akal fikiranku (walaupun aku tahu duit tdk mencukupi unt aku terbang kesana) …sehingga ade beberapa org guru menegur aku, ‘’makan sambil termenung’’…mujurlah dia tak tahu apa yg aku sedang pikirkan, walaupun beberapa kali mendesak unt aku menceritakan…pada aku, cukuplah hanya ALLAH yang tahu apa yang aku sedang pikirkan.....tapi ini betul2 aku nak impian aku tercapai pada tahun 2011 iaitu menjejakkan kaki ke Tanah Haram selagi masih kuat dan muda…….
KENAPA AKU INGIN KE SANA?????
PERTAMA
Sebab aku ingin menuju cinta Mu yang hakiki dan yang selama ini kudambakan….cinta kepada manusia membuatkan aku lebih terluka dan sengsara…
KEDUA
Aku begitu cemburu melihat engkau bersama hambamu yg lain di Tanah Haram….aku berkata sedemikian, bukan bermaksud membenci mereka menunaikan Haji @umrah…tetapi aku juga ingin menyertai Mu disana @ menjadi tetamu/ duta….percayalah Ya allah, kerana sifat cemburuku ini yang akan mendorong unt aku kesana demi mencari redha Mu…..
KETIGA
Kerna aku ingin melakukan Ibadah sepanjang hari dengan melupakan perkara2 duniawi yang selama ini aku terlalu sibuk memikirkannya…..masa yang begitu berharga aku peruntukkan hanya untukmu, walaupun tanpa subsidi yg kau berikan…..
KEEMPAT
Aku ingin melihat makam Rasulullah s.a.w yang menjadi role model kepada semua umat Islam….Ya ALLAH, sesungguhnya hati ini terlalu rindu kepada Rasulullah s.a.w kerana aku tidak berpeluang untuk hidup di zamanya, apatah lagi untuk menatap wajahnya yang lebih bercahaya dari bulan…..Apa yg aku mampu, hanya mengamalkan segala sunnah baginda dan mengikuti ajaran islam yg dibawa olehnya. Namun, tidak semua sunnah Nabi yang aku amalkan dalam kehidupan ….ibarat setitik air yg mengalir dilautan luas, sebanyak itulah sunnah Nabi yg aku amalkan…….. Ya ALLAH, cukup memadai sekiranya aku dapat melihat makam baginda secara LIVE walaupun dari jarak jauh….
KELIMA
Aku mencintai orang2 yang mencintaimu Ya ALLAH……kerna itu, aku ingin bersama mereka untuk Mengagungkan Mu …….
Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda : Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik."Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
P/S : Ya allah sekiranya niat aku ini ikhlas, kau perkenankan dan permudahkan lah...amin
No comments:
Post a Comment