Antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan terbuka seperti mulut, hidung , telinga , faraj dan dubur. Memasukkan sesuatu ke dalam badan dengan suntikan melalui saluran darah, menyuntik di bawah kulit atau ke dalam badan, tidak membatalkan puasa, contohnya suntikan itu untuk tujuan perubatan seperti membius. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam 4 mazhab. Pandangan ini juga turut dikemukakan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi. Menurut beliau, benda yang masuk melalui suntikan itu tidak masuk ke dalam badan melalui saluran terbuka dan perbuatan itu tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menahan diri.
Namun, ada sesetengah ulama hari ini mengecualikannya daripada suntikan makanan, iaitu jika yang disuntik itu ialah bahan makanan seperti glukosa dan sebagainya, maka batal puasa kerana telah mengambil kedudukan seperti makan dan minum.
Selamat menjalani Ibadah puasa semua, moga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik dari sebelumnya.